Langkah kaki kecil Jinhwan memasuki sekolah dipenuhi dengan suara-suara nakal dari pelajar lelaki yang mengikutnya dari belakang. Dia menoleh ke belakang tidak selesa. Dia bahkan terkunci pandangan dengan Yunhyeong untuk menyampaikan rasa sedihnya yang tidak mampu diungkapkan melalui kata-kata. Namun, Yunhyeong waktu itu hanya memandang dengan pandangan bersalah tanpa mampu bertindak apa-apa.
Jinhwan mengeluh, dia meneruskan langkahnya ke kelas tanpa mempedulikan lagi pelajar lelaki yang mengikutinya dari belakang.
Ya, itulah antara satu alasan kenapa.
Yunhyeong terdiam. Dia mengambil kaset kedua lalu menukarkan posisi kaset tadi dengan kaset kedua.
Wah, nampaknya masih sudi mendengar ya?
Apa ya alasan kedua?
Siapa yang buat aku nak bunuh diri ni?
Yunhyeong meneguk air liur. Adakah dia alasan kedua?
"Aku ke.." Yunhyeong mengeluh perlahan.
Aku nak kenalkan bekas kawan aku, Kim Jisoo.
Ya, Kim Jisoo. Welcome to my tape. Kau merupakan alasan kedua kenapa aku bunuh diri.
Ya, Jisoo.. Dia sangat baik.
Terbaik.
Tapi, kesalahan selalu berlaku.
Ianya semua bermula apabila kaunselor sekolah, Mrs. Jun mengenalkan kami berdua kerana kami sama-sama pelajar baru.
Yunhyeong menatap ke pintu biliknya yang terbuka. Dia berjalan mendekati pintu tersebut dan menutupnya.
Jinhwan menatap Jisoo. Mereka saling bertukar pandangan sebelum keduanya saling ketawa.
"Mrs. June pandai buat kerja dia." Jisoo menggeleng tak percaya.
"So, kita nak mula friendship ni dengan apa?" Jinhwan bertanya.
Waktu itu, mereka berdua sedang berjalan untuk keluar dari sekolah kerana mereka berdua baru sahaja tamat kelas.
Jisoo menarik nafas panjang. "Coffee?"
"Of course. Monet's?"
Jisoo angguk laju. "Well, aku dah banyak dengar yang Monet's has the best coffee. So, now kita akan cuba. Yeah, finally."
Jinhwan memandang Jisoo pelik sebelum tertawa kecil. "Nice Jisoo. Jom."
Mereka saling bergandengan tangan sebelum kedua mereka berlari anak ke arah kedai kopi terbaik di bandar itu.
Semuanya dimulakan dengan sangat indah. Monet's Cafe sudah ibarat office mereka sehinggalah mereka menemui seorang stalker pada satu hari.
"Aku rasa kita ada stalker." Jinhwan mengenyit mata ke arah Jisoo. "Look at your 3 o'clock."
Jisoo yang kepeningan menaikkan kening kebingungan. "Apa? Aku tak faham."
"Oh god. Jisoo, kau anak tentera udara. Kau tak tahu 3 o'clock?"
Jisoo akhirnya mengangguk faham. Namun,dia malah melihat ke arah 9 o'clock.
Jinhwan menepuk dahi. Dia pun menarik kedua belah pipi Jisoo untuk menatap ke arah seorang lelaki. Waktu itu jugalah, lelaki itu tertangkap basah sedang mengintip.
Jinhwan dan Jisoo saling berpandangan.
"Oh, Jinhwan. Dia minat dekat kau?" Jisoo meneka dengan sedih.
YOU ARE READING
[C] 13 Reasons Why ; iKON
FanfictionSemuanya bermula dengan satu kematian. inspired by : 13 Reasons Why storyline : 50% tv shows 50% mine characters : iKON Original Published : 1st June 2018 2nd Published : 2nd June 2018 Finished : 7th June 2018