Chapter 6

83 24 41
                                    

Hi, ni masih Jinhwan. Dah muak mendengar? Aku harap kau tak semuak aku dengan kelakuan korang.

Selamat datang ke kaset ke empat.

Ya, Jisoo orang ketiga.

Siapa pula orang keempat?

Mungkin dia nampak baik, innocent. Tapi, dia sebenarnya dah hancurkan hati aku yang dah sedia hancur ni. Aku dah bersedia untuk hancur dengan lebih banyak kali.

Orang keempat adalah skuad F.M.L

Skuad ofis Monet's.

Siapa?

Ya, kau. Kim Donghyuk.

Apa kau buat?

Kau buat permainan vote yang merendahkan maruah aku. Ya, mungkin bagi kau dan orang lain itu hanyalah permainan biasa.

The best leg? Kim Jinhwan?

Aku tahu, korang refer tentang kejadian Jiwon tu.

Yunhyeong terus menggelengkan kepalanya tak percaya.

Donghyuk pun terlibat?

Mereka sedang berada di dalam kelas sehinggalah sehelai kertas tiba di meja Jinhwan. Dia membuka lipatan kertas tersebut dan matanya sedikit membulat melihat namanya di bawah the best leg.

Jinhwan terus menggumpal kertas itu, lalu bangun dan melemparnya ke dalam bakul sampah. Tak dihiraukan cikgu yang menyuruhnya segera duduk. Sebaik dia selesai, dia terus duduk dan mula membaca perkataan di dalam buku.

Dia menoleh ke arah bakul sampah itu dan melihat Mino, antara kawan baik Hanbin memetik semula kertas itu. Dia bahkan ketawa kecil lalu mengambil gambar kertas tersebut.

Jinhwan terus mencerlungkan matanya namun dia hanya mendapat balasan kenyitan mata.

"Jinhwan? Apa yang menarik pada Mino dan tak menarik pada saya?" Si guru bertanya.

Mino terkekek kecil. "Lucu soalan. Sudah tentulah saya sangat menarik dan tak tertanding, saem."

Si guru hanya mendengus.

Setelah beberapa minit, telefon setiap pelajar terus berdenting begitu juga Jinhwan. Jinhwan segera membuka telefonnya. Matanya terus berair.

Gambar kakinya bersama Jiwon telah diedit bersama dengan kertas vote itu dan dihantar kepada semua pelajar di group chat sekolah. Oleh, Donghyuk?!

Jinhwan terus berdiri, mengabaikan guru yang mengarahnya duduk. Dia terus berlari menuju ke bilik salinan lelaki kerana dia tahu sekali dimana kelas Donghyuk sekarang.

Dia terus masuk dan mencari kelibat Donghyuk. Sebaik Donghyuk muncul di hadapan matanya, tangannya terus laju menghayunkan penampar ke pipi itu.

"Sampai hati kau?"

"Hey, tu game je kot. Kenapa kau nak marah sangat sampai perlu tampar aku?!" Donghyuk memegang pipinya. "Kau sedar kan kau dalam loker lelaki?!"

Jinhwan angguk. "Kau ingat aku kisah bila aku dah jadi terkenal di sekolah dengan tubuh aku sebab korang yang jahanam tu!"

"Rileks lah. Game je." Donghyuk menarik nafas.

"Suka hati kau." Jinhwan berundur apabila melihat kelibat guru yang memandangnya pelik.

.
.

Yunhyeong memandang Donghyuk yang kebetulan lalu di hadapannya. Terus dihalangnya Donghyuk sebagaimana dia menghalang Chanwoo kelmarin. Terus tersadung dan jatuh lelaki itu ke atas lantai keras. Dia menoleh dengan amarah yang menggunung.

"Hai, Dong."

Yunhyeong melambai sambil tersenyum lebar. Dia menolong Donghyuk bangun dan menarik lengan lelaki itu untuk mengikutinya.

"Kau dah dengar kaset tu?"

Donghyuk terkedu. "Kau dah dengar? Kaset tu dah sampai dekat giliran kau?"

"Ya. Giliran aku." Yunhyeong menarik nafas panjang. "So, betul ke dia cakap yang kau buat game tu?"

Donghyuk terus berniat hendak pergi namun Yunhyeong menampar belakangnya dengan kuat sehingga lelaki itu mengaduh.

"Jawab!"

Donghyuk menunduk dan menoleh ke arah Jisoo yang berada tak jauh dari mereka. "Cuba kau tanya Jisoo." Dia pun terus melarikan diri.

Yunhyeong bergerak malas ke arah Jisoo. "Kau tahu fasal kaset tu?"

Jisoo nampak tergamam. "Apa?"

"So, betul ke apa yang Jinhwan cakap?"

Jisoo terus menggeleng laju. "Tak! Dia menipu fasal tu! Bukan aku yang mula tak pergi Monet's tapi dia."

Yunhyeong memberi pandangan sinis. "Really? Sebab aku yakin pekerja tu cakap Jinhwan pergi sana tiap hari."

Jisoo terus tertunduk. "Jangan percaya! Dia tu cuma nakkan perhatian semua orang." Jisoo melanggar bahu Yunhyeong dan bergerak ke arah ruang latihan cheerleader.

Yunhyeong mendengus kuat. Dia menoleh dan terpandang Hanbin yang memandangnya dengan pandangan menilai. Yunhyeong membalas pandangan itu dengan pandangan tanpa jiwa.

Hanbin mengangkat bahunya sebelum tersenyum dengan ikhlas. "Yun?" Dia mendekati Yunhyeong. "Tak nak join group kitorang? Malam ni? Dekat rumah aku?"

Yunhyeong serba salah. Kalau dia pergi, mungkin dia dapat peluang untuk mengorek maklumat. Kalau dia tidak, mungkin dia akan selamat di rumah.

Chanwoo tiba-tiba datang dan berdiri di antara mereka berdua.

"Yun, bukan ke kita ada tugasan Sejarah?" Chanwoo mengenyit matanya kepada Yunhyeong sebelum menatap ke arah Hanbin dengan wajah lakonannya.

Hanbin angguk. "Ok."

Chanwoo menatap Hanbin yang berlalu sebelum merubah pandangannya terhadap Yunhyeong.

"Hanbin tak tahu fasal kaset tu." Yunhyeong berbisik perlahan.

"Oh. Kenapa dia tak tahu?"

"Sebab dia tak dapat lagi lah, bodoh." Chanwoo mendengus perlahan.

Yunhyeong menaikkan kening tersinggung.

"So.. kau nak cakap yang.. Hanbin ni alasan yang ke 13?"

Chanwoo tersenyum dengan lebar. "Sekali lagi aku bangga dengan kau. Ya, tepat sekali."

Yunhyeong menunduk memandang kasutnya sebelum memandang Chanwoo semula. "Kenapa kau macam nak lindungi aku?"

Chanwoo angkat bahu. "Entah. Sebab aku tahu kau lembik kot. Kau lembik, tak ada kecerdikan atau kebijaksanaan. Aku rasa kalau aku tak tolong kau, kau dah lama bunuh diri macam Jinhwan sebab mentaliti dah terganggu dengan kaset tu. Kau, sepatutnya bersyukur bila dikurniakan sahabat seindah aku ni. Dahlah bijak, tinggi, kacak dan hebat lagi."

Yunhyeong memandang Chanwoo datar.

"Kekadang kan Yun, aku tak fahamlah kenapa kau wujud. Macam tak ada guna sangatlah kau ni."

Yunhyeong menampar laju kepala Chanwoo. "Dah lebih kau ni."

Chanwoo terkekek perlahan. "Aku gurau benda betul lah."

Yunhyeong terus meninggalkan Chanwoo di tengah-tengah jalan itu.


.
.


TBC

Another one ;)

Komen please. Vote sekali hehe.

So, anda rasa bagaimana..?

[C] 13 Reasons Why ; iKONWhere stories live. Discover now