Part 1 - New student

376 45 1
                                    

Daeguk High School, 2018.

"Haeun jaga diri kat sekolah baru tau? Jangan timbulkan masalah, cari kawan yang betul." pesan omma kepada aku. Dia memeluk badanku sebelum meninggalkan aku di hadapan pejabat am.

Aku dah daftar dan dapatkan kelas aku. Cuma yang menjadi masalah, aku tak tau kelas aku terletak kat mana.

Oh ya sebelum tu, nama aku Jung Haeun. Seorang gadis kenit comel berusia 18 tahun.

Tahun ni merupakan tahun terakhir aku bergelar seorang pelajar. Dan tahun terakhir ni juga lah aku terpaksa pindah sekolah sebab omma aku naik pangkat dan kami berpindah rumah di Daegu.

Daeguk High School nama sekolah baruku. Bangunan yang agak lama, tapi masih cantik.

Aku berjalan ke hulu dan ke hilir bagai orang gila kerana masih tidak menjumpai kelasku.

Mujur ada seorang guru yang baik hati membantu aku,

"Kamsahabnida ssaem." aku tunduk hormat. Guru itu beredar.

Aku tarik nafas panjang kemudian hembus dengan kuat. Pintu kelas ku pandang dengan gementar. Aku boleh!

Perlahan pintu ku sorong, dan terpancar lah wajah-wajah baru yang ku tak kenal.

Guru perempuan yang sedang mengajar terhenti apabila terlihat aku. Dia kemudian mengulit senyuman manis.

"Mesti kamu pelajar baru kan? Maaf lah guru kelas ni terpaksa ambil cuti jadi takde yang urus kamu. Mari masuk dan kenalkan diri kamu " ujar guru itu dengan lembut. Aku membalas senyumannya.

Aku berdiri disebelah guru tersebut,

"Annyeonghaseyo, naneun Jung Haeun imnida." ujarku memperkenalkan diri.

Mereka semua diam, tiada yang bersuara. Aku kat dalam library ke ni?

"Gwenchana, Haeun boleh duduk kat tempat kosong belakang sana." arah guru itu. Aku dengan pantas menuju ke tempat duduk yang dimaksudkan.

Namun tanpa aku waspada, aku tersandung pada kaki seseorang yang membuatkan aku tersungkur atas lantai.

Dapat aku dengar gelak tawa mereka satu kelas. Aku berdecit, childish!

"Yerim! Kenapa buat begitu kat Haeun?" marah guru yang dikenal sebagai puan Ryu itu.

"Saya tak sengaja cikgu, sepatutnya dia yang kena tengok kat mana dia jalan." jawab Yerim tanpa rasa bersalah. Aku dapat lihat sengihan dia.

Aku pantas berdiri dan memberi jelingan maut kepada dia. Dia tersentak, apa engko ingat aku tak berani lawan? Ko pikir ko sapa!

Dengan hati yang berang, aku duduk di meja ku. Di sebelah meja ku kosong, tiada pelajar yang duduk. Baguslah, aku pun tak nak bergaul dengan orang kelas ni, hampeh!

Dah lah meja ni buruk, entah dari zaman bila. Tapi meja pelajar lain elok je nampak, takde bajet lah tu.

"Okey kelas, kita sambung topik kita tadi." sambung puan Ryu.

Sepanjang pembelajaran, aku langsung tidak memberikan perhatian. Aku tak faham satu pun yang guru tu ajar lagi-lagi dengan suasana kelas yang bising.

~

Riiiiingggggg

Loceng rehat berbunyi, aku menghela nafas lega. Akhirnya aku boleh isi perut aku!

Aku mengemas barang-barang ku. Kemudian aku menapak keluar dari kelas. Malang bagi aku, tiada sesiapa pun yang sudi tegur dan berkawan dengan aku.

Terpaksalah aku jalan sesorang pergi kantin. Nasib lah ada papan tanda menuju ke kantin kalau tak mesti aku sesat kat tempat lain.

Waiting : Don't Forget Me [ KTH ] ✔Where stories live. Discover now