Hari kedua aku bersekolah kat sini, masih takde siapa sudi jadi kawan aku. But know what? I don't fucking care.
Yerim dan geng dia macam biasa selalu kacau aku. Orang duk diam pun dia dan geng dia dok sibuk ganggu aku macam takde life. Kesian kan diorang?
Masuk waktu rehat, aku simpan buku kat locker. Aku keluarkan roti fav aku yang aku bawa dari rumah, aku malas nak jejak kaki di kantin.
Kaki terus ku hayun menuju ke rooftop dan seperti kemarin, tempat tersebut tiada orang, fuh lega.
Aku duduk bersila atas lantai bersih lalu ku makan roti yang ku bawa. Nyaman dan tenang!
"Woi."
Aku tersedak, terbatuk-batuk dibuatnya oleh teguran tersebut. Pantas aku minum air mineral yang ku bawa sekali tadi.
"Yah kau buat kejut lah!" tengking ku kepada manusia yang menegur tadi.
Aku pandang wajah lelaki tu, boleh pula dia tersengih.
"Dah lah kejutkan orang, tersengih macam orang tak bersalah pula tu. Kalau aku mati tercekik tadi macam mana?" dan aku pun membebel.
Dia mencangkung di hadapan aku,
"Yelah, mian okey mian." kata Taehyung dengan suara deepnya.
"Tch, macam tak ikhlas je."
"Mana kau tau aku ikhlas ke tak hah?" bentaknya.
Aku hanya menjeling.
"Btw, kenapa kau makan kat sini? Dah takde kantin ke sekolah ni?" perlinya.
Aku berdecit sekali lagi,
"Aku tak suka makan kat kantin, ramai betul manusia. Kat sini best, takde orang. Ada pun manusia annoying macam kau ni lah." balasku. Aku dapat tangkap tawa halusnya.
Ketawa pulak dah!
"Rooftop ni memang tempat aku, kau je yang ceroboh tempat ni." Taehyung berdiri sambil melilau sekeliling.
"Ceh macam lah sekolah ni bapa dia yang punya." gumam ku, dan aku yakin dia tak dengar.
"Aku dengar lah. Memang lah sekolah ni bukan bapa aku punya tapi rooftop ni aku dah cop sebagai tempat aku."
"Mana boleh macam tu, rooftop ni sebahagian dari sekolah so sesiapa saja boleh pergi, jangan nak main-main cop pula erk."
"Ada kau nampak orang lain pergi sini selain aku? Takde kan? Kau sorang je berani jejak kat tempat ni sebab kau masih baru dan tak tau apa-apa."
"Apa benda yang aku tak tau tu?"
Okey sekarang aku dah rasa macam orang bodoh sebab gaduh pasal rooftop je.
Taehyung diam tidak menjawab.
"Dah lah, aku malas nak gaduh. Buat habis liur je bertekak dengan kau. Apa kata rooftop ni kita share sama-sama, nak?" aku mengalah.
Aku tunggu jawapan dia, reaksi muka dia berubah dengar cadangan aku.
"Umph okey setuju."
Aku tersenyum manakala dia paling muka ke arah lain. Aku pandang dia dari atas ke bawah, pemakaian dia sama je macam kemarin. Takde yang berubah langsung.
"Btw, kau kelas apa?" soalku.
"Kelas? Buat apa kau nak tau?" soalnya balik.
Eleh sombong, orang nak berkawan dia jual mahal.
"Takpelah, tak payah bagitau." aku menjeling tempat lain dan sambung makan roti aku tadi. Sementara Taehyung hanya membisu sambil pandang permandangan dari rooftop.
Dia seolah-olah macam bermasalah? Tapi aku malas ambil tau karang dia kata aku penyibuk.
Setelah selesai makan, aku berdiri.
"Aku turun dulu."
"Hmm." dia tak pandang aku, syok termenung.
"Apa yang kau tenung tu erk? Khusyuk semacam je."
Dia berpaling menghadap aku,
"Dah selesai makan? Sila balik ke kelas kerana waktu rehat sudah tamat." formal gila ayat dia.
Aku hanya buat muka pokerface.
"Yelah nak turun lah ni. Kau tak nak balik kelas?"
"Kejap lagi." jawapan dia sama macam kemarin. Aku angguk faham seraya turun dari rooftop tersebut.
Mamat tu memang suka lepak kat rooftop, aku syak mesti dia pun tak ada kawan macam aku gak.
~
Kaki ku bawa masuk ke dalam kelas, belum ada guru lagi yang masuk. Aku mengeluh bila nampak semua classmates ku riuh, memang kalau takde guru itu lah kerja diorang.
Segera aku melabuhkan punggung di kerusi ku. Kepala ku letak atas meja, nak tidur.
Tiba-tiba aku terasa seseorang menendang mejaku. Serta merta aku mengangkat kepala.
Yerim. Apa dia nak lagi?
"Kesian kau kan takde kawan? Tu lah siapa suruh cari pasal dengan aku." dia tersengih sinis.
"Aku tak kisah pun." ujarku selamba.
"Kau tak kisah? Tak lama lagi kau akan kisah."
"Yelah, dah siap? Kalau dah sila bawa kaki pergi jauh dari sini. Semak." aku kembali meletakkan kepala atas meja.
"Kau-"
"Selamat sejahtera ssaem!"
Nice timing! Aku angkat kepala, Yerim sudahpun duduk di tempat dia dengan muka tak puas hati.
Tch, perangai tak serupa muka. Cantik tapi trip nauzubillah.
---
TBC
YOU ARE READING
Waiting : Don't Forget Me [ KTH ] ✔
Mystery / Thriller[COMPLETED] "Don't leave me." ~ Dia roh yang tidak tenteram. Hanya Jung Haeun yang dapat membantu. Apakah misteri yang bakal terungkai? ~ "Sometimes you have to accept that people's part in your story is over."