Pintu slide ku sorong ke tepi,
Belum sempat aku melangkah masuk, satu susuk tubuh sasa menghempap tubuhku. Aku hampir terpelanting, namun sempat tubuh sasa itu menyambutku.
Aku terpana, mata kami bertaut untuk tiga saat sebelum dia melepaskan tubuhku.
Ceh, dah macam dalam drama. Bapak ahh!
"Mianhae." ujarku, wajah kacak lelaki itu ku pandang tanpa berkelip.
Hensem doh!
"Gwenchana. Eh kenapa muka awak lebam ni?" lelaki itu mengamati luka pada wajahku. Wajahku membahang kerana malu dipandang seperti itu.
"Eh maaf, saya Jeon Jungkook." dia perkenalkan diri walaupun aku boleh baca dengan jelas nametag dia.
"Jung Haeun." kataku sedikit gugup.
Kenapa aku gementar ni bodoh, pantang betul nampak lelaki kacak.
"Ada nurse tak?" soalku sambil menjengah ke dalam bilik.
"Takde tapi saya yang bertugas hari ni. Kalau tak keberatan, biar saya rawat luka awak." ujar Jungkook dengan senyuman yang pada mata aku amatlah menawan dan menggoda auch.
Gulp!
~
"Okey selesai, lain kali hati-hati." ujar Jungkook setelah siap menyapu ubat pada hujung bibirku.
Laju juga lah jantung aku mengepam darah bila kami terskinship. Nasib lah Taehyung tak ikut sekali, kalau tak aku takkan terjumpa budak Jungkook ni.
"Awak pelajar baru kelas A11-2 kan?"
Aku sekadar mengangguk,
"Saya dari kelas A11-1 merangkap ketua pelajar kat sekolah ni. Kalau ada apa-apa masalah jangan malu-malu untuk jumpa saya."
"Nae." ujarku ringkas, sejujurnya aku agak nervous.
"Saya masuk kelas dulu. Gomawo." aku bow sebelum keluar dari bilik. Jungkook sempat memberi sebuah senyuman manis kepadaku sebelum aku beredar.
Gila gila gila, kacak siak. Aku kena jumpa Taehyung ni.
~
"Pergh aku lagi kacak dari dia."
Meh as expected betul jawapan dia, memang tak nak mengalah. Aku bagitau kat dia yang tadi aku terjumpa lelaki hensem Jeon Jungkook,
Dengan yakinnya dia kata dia lebih kacak, confident level dia tinggi betul.
"Tell me more about him please." rayuku, aku tau dia classmate ngan Jungkook. Agaknya lah sbb dia kenal budak Jungkook tu.
"Pergilah tanya dia sendiri." katanya lalu memalingkan wajah.
Merajuk ke apa mamat ni.
"Alaaa bagitau lah." aku menggoncangkan lengan kanannya.
"Boleh tak kau jangan cakap pasal dia lagi? Muak lah." lengannya ditarik.
Eleh jeles lah tu.
"Kau jeles erk?"
Dia bagaikan tersentak,
"Mana..ada tak lah." dalihnya.
"Alamak, tak sangka pula kau jeles. Wei kau jeles kan? Jujur aje lah."
Dia tak jawab sebaliknya membelakangi aku,
Perlahan aku tersengih nakal,
"Mengaku aje la, kan senang." aku sengaja mengusik dia.
Aku cuba melihat muka dia but he keeps avoiding me, dia tak nak pandang muka aku pun.
"Aku tak jeles lah budak." jawabnya namun masih tak nak bersemuka dengan aku.
"Tae, kalau tak jeles pandang la muka aku." aku tarik tangan dia untuk menghadap aku tapi dia tetap berkeras.
Comel betul perangai dia bila merajuk macam ni.
"Jangan lah tarik-tarik. Aku tak jeles lah, pergi lah."
Aku masih tak berganjak. Makin kuat aku tarik tangan dia,
"Aku kata aku tak jeles!" tiba2 dia meninggikan suara sambil kedua belah bahuku dipegang, kami berpandangan sejenak.
Mata hazelnya merenung mataku yang tak berapa nak cantik. Aku terpempan seketika,
Kenapa aku tiba-tiba berdebar ni, dah dua kali jantung ni berdebar tak tentu pasal.
"O..key, kau tak jeles lah tu." akhirnya aku mengalah, kalau bukan sebab jantung aku yang tiba2 berdegup ni mungkin aku masih melawan.
Pelik.
Pelik kenapa?
Sebab muka Taehyung, bila dilihat dari jarak dekat sangat...
menyeramkan,
Aku dapat rasakan aura dingin dari dia.
Tapi takpelah sebab muka dia kacak.
"Maaf, terlanjur. Sape suruh kau paksa-paksa aku." Taehyung menurunkan tangannya.
Dengan selamba aku memegang tangan Taehyung, dia terkejut.
"Tae your hands, kenapa sejuk sangat?" soalku agak kerisauan.
Pantas dia menarik tangan.
"Takde apalah, aku memang selalu kesejukan." dia masukkan tangan ke dalam poket seluar.
Kesian. Mungkin dia ada masalah sampai dia tak mampu uruskan diri. Tetiba terasa nak jadi bini dia pula.
"Betul ke? Kau tak sakit mana-mana?"
Dia menggeleng,
"Jangan risau lah. I'm fine, just fine." dia mengukir senyuman kecil.
Entah kenapa senyuman dia nampak seperti dia sedang menahan derita.
Deritan yang telah lama dipendam.
---
TBC
YOU ARE READING
Waiting : Don't Forget Me [ KTH ] ✔
Misterio / Suspenso[COMPLETED] "Don't leave me." ~ Dia roh yang tidak tenteram. Hanya Jung Haeun yang dapat membantu. Apakah misteri yang bakal terungkai? ~ "Sometimes you have to accept that people's part in your story is over."