"Setiap kali waktu pulang kenapa kau pergi rooftop erk?"
Aku pandang sisi wajah Taehyung, kami tengah berdiri bersebelahan. Taehyung tidak memandangku,
"Aku tunggu kawan aku." balas Taehyung.
Aih tak habis-habis dengan dia punya penantian.
"Jadi kawan kau tu datang tak?"
Dia menggeleng.
"Kau ni, patutnya kau yang datang cari dia. Dia kelas apa erk, aku tolong cari dia kalau kau nak."
"Tak perlulah. Aku yakin suatu hari nanti dia sendiri akan jumpa aku kat sini." dia mengulit senyuman.
Perghh senyuman dia tu, menusuk kalbu. Okey let's say yang aku dah addicted dengan senyuman dia, bukan apa tau, dia ni kacak sesiapa je pandang mesti terpikat, tak terkecuali aku.
"Yelah Tae."
"Kau panggil aku apa tadi?"
"Tae."
Dia tersentak, apa lah sangat dengan panggilan tu.
"Kau napa?" soalku bila dia hanya mendiamkan diri.
"Takde lah. Lama aku tak dengar orang panggil nama tu."
"Oh iye? Kalau macam tu aku akan kerap panggil kau dengan nama tu." bibirku membentuk sengihan.
"Boleh gak." dia pandang aku dengan pandangan redup. Kenapa dengan dia erk? Bila aku perhati betul-betul, wajah dia agak pucat. Menyeramkan.
Tapi tu semua aku tolak ke tepi, aku tau dia ada masalah jadi tak hairan lah.
"Tae, kau ada masalah ke?" soalku tak ragu-ragu.
"Mana ada, kenapa?"
"Alah kita dah berkawan seminggu, takkan kau masih tak nak share problem kau kat aku?"
Selama seminggu aku kenal dia, aku tak pernah jumpa dia kat tempat lain selain rooftop. Masa perhimpunan pagi pun aku cuba cari dia, tapi tak jumpa. Bila aku tanya, dia kata dia tak suka berkumpul reramai tu sebab dia skip perhimpunan.
"Mana ada lah. Kau ni suka betul fikir bukan-bukan." dia menunjal dahi aku, amboi dah pandai main sentuh ye sekarang.
"Yelah. Tapi kalau kau ada masalah, feel free untuk bagitau aku erk."
Dia sekadar mengangguk.
~
"Bye Tae, jumpa lagi nanti." aku melambai lelaki tu sebelum memboloskan diri dari rooftop. Dia macam biasalah, kejap lagi dia turun katanya.
Semasa aku pijak di tangga yang terakhir, tiba-tiba seorang perempuan mengheret aku ke dinding. Aku terkejut,
Dia bukan Yerim mahupun geng-geng sekakinya. Tapi orang lain yang aku tak kenal.
"Shh, kau pelajar baru kan?" soal gadis itu dengan pandangan yang tak dapat ku tafsirkan. Suara dia perlahankan takut ada orang lain dengar kut.
Aku angguk perlahan,
"Kau dari rooftop ke tadi?" soalnya lagi, kali ni macam sedikit ketakutan?
"Ya. Kenapa?"
"Apesal kau pergi sana? Tempat tu bahaya!"
Aku tersentak, bahaya apanya? Elok je tempat tu aku tengok. Belum sempat aku buka mulut, perempuan tu sambung ayat dia.
"Aku selalu nampak kau naik atas tu, kau takde rasa apa-apa yang pelik ke bila berada kat sana?" soalnya lagi, yang peliknya perangai kau bukan tempat tu, ugh.
"Mana ada apa-apa yang pelik." aku mengerutkan dahi.
"Pelajar tak berani pergi tempat tu sebab tempat tu keras, kau takde kena bagi warning ke?"
Keras? Memang lah keras, konkrit kot.
"Takde pula."
"Kalau macam tu, kau jangan pergi lagi. Maybe kali ni kau terlepas tapi lain kali aku tak jamin. Ingat kata-kata aku ni, jangan pergi kat sana lagi." tegas.
"Tapi kenapa?" aku masih tak puas hati.
"Ada roh selalu berkeliaran kat sana. Sebelum ni dah ada kes pelajar nampak lembaga, sebab tu ramai tak berani pergi sana."
Aku tergamam, habis selama ni aku dan Taehyung pergi okey je, takde pula kami kena ganggu.
"Btw, aku Park Chaeyoung." dia perkenalkan diri.
"Jung Haeun."
"Okey Haeun. Ingat pesan aku tau. Maaf lah buat kau takut tapi serius aku kata, tempat tu bahaya."
Aku cuma angguk, ingat aku percaya ke? Seminggu aku lepak sana, takde apa yang terjadi.
"Aku pergi dulu. Annyeong!"
"Nae annyeong!"
Dia terus beredar meninggalkan aku. Fuh buat takut je minah tu.
Tapi macam mana kalau apa yang dia cakap tu betul? Ergh no, tak boleh percaya.
Mungkin ni lah apa yang Taehyung cakap aku tak tau apa-apa masa mula-mula dulu. Tapi aku ni bukan jenis penakut, sorry lah.
Aku dengan pantas menuju ke kelas.
---
TBC
YOU ARE READING
Waiting : Don't Forget Me [ KTH ] ✔
Gizem / Gerilim[COMPLETED] "Don't leave me." ~ Dia roh yang tidak tenteram. Hanya Jung Haeun yang dapat membantu. Apakah misteri yang bakal terungkai? ~ "Sometimes you have to accept that people's part in your story is over."