Part 14 - Confession

272 35 1
                                    

Di kantin sekolah, aku dan Chaeyoung tengah menikmati makanan masing-masing. Chaeyoung melantak makanan dia dengan penuh selera.

Makan banyak pun tak gemuk-gemuk budak ni.

"Aku jeles lah dengan engko, makan pun tak gemuk, aku ni makan sikit dah kembang." ujarku, Chaeyoung ketawa.

"Hai." sapa satu suara, aku mendongak.

Wajah Jungkook memenuhi ruangan penglihatan,

Aku mengukir senyuman, lantas lelaki itu mengambil tempat duduk disebelahku.

Banyak-banyak tempat, sebelah aku juga kau nak duduk erk.

"Hai Jeonkook, lama tak lepak." ujar Chaeyoung.

"Aku busy lah, banyak kerja kena buat." balas Jungkook.

Diorang dua ni agak rapat juga lah sebab satu kelas. Maklumlah pelajar pandai kelas pertama, aku ni setakat kelas kedua apalah sangat. Ceh rendah diri.

"Eh Haeun, Jungkook datang je terus senyap, asal?" tanya Chaeyoung, dia cuba mengusik aku.

"Mana ada, dah takde apa-apa nak sembang."

"Takde apa atau segan sebab ada Jungkook?"

Aku mengetap gigi geram dengan Chaeyoung.

"Kau tak baik memfitnah lah."

"Manaada aku cakap benda betul lah." dan kami pun memulakan perang mulut.

"Sudah tak payah gaduh, makan aje makanan tu. Korang ni macan budak-budak." Jungkook mnggelengkan kepalanya melihat karenah kami.

Aku perasan yang dia asyik pandang aku dan senyum macam orang tak waras. Angau ke? Hoho.

"Haeun, pulang sekolah nanti sama-sama okey." kata Jungkook sebelum meminta pamit untuk kembali ke kelas.

"Nae."

"Nah tengok, dia nak balik sama-sama, mesti ada sesuatu." Chaeyoung menaikkan sebelah keningnya.

"Ada-ada lah kau ni." dengan perlahan aku menolak kepalanya.

***

Seperti yang telah dijanjikan, aku menunggu Jungkook dihadapan kelasnya. Lewat sikit kelas diorang habis hari ni.

Beberapa minit berlalu, kedengaran bunyi kerusi disorong dari dalam menandakan mereka semua telah siap sedia nak pulang.

"Haeun!" panggil Jungkook, aku berpaling.

Dengan senyuman yang tak lekang, dia mendekati aku.

"Maaf buat awak tunggu lama."

"Gwenchana."

Kami berjalan beriringan melalui lorong, Jungkook bercerita tentang kerjaya dia sebagai ketua pelajar yang dihormati, disegani dan diminati ramai.

Kedengaran juga tawa kami bersatu bila dia buat lawak yang tak berapa menjadi.

Keluar sahaja dari pekarangan sekolah, kereta omma sudah tersadai di seberang jalan.

"Haeun." panggilnya sebelum kami berpisah.

"Ya?"

"Saya hmm saya.." dia teragak-agak, tengkuknya digaru entah gatal entah tidak.

"Apa dia?" kalau nak cakap tu cakap ajelah straight to the point.

Waiting : Don't Forget Me [ KTH ] ✔Where stories live. Discover now