TA! <2>

1.6K 57 7
                                    


Hujung minggu pada minggu pertama bulan April itu, Fazlin memulakan paginya dengan mengambil sarapan pagi yang ringan iaitu bijirin Corn Flakes dengan susu segar Dutchlady. Television flat yang dilekatkan di dinding ruang tamunya dipasang menggunakan alat kawalan jauh. Sebuah rancangan animasi bersiri, The Larva memenuhi ruangan kaca televisionnya. Matanya ulang-alik dari mangkuk bijirinnya dengan kaca television tersebut. Lawak 'bodoh' yang disampaikan oleh karakter-karakter dalam siri tersebut ditatap dengan wajah yang datar sambil menikmati sarapannya. Sesekali hatinya tercuit dengan kebodohan watak-watak tersebut.


Hubungan dua watak; si Kuning dengan si Merah membingunkan Fazlin. Nak dikatakan kawan, tiap sketsa mereka hanya dipenuhi dengan pengkhianatan dan pergaduhan sahaja. Namun, mereka tetap bersama pada akhirnya. Fazlin tidak pernah mengerti maksud dari 'persahabatan' itu sendiri. 'Cinta' lagilah jauh dari pemahamannya. Sepanjang hidupnya dia hanya mengetahui erti kasih sayang antara keluarganya sahaja ; namun kesucian erti kasih sayang tersebut juga turut dicemari dengan kebencian yang mulai meluap dalam dirinya.


Selepas siap mengemas mangkuk sarapannya, dia menghempaskan badannya di atas sofa yang berbentuk L di ruang tamunya. Jam dinding yang bercorakkan rumus-rumus matematik dikerling; 10.30 pagi. Perhatiannya dialihkan kembali ke kaca television dan ibu jarinya sibuk menekan butang-butang pada alat kawalan jauh; cuba mencari siaran yang menarik perhatiannya. Butang merah pada alat kawalan jauh ditekan sekaligus menggelapkan kaca televisionnya. Perlahan, dia merebahkan badannya ke atas sofa tersebut.


Langit yang biru diselimuti kawanan awan yang putih ditatapnya penuh minat. Deruan angin menerpa dirinya melalui pintu geser yang terbuka. Kain langsir putih yang jarang menari-nari ditiup angin pagi. Bayangan café Starbucks Coffee melintas di benak fikirannya. Haruman coffee kegemarannya mulai menerpa deria baunya; lantas membuatkan dia bangun dari pembaringannya dan melangkah menuju ke biliknya untuk bersiap ke café langganannya sejak dia mulai tinggal di situ.


Rumahnya yang sedikit berselerak ditinggalkan dek kemalasan merasuk dirinya. Dia berhajat untuk mengemasnya sebaik sahaja dia pulang ke rumahnya nanti.


Fazlin mengenakan jaket denim berwarna hitam bersama baju t-shirt putih sebelumnya serta dipadu dengan seluar skinny jeans hitam. Kasut sneakers berjenama Adidas disarung sebelum melangkahkan kakinya keluar dari apartmentnya itu bersama sebuah sling beg dan buku novel karya Haruki Murakami.


Keadaan di luar apartmentnya teramat sunyi seperti kebiasaannya. Kadang-kadang dia terfikir samada dia tinggal di kawasan tanah perkuburan atau di sebuah kawasan perumahan dek kerana suasana yang terlalu sunyi tanpa suara kanak-kanak sepertimana kebanyakan tempat perumahan yang lain.


Walaupun begitu, dia tidak mempermasalahkan keadaan tersebut kerana dia lebih memilih untuk tinggal di kawasan yang sunyi serta bebas dari suara-suara yang membingitkan berbanding kawasan yang dipenuhi dengan suara jeritan kanak-kanak yang menjerit bagaikan dirasuk setan.


Langkahnya diberhentikan sekejap; memerhati keadaan sekeliling sebelum membalikkan badannya ke arah pintu utama rumahnya lalu menarik pintu jeriji besi yang bercorak abstrak untuk dikunci. Sejurus itu segugus kunci yang berbagai dimasukkan ke dalam poket sisi sling begnya sambil kakinya melangkah ke arah lif.


Deruan angin yang lembut membelai rambut hitamnya yang panjang sebaik sahaja dia melangkah keluar dari pintu sliding automatik yang besar. Fazlin memberhentikan langkahnya, matanya ditutup; mencuba untuk menikmati kelembutan tiupan angin yang menyambut kedatangannya. Rambutnya yang dibiarkan bebas dari sebarang aksesori membuai-buai mengikut kelajuan angin. Sesekali helaian rambut yang mencecah tulang scapula itu menerpa wajah Fazlin.

Temani Aku!Where stories live. Discover now