TA!<8>

369 20 12
                                    

"Ughh''

Sakitnya kepala.

"Hmm?"
"Kain apa pulak ni? Basah pulak tu." Ujar Fazlin dengan suara yang serak. Kain yang direntangkan di atas dahinya dialihkan ke tepi. Fazlin cuba untuk bangkit namun kepalanya yang terasa seperti dihempap suatu beban yang sangat berat menghalang dirinya untuk bangun.

Disebabkan itu, Fazlin hanya meraba meja sisinya untuk menggapai botol air mineral yang sentiasa dia sediakan di sana tanpa sedikit pun melirik ke arah tersebut. Namun, bukan botol air yang diperolehinya malah basin air yang tanpa sengaja ditepisnya sehingga jatuh membasahi lantai biliknya.

Fazlin mengeluh; kesal.

"Aduhai, lepas satu-satu. Dah laa kepala aku sakit ni.'' Fazlin merungut sambil memaksa dirinya untuk bangun bagi membolehkan dirinya untuk mengambil kain lap di dapur.

"Aduh!"

Belum sempat tangannya menggapai tombol pintu biliknya, pintu tersebut sudah terlebih dahulu terhempas ke mukanya; menyalurkan satu rasa nyeri yang memburukkan lagi rasa sakit kepalanya. Secara refleks, dia terpantul ke belakang dan jatuh menimpa lantai.

Matanya yang berpinar cuba dia gagahkan untuk tetap terbuka; mencuba untuk melihat siapa yang dengan beraninya menghempaskan daun pintu yang semestinya tidak berapa nak 'lembut' tu ke dahinya. Pandangannya yang mulai kabur itu sempat menangkap sosok tubuh seorang wanita yang berdiri di hadapannya dengan reaksi wajah yang terkejut.

"K-kau siap-'' Belum sempat Fazlin menghabiskan kata-katanya, dia sudah pun tidak sedarkan diri. 

Melihat keadaan Fazlin yang tidak sedarkan diri, membuatkan orang yang tanpa sengaja mencederakan dirinya itu bertambah cuak; lantas dia bergegas menghampirinya untuk memeriksa keadaan Fazlin. Dia cuba untuk sedarkan Fazlin dengan menepuk pipinya perlahan; namun, Fazlin tetap tidak kunjung sedarkan diri. Melihat keadaan itu, dia terus menggapai telefonnya lalu mendial nombor kecemasan sebelum Fazlin digegaskan ke hospital dengan menaiki sebuah ambulan.

・・・・・・・

Perjalanan ke hospital tidak memakan masa yang lama. Erra yang turut menemani Fazlin di atas ambulan kelihatan gelisah melihat keadaan Fazlin yang masih tidak sedarkan diri. Benjolan kecil yang kelihatan jelas pada dahi Fazlin memburukkan lagi kegelisahan dalam hatinya. Seketika dia teringat akan wanita yang menitipkan Fazlin kepadanya untuk dijaga. Belum sempat dia hendak mencari kad nama yang diberikan oleh wanita tersebut, ambulan yang dinaikinya itu telah pun berhenti menandakan mereka sudah tiba ke tempat yang dituju.

Fazlin mengurung niatnya, lantas menuruni ambulan tersebut sebaik sahaja pintu ambulan tersebut dibuka dari luar. Erra memberikan ruang kepada petugas-petugas kesihatan untuk menolak katil yang ditempati Fazlin masuk ke dalam hospital.

Wajah Erra menunjukkan riak wajah yang cemas ditambah pula dengan kulitnya yang kehilangan warna; pucat dek kerana terlalu takut atas kecuaian dirinya. Dengan kaki dan tangan yang menggigil, Erra mengikuti langkah doktor dan para jururawat yang mengiringi Fazlin masuk ke dalam hospital untuk pemeriksaan.

Fazlin digegaskan ke wad kecemasan sementara Erra hanya duduk sambil menunggu di ruangan di luar wad kecemasan tersebut. Kedua tangannya yang semakin teruk menggigil digenggam erat; mencuba untuk mengurangkan getaran tersebut. Seketika dia teringat akan wanita yang menitipkan Fazlin kepadanya, lantas dia mencapai telefonnya serta kad nama wanita tersebut dan menghubunginya.

Deringan yang panjang menyapa pendengarannya sebelum suara seorang wanita menyambut panggilan telefonnya.

"Hello?"

"E-er h-he-hello." Erra menyapa dengan gugup.

"Siapa ye?"

"Saya Erra. Ni, Cik Syuha ke?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 17, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Temani Aku!Where stories live. Discover now