TA! <6>

580 26 22
                                    


Erra memastikan dirinya mengunci kotak hitam yang ditambah pada bahagian belakang motor Akim sebaik sahaja dia memastikan pesanan pelanggannya itu telah terletak elok sebelum dia menghidupkan enjin motor tersebut.

Motosikal berjenama Yamaha yang berwarna biru itu meluncur dengan kecepatan sedang di atas jalan raya. Dengan berbekalkan aplikasi navigator di dalam telefonnya, Erra terus mengikuti arah yang dipandu oleh aplikasi tersebut dengan gaya pemanduan yang berhemat.

Hembusan lembut angin yang menerpa wajahnya berhasil menghilangkan sedikit bebanan yang tanpa disedari dipikulnya kemana sahaja dia pergi. Sekilas, dia mengharapkan lokasi yang ditujunya itu tidak sedekat sepertimana yang ditunjukkan dalam aplikasi google map tersebut. Sesekali dia melirik ke layar telefonnya yang diletakkan di dalam bakul motosikal tersebut bagi memastikan dia menuju ke arah yang betul.

Disebabkan Erra terlalu larut dalam menikmati hembusan angin yang menenangkan itu, alhasilnya dia terpaksa melalui perjalanan yang sedikit jauh kerana dia gagal mengikuti arahan dari aplikasi tersebut. (You're not doing it on purpose aren't you, Erra🤨?)

"Oh no! Terlepas lorong pulak dah.😫" Rungut Erra sembari terus meneruskan pengendaraannya mengikuti arah yang dipandu oleh aplikasi navigasi.

Selepas beberapa minit, Erra akhirnya tiba di tempat tujuannya. Erra memberhentikan motosikal yang dinaikinya itu di hadapan tembok pagar yang ditulis sebuah nama kompleks apartment. Tangan kanannya lantas merogoh saku seluar slack hitamnya dan mengeluarkan secarik kertas yang bertuliskan alamat pelanggannya. Matanya ulang-alik memandang tulisan yang dengan kemas disusun pada tembok tersebut lalu membandingkannya pada alamat yang ditulis pada kertas dengan tulisan yang hampir sukar untuk dibaca. Almaklumlah, manager dia tu dulu bercita-cita nak jadi doktor tapi tidak kesampaian dek kerana cuai dalam pengajiannya.

Selepas memastikan dia tiba di tempat yang tepat, dengan sigap dia menamatkan navigasi yang masih dengan setia terpapar pada layar telefonnya. Perlahan dia mengendarai motosikal milik Akim itu mendekati pondok pengawal untuk meminta kebenaran memasuki kompleks tersebut.

Seorang pengawal keselamatan yang dilihat seumuran dengan Perdana Menteri Malaysia ke 8 itu terus mendekatinya sebaik sahaja roda motosikal yang dinaiki Erra berhenti dari bergolek. Mereka saling berbalas senyuman sebelum Erra memulakan perbicaraan diantara mereka.

"Assalamualaikum, encik." Sapa Erra dengan ramah.

"Waalaikumussalam, ye nak. Anak ni ada urusan apa ya, kemari?" Balas pakcik tersebut dengan tak kalah ramahnya. Seketika, dia teringatkan arwah akinya yang telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.

"Oh! Saya datang atas urusan delivery, pakcik. Boleh saya minta kebenaran untuk masuk?" Jawab Erra. Dia juga dengan beraninya menukar panggilannya kepada pengawal yang umurnya mungkin sudah 6 atau 7 kali ganda lebih tua daripadanya itu dari gelaran 'encik' kepada 'pakcik'.

"Oh, haa boleh sahaja. Kenapa tak boleh pula. Silalah masuk." Bersamaan dengan itu, palang yang menghalangnya untuk memasuki kawasan apartment itu terus terangkat dengan cepat.

Erra tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada pakcik tersebut sebelum dia meluncur laju melepasi kawasan penghadang tersebut. Matanya ligat memerhatikan papan tanda yang tertulis nama bangunan yang ditempati pelanggannya sebelum meneruskan perjalanan.

Motosikal biru kesayangan rakan sekerjanya itu dipakir elok di sebuah tempat pakir khas untuk motosikal, bersebelahan dengan bangunan yang ditujunya sebaik sahaja dia menemukan bagunan tersebut. Pesanan yang diminta oleh pelanggannya itu dicapai dan diperiksa sebelum dia melangkah masuk ke dalam bangunan yang dicat berwarna magenta itu.

Temani Aku!Where stories live. Discover now