TA! <4> Part 2

1.3K 49 4
                                    


Erra memberikan salam yang terakhir sambil menoleh ke arah kirinya. Wajahnya yang bersih diraup lembut sebelum mulutnya mulai terkumat-kamit melantunkan zikir-zikir yang selalu diamalkannya setelah selesai menunaikan solat. Kedudukan dalam tahiyyat akhir diubah kepada duduk antara dua sujud seraya kedua tangannya yang dirapatkan bersama; diangkat sejajar dengan bahunya.

Selepas melipat sejadah dan telekungnya, Erra melangkahkan kakinya ke dapur bagi mengisi perutnya yang berkeroncong dari sebelum dia menunaikan solat empat rakaat tadi lagi. Penutup makanan yang  berbentuk kubah dan berjaring-jaring diangkat dari permukaan meja makan. Alangkah terkejutnya Erra apabila semua lauk pauk sudah siap tersedia di atas meja tersebut; hanya tinggal nasi sahaja untuk disendukkan ke dalam pinggan.

Ish, budak kecik ni... Orang dah cakap takyah sediakan, dia sediakan jugak.- Erra tersenyum kecil dengan tingkah adiknya yang degil tu.

Erra menyantap makan malam lewat malamnya itu dengan penuh berselera dek kerana makanan kegemarannya yang menjadi hidangannya. Secawan milo panas dibancuh selepas dia siap mencuci pinggan-pinggan yang digunakannya tadi. Cawan bercorak ubat gigi Darlie yang berisi air milo panas serta segelas air putih dibawa keluar dari dapur dengan berhati-hati; diletakkan ke atas meja Fateh. Fateh yang masih tekun belajar tersentak dengan kehadiran Erra yang secara tiba-tiba.

Perhatian Fateh dialihkan dari cawan putih-hijau yang mengeluarkan wap-wap panas kepada sosok yang masih setia berdiri di sampingnya sambil tersenyum hangat. Sebuah senyuman yang ringkas dilemparkan ke arah kakaknya sebagai tanda terima kasih sebelum dia mengalihkan perhatiannya kepada kerja rumahnya yang belum siap.

"Asal nerd sangat adik akak sorang ni..hahaha"

Erra menyempatkan dirinya mengacak rambut Fateh yang ikal menyebabkan ia sedikit berantakan sebelum berlari kecil keluar dari bilik adiknya apabila dia cuba untuk memukul Erra dek kerana ulahnya tadi.

"Akak ni kann!!" Erra hanya tergelak mendengar rungutan adiknya.

Erra sangat menyayangi adiknya walaupun dia selalu mencari ruang untuk mengusik adiknya itu. Melihat senyuman dan mendengar gelak ketawa adiknya sudah cukup untuk menghilangkan sedikit penat serta lelah yang membebani dirinya. Seketika, dia berjaya melupakan wajah dingin yang mengganggu fikirannya dari siang tadi. Dengan semangat  baru yang terbina dalam dirinya, dia merebahkan badannya ke katilnya sebelum lena dibuai mimpi.


................


Fazlin  berjalan pulang ke apartmennya sambil memeluk tubuhnya yang sekeping itu. Sesekali tangannya digerakkan ke atas dan ke bawah bagi menghadirkan kehangatan melalui geseran telapak tangannya dengan badannya. Badannya menggigil kesejukan dek kerana kebodohannya bermandikan air hujan sehingga 2 jam lamanya di taman tersebut; tu belum lagi ditambah dengan masa yang dia ambil untuk berjalan lambat-lambat ke apartmennya. Entah berapa lama sudah dia berada di bawah guyuran air hujan yang turun lebat tidak seperti biasanya. Hidungnya yang putih pucat dan mancung itu mulai memerah disebabkan selsema yang mulai menyerangnya.


Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke perkarangan apartmennya, seorang pengawal keselamatan yang berumur dalam lingkungan 50-an memanggil-manggilnya dari pondok pengawasan, namun, Fazlin hanya berjalan terus ke arah pintu utama bangunan apartmentnya tanpa menoleh sedikit pun. Entah dia betul-betul tidak mendengar teriakan lelaki separuh baya itu atau dia sengaja memekakkan telinganya. Pengawal itu hanya menggelengkan kepala melihat tingkah laku Fazlin yang sedikit mengguris hati kecilnya itu.


Beberapa butang yang bernombor pada dinding bersebelahan pintu utama ditekan lemah sebelum pintu itu ditolak perlahan. Badannya terasa begitu lemah dan tidak berdaya; ditambah pula dengan kepalanya yang mulai berdenyut-denyut bagai mahu pecah.


"Cik? Cik tak apa-apa ke? Muka Cik pucat sangat ni." Suara yang sangat asing baginya menegurnya perlahan sambil sebuah tangan menyentuh bahunya lembut.


Secara refleks, Fazlin menjarakkan dirinya daripada perempuan tersebut dan hanya mengangguk lemah sebagai tanda bahawa dirinya baik-baik sahaja. Tanpa berkata sepatah perkataan pun, Fazlin melangkah meninggalkan perempuan asing tadi dan menuju ke arah lif. Perempuan itu hanya memandang belakang Fazlin yang berlalu pergi sambil mendengus kasar.


Lopak-lopak air kecil terbentuk di atas lantai seramik gelap; mengikuti setiap langkah Fazlin. Badannya disandarkan ke dinding marble sementara pintu lifnya dibuka. Matanya dipejamkan; sedaya upaya cuba mengurangkan rasa sakit di dalam kepalanya. Nafasnya mulai tidak teratur, namun dia cuba untuk menenangkan dirinya dengan menarik nafas dalam dan menghembus keluar secara perlahan-lahan.


Sebaik sahaja dia menjejakkan kakinya ke dalam rumahnya, dia terus melangkah masuk ke dalam bilik air di ruang tamu. Begnya hanya diletakkan di sembarangan tempat di atas lantai. Tab mandi mulai diisi dengan air suam. Sementara menunggu air di dalam tab mandi penuh, dia membuka air pancuran dan segera berdiri di bawah pancuran air yang dia telah setkan kepada suhu yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk; cukup untuk mengurangkan kesejukan yang menyengat dirinya. Pakaiannya dibiarkan memeluk lekuk tubuhnya yang kurus. Fazlin terlalu malas dan tidak berdaya.


Setelah air di dalam tab dirasakan sudah mencukupi, dia menutup pili air tersebut lalu merendamkan badannya hingga ke paras leher. Dia menyandarkan badannya ke tab tersebut seraya menutup kedua belah matanya; mencuba menikmati kehangatan air yang sedikit sebanyak melegakan dirinya dari kelesuan.


Secawan kopi 3 dalam 1 dibancuh sebaik sahaja Fazlin siap menukar pakaiannya kepada satu set pajama satin berwarna hitam dengan lining putih pada pergelangan. Wap yang menari-nari keluar dari mulut cawan tersebut, menandakan bahawa ianya masih hangat untuk diminum tanpa menyejukkannya terlebih dahulu.


Fazlin membaringkan badannya di atas sofa berbentuk L yang terletak di ruang utama apartmentnya. Badannya dimiringkan ke kanan; menatap setiap titisan air hujan yang masih setia membasahi lantai bumi. Fikirannya menerawang kepada sebuah mesej singkat yang dihantar kepadanya ketika dia berada di taman siang tadi.


Tangan kirinya meraba-raba permukaan sofa yang menjadi tempatnya berehat; mencari sosok alat komunikasi yang menjadi kegilaan ramai manusia pada zaman teknologi masa kini. Skrin Samsung Galaxy Note 9 disentuh meggunakan sebatang stylus pen sebelum aplikasi berwarna hijau ditekan. Sebuah nama yang terpapar pada skrin ditekan sebelum beberapa abjad pada papan kekunci disentuh. Butang hijau berbetuk segitiga ditekan sebaik sahaja dia siap menaip perkataan yang dia inginkan.

'Sorry, I'll have to postpone tomorrow's appointment, Dr. Hasyu.'


Satu keluhan kecil dilepaskan. Air kopi yang semakin memudar kepulan asapnya masih dibiarkan di atas meja kaca berbentuk segi empat sama. Fazlin kelihatan tidak berniat untuk menyentuhnya sama sekali, walaupun haruman kopi menusuk deria baunya. Tangisan langit malam bagaikan sebuah musik yang indah baginya. Ditatapnya, diperhatikan setiap bunyi derapan air hujan yang menghentak pelbagai permukaan. Pandangannya kelihatan kosong bagaikan hanya jasadnya sahaja yang sedang berbaring di situ. No one knows what's in her mind at that time. 


.........................................


so, I would like to say sorry for the late updates of TA! 

writer's block and also i just further my studying will make it harder for me to update sooner. So, i'll say sorry in advanced if i'll be taking a long time to update later..

thank you for reading my story and willing to wait. ^^

Temani Aku!Where stories live. Discover now