TA! <5>

1K 34 11
                                    



Sepertimana hari-hari yang sebelumnya, kafe Starbucks yang menjadi lubuk rezeki untuk periuk nasi Erra dan keluarganya telah pun siap dibuka seawal jam 9 pagi. Sekeping papan berwarna emerald yang tertulis 'OPEN' dilekatkan pada pintu utama kafe tersebut; menunjukkan ia sedia menerima kunjungan dari individu-individu yang menggemari minuman yang mengandungi kafein itu.


Seorang pekerja perempuan yang mengenakan dresscode pekerja Starbucks; t-shirt polo hitam serta apron yang berwarna hijau dilihat sedang sibuk mengelap meja-meja di kafe tersebut. Tudung bawal emerald berjenama Akel yang digayakan dengan pin di kedua belah bahunya menambahkan keayuannya walaupun ianya hanya gaya yang biasa sahaja. Well, orang cantik; pakai apa pun nampak cantik. Tak gitu?


Sudah beberapa jam berlalu sejak pertemuannya dengan perempuan dingin yang bernama 'Fazlin' itu. Namun, bagi Erra, beberapa jam itu terasa bagaikan sudah berhari-hari kejadian itu sudah berlalu. Sesekali, dia merasa perasaannya terganggu apabila mindanya mulai menerawang kepada waktu kejadian tersebut berlaku. Entah apa yang dirisaukannya pun dia sendiri tidak dapat mengenalpasti dengan lebih jelas.


Kafe tempatnya bekerja; seperti biasa, tidak putus dengan kunjungan dari pelanggan-pelanggannya samada pelanggan yang tetap mahupun pelanggan yang baharu. Ketika Erra sedang menyiapkan pesanan 'ice americano' untuk seorang pelanggan lelaki yang berumur sekitar 30-an, Encik Mazlan, bossnya datang membawa sekeping kertas note berwarna kuning. Sebaik sahaja pesanan itu, diberikan kepada pelanggan tersebut, Encik Mazlan menyapanya dengan suaranya yang sedikit parau.


"Haa, Erra. Ni ada pesanan delivery. Nanti minta tolong hantarkan ke alamat ni ye. Pesanan semua Akim dah siapkan." Encik Mazlan memberi arahan sambil menghulurkan kertas tersebut kepadanya. Erra terpinga-pinga mendengarkan arahan yang baginya bukan sahaja pertama kali untuknya, namun ianya pertama kalinya juga buat pekerja yang sudah lama bekerja di situ. Hal ini kerana kafe mereka itu, tidak pernah menyediakan servis delivery sebelum ini.


Sejak bila pulak ada buat servis delivery ni? Setahu aku cawangan kafe Starbucks ni takde buat servis ni sebelum ni.


Tanpa banyak bicara, Erra menganggukkan kepalanya; menandakan dia setuju dan faham akan arahan yang diberi kepadanya. Lambat-lambat Erra mencapai kertas memo tersebut; masih belum mempercayai deria pendengarannya dengan arahan yang baru diberi kepadanya itu.


"Okay, terima kasih, Erra. Nanti dah hantar pesanan tu, jangan lupa ambil bayaran dari customer." Sebuah pesanan ringkas disampaikan oleh Encik Mazlan. Sebuah senyuman kecil sempat dilemparkan oleh bossnya sebaik sahaja Erra membalas dengan perkataan 'baiklah'. Mata Erra mengekori setiap langkah bossnya yang berlalu pergi dari tempatnya berdiri seraya mengeluh kecil.


Tanpa berlengah, dia terus pergi mendapatkan Akim yang kelihatannya sedang membungkus pesanan yang perlu dihantarnya nanti.


"Weh, Akim." Terjah Erra dari belakang pemuda yang berkulit cerah itu.


"Opocot kau jatuh kebabom." Akim tidak semena-mena melatah dek kerana terkejut dengan terjahan Erra yang secara tiba-tiba sehinggakan hampir menumpahkan minuman yang akan di hantar nanti. Respon yang tidak disangka-sangka dari pemuda bernama Akim itu sungguh mengusik hati Erra. Tergelak Erra dibuatnya. "Oii Erra, hang ni pun..agak-agak laa nak terjah pun. Nasib baik tak tumpah air ni tadi. Kang tumpah aku jugak yang susah nak kena buat balik." Bebel Akim sambil tangannya sibuk membetulkan pesanan-pesanan itu dalam beg kertas yang berwarna hijau gelap serta logo Starbucks sebagai corak tunggal di situ.


"Alaa, sorry laa Akim, tak sengaja. Haha, lawak laa Akim. Tak tau pulak yang hang ni latah. Hahaha."


"Latah-latah jangan sebut ea. Tu bukan latah, tu terkejut je." Akim cuba backup dirinya sendiri. Padahal malu sebab dah terlanjur keluarkan latah tadi. Haha. Erra hanya menggelengkan kepalanya perlahan dengan ego lelaki rakan sekerjanya itu.


"By the way, tak leh ke kau jer yang pergi hantar pesanan tu? Kau kan lelaki, saya rasa lelaki yang biasanya buat kerja delivery delivery ni. Bukan perempuan." Erra membuat muka mohon simpati sambil tangannya sibuk menggulung kertas memo yang dicatat alamat rumah pelanggannya.


"Bukan tak boleh, tapi katanya orang yang buat pesanan tu yang request pekerja wanita yang hantarkan. Lagipun, orang tu pun perempuan jugak, jadi tak salah laa kalau hang yang hantarkan. Aku rasa tu lagi elok." Akim membalas pertanyaan Erra; sedikit pun dia tak menoleh ke arah Erra yang sedang cuba meminta simpatinya itu.


"Hurm, yer lah. Dah siap ke? Saya nak pergi hantar ni. Boleh pinjam motor hang tak? Cepat sikit sampai sana nanti." Erra mengecilkan matanya; annoyed dengan tindakan Akim yang tidak mengambil tahu pun tentang pujuk rayunya tadi. 


Ish, Akim ni! Buat penat jer mintak simpati dekat dia; sikit pun tak toleh. Haish.


"Haa, dah siap dah ni. Nah." Akim menyeluk saku apronnya lalu menghulurkan kunci motornya kepada Erra. "Elok-elok bawak motor tu nanti. Awas ea, jangan bagi calar sikit pun kat motor kesayangan aku tu." Erra hanya mengangguk tanda faham sambil membuat muka apabila mendengarkan pesanan khidmat pelanggan dari pemuda perfectionist tu. Erra mencapai beg kertas yang diletakkan diatas kaunter lalu terus beredar dari kafe tersebut.


"Weh, Erra! Hang jangan lupa ambik helmet pulak." Akim menjerit dari belakang kaunter, risau si Erra tu terlupa untuk mengenakan helmet ketika mengendarai motornya nanti. Beberapa pelanggan yang berada di dalam kafe tersebut mengalihkan pandangan mereka ke arah tempat Akim berdiri, namun tiada sosok pemilik suara yang menjerit tadi.


Fuh, nasib baik aku ni cepat bertindak. Kalau tak, buat malu jer tadi. Aduh, Akim..Akim.


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>TBC<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


Finally an updated from me. Hehe

Sorry, for the really really late and short update from me for this story. Busy with campus life plus gotta no idea to write.

Saya x janji akan update dalam masa yang terdekat ni, sebab tengah minggu exam. But, I'll try to update as soon as I get new ideas, okay.. ^^

Btw, Salam perpisahan 2018 n Salam mesra 2019

Jangan lupa plan tahun yang baru ni dengan baik. Semoga ianya menjadi satu perjalanan tahun yang baik buat kita semua. ^^

Happy New Year, dear beloved readers.. thanks for adding my not so good (yet) story of mine into your reading list and also thanks for the one who follow me. ^^

Ada readers yang bukan dari Malaysia ke, kat sini(TA!) ? Kalau ada, cuba comment sikit kat bawah. hehe^^

Temani Aku!Where stories live. Discover now