TA!<1>

2.3K 68 2
                                    



Beep! Beep!

Bunyi membingitkan yang tidak asing lagi bagiku memecahkan perjalananku di alam mimpi yang serta merta lenyap dari memori ingatanku. Tanganku meraba-raba sekitar meja kecil yang berada tepat di sebelah kanan katilku. Punat kecil berbentuk segi empat tepat ditekan dengan kasar, serta merta bunyi yang membingitkan telingaku tadi berhenti; meninggalkan aku dengan keadaan yang tenang bersama kedinginan embun pagi. 


Mataku masih setia ditutupi kelopak mataku; mecuba untuk mengelak dari cahaya lampu yang memeritkan pandanganku. Aku masih terpisat-pisat menghadam persekitaran ruang rehat yang bersaiz sederhana besar itu.


Comforter yang bercorak geometri ditarik menutupi paras dadaku. Mengingatkan hari ini adalah hujung minggu yang sangat bermakna bagi orang yang bekerja tidak kenal waktu, aku mengambil keputusan untuk menyambung tidurku yang sempat diganggu. Tambahan pula, dengan bendera merah yang diberikan kepadaku menguatkan lagi perasaan malas dalam diriku untuk bangkit dari pembaringanku yang menggoda.


Jarum jam locengku menunjukkan 9.45 pagi ketika aku tersedar dari tidurku yang menyenyakkan. Setelah siap membersihkan diri dan mempersiapkan diriku dengan sehelai t-shirt putih yang dihiasi dengan logo 'supreme' di bahagian dada serta seluar trek tiga suku, aku mengemas katilku yang berselerak sebelum mecapai bijirin sebagai breakfastku pada pagi itu.


By the way, mari aku perkenalkan diriku dahulu sebelum aku lanjutkan kisahku yang menyedihkan ini. *kesat air mata fake*


Nama aku, Fazlin Khairina. Tahun ni aku akan mencecah umur 25 tahun pada bulan hari kebangsaan Malayisa; Ogos. Aku menyelesaikan pengajianku beberapa tahun yang lepas dalam bidang Matematik dari sebuah universiti tempatan; segulung ijazah dengan kelulusan CGPA yang cemerlang berjaya ku raih.


Tapi walaupun begitu, kerja susah nak cari kalau just cari ikut bidang yang diambil di universiti walau secemerlang manapun kau lulus. Dunia sekarang bukan lagi dunia yang kau boleh pilih-pilih kerja yang engkau inginkan. Apa-apa kerja pun, kau kena cuba dapatkan walau lari gila dengan kelulusan kau. Quoting that, even aku mempunyai kelulusan dalam bidang matematik, sekarang aku menjawat jawatan Pembantu Pengurus Kewangan di sebuah syarikat pelabuhan yang mengendalikan barangan eksport dan import dalam serta luar negara.


Aku anak tunggal dan sekarang aku tinggal bersendirian di sebuah apartment yang masih baru berdiri di bumi Klang. Hari-hariku dihiasi dengan hitam putih. Aku seorang introvert dan bergaul dengan orang lain bukan minat aku. Aku lebih suka habiskan masaku bersendirian dan melakukan hobi-hobiku atau sekadar duduk santai di rumah sambil menonton rancangan yang dipaparkan di kaca television 24 inciku.


><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><


Okay, ni adalah karya fiction pertama DB publish kat wattpad. DB ni masih lagi amatur dlm bab menulis fiksi ni... kalau ada yang kurang dengan cerita TA! ni kalian boleh berikan komen dan saranan kalian di ruangan komen kat bawah nanti...

Vote dan komen tu pilihan kalian... DB x nak paksa... 

Kalian berminat untuk baca pun dh kira okay dah..


And cerita ni ada unsur-unsur GXG... kalau x suka boleh tinggalkan cerita ni...mohon jgn kecam DB

Temani Aku!Where stories live. Discover now