Syakila P. O. V
Aku berundur apabila Khai semakin mendekat. Anak matanya tajam menikam mata aku, namun aku tidak mampu membaca riak wajahnya. Entah marah atau pun kecewa.V
Terasa belakang tubuhku menyentuh dinding dan tidak mampu untuk berundur lagi. Aku menelan liur.
'Pap'
Kedua tangan Khai menolak dinding, dalam erti kata lain menghalang pergerakanku. Aku hanya mampu membalas pandangan tajam Khai. Jelas kedengaran nafas kami berdua yang hampir bersatu kerana terlalu hampir.
Entah kenapa, aku dapat rasakan satu getaran dihati ku melihatkan anak mata Khai yang bergerak-gerak mencari anak mata ku. Pandangan mata Khai bukanlah pandangan amarah, tetapi...
Khai semakin merapatkan wajahnya kearah aku, dan semakin membulat mata ku apabila tubuh kami mulai bersentuhan. Cepat-cepat aku pejam kan mata bila aku merasakan nafas panas dari bibir Khai menampar pipi ku.
'Kenapa aku tak melawan?' Sempat aku bertanya kepada diriku sendiri.
Senyap!
Apa jadi?
Apa Khai buat?
Perlahan-lahan aku mencelikkan mata dan memandang hadapan. Kelihatan Khai sedang berpeluk tubuh dan tersenyum senget.
"Jom balik!" Ucapnya sambil tersenyum.
"Hah!?"
"Jomlah balik. Nak buat apa melekat dekat dinding tu lama-lama. Ingat awak tu model, nak tunggu photoshot. Dah jom balik, saya ada hal malam ni." Sempat lagi Khai menyindir sebelum berpaling meninggalkan aku yang masih 'melekat' pada dinding.
"Tapi tadi... Awak..."
"Dah, jom balik." Kali ini Khai berpatah balik, dan menarik tangan aku sampailah aku naik ke atas motor. Aku memeluk tubuh Khai apabila dia mula menghidupkan enjin motor.
Apa yang menarik perhatian aku adalah aku dapat merasakan degupan jantung Khai yang laju. Dia kenapa?
*****
Khai P. O. V"Kata nak balik, buat apa datang sini pula?" Soal Syakila apabila aku memberhentikan motor didalam kawasan Balai polis.
"Tadi diorang call saya, kata ada benda nak bincang." Ujar aku sambil memandang Syakila yang sudah turun daripada motor aku.
"Awak ni suka buat keputusan sendiri kan? Tak pernah pun nak tanya pendapat saya."
Wah~ Syakila masih marah ni. Sebab dia gunakan 'awak' Saya', dan bukannya 'Sya'Khai', seperti biasa.
"Ala, benda remeh macam ni pun nak gaduh ke? Dah lah, kita masuk jumpa Tuan Hafiz kita settle kan benda ni cepat-cepat." Malas hendak mendengar leteran SYakila, aku pantas menarik lengannya untuk mengikuti aku.
"Lepas lah!"
Genggaman tangan aku pada lengan dia terlepas. Menonong sahaja dia berjalan meninggalkan aku dibelakang. Syakila ni bila marah, boleh tahan degil dia.
"Woi! Jangan lari!"
"Tangkap dia! Tangkap dia!"
Kedengaran suara-suara kuat seperti memberi arahan dibelakang aku. Baru hendak berpaling, sesusuk tubuh laju melepasi aku. Tidak sempat untuk aku berfikir, dan apabila aku berpaling ke hadapan semula...
Orang itu telahpun memeluk Syakila dari arah belakang, sambil mengacukan pisau entah dari mana dia dapatkan ke hadapan. Membuntang mata aku melihat.
Syakila jelas terkaku, mengeras memandang aku.
"Jangan dekat!" Teriak lelaki itu. Dihunuskan pisau itu ke hadapan berkali-kali.
Beberapa orang lelaki tiba di sisi aku, dalam keadaan tercungap-cungap. Agaknya mereka ini yang mengejar lelaki itu.
Salah seorang dari mereka cuba untuk menghampiri lelaki itu perlahan-lahan, agar tidak disedari oleh nya.
"Jangan dekat! Kalo tidak aku bunuh dia!" Ucap lelaki itu berang, lalu mengacukan pisau ke leher jinjang Syakila.
"Jangan!" Teriak aku kuat. Bunyi senjata serentak kedengaran. Apabila aku melihat lelaki-lelaki tadi, mereka telahpun mengacukan pistol kearah si 'penculik'.
"Letakkan senjata, sekarang!" Arah salah seorang dari mereka.
Aku dah boleh nampak airmata Syakila mengalir deras, mungkin kerana takut. Ah! Kenapa dalam keadaan macam ni aku tak boleh fikir apa-apa?
Mereka merapati dengan lebih dekat.
"Aku kata jangan dekat! Aku bunuh dia!" Teriak si penculik dan semakin ditekan pisau tersebut ke leher Syakila. Semakin kuat raungan Syakila aku dengar.
Lutut aku melemah, dan aku terduduk.
Inilah satu-satunya kelemahan aku, iaitu pisau. Ya! Aku menjadi fobia terhadap pisau disebabkan oleh kejadian sewaktu aku kecil dimana pisau hampir-hampir sahaja membutakan mata aku.
"Bagi aku kereta, baru aku lepaskan dia."
Polis-polis tersebut saling berpandangan sesama sendiri.
"Fikir apa lagi! Bagi je lah." Teriak aku kepada mereka. Aku lebih risau kan Syakila sekarang ini.
Seseorang menarik aku ke belakang.
"Tuan Hafiz!" Ujar aku terkejut.
"Khai, kami tak boleh senang-senang nak lepaskan dia. Dia ni orang yang memang kami kehendaki." ujar Tuan Hafiz.
"Tapi Syakila dalam bahaya. Buatlah sesuatu."
"Ye, kami tahu Khai. Tapi benda ni tak boleh tergesa-gesa."
"Tuan faham tak? Yang dalam bahaya sekarang ni kawan saya!" Teriak aku.
"Bersabar Khai. Saya faham awak risau. Tapi kami ada cara nak uruskan benda ni."
Aku meraup wajah aku kasar. Aku pandang Syakila yang dijadikan tebusan. Tuan Hafiz menepuk bahu aku.
"Dan untuk pengetahuan awak, dia lah suspek yang merogol Syakila." Mata aku terbuntang. Aku menggenggam penumbuk, erat.
"Binatang!" Aku berlari kearah lelaki tersebut.
Mungkin kerana terkejut dek sergahan aku, pisau ditangannya serta merta terlepas. Apa lagi, aku pun mengambil kesempatan untuk menumbuk wajahnya. Pelukannya pada Syakila terus terlepas.
Tidak cukup dengan itu, aku menumbuk perut dan pipi nya bertalu-talu sehingga dia terbaring diatas jalan tar. Mulut dan hidung nya mengeluarkan cecair merah.
"Kau memang binatang! Sial! Arhh!!! "Aku melepaskan amarah aku.
Masih tidak berpuas hati, aku membelasah sehinggalah tubuh aku ditarik oleh pihak polis. Sempat lagi aku memijak dan menendang tubuhnya yang telah pun lembik.
"Cukup Khai! Cukup!" Tuan Hafiz menenangkan aku. Aku memandang tubuh yang telah lembik aku kerjakan itu dengan pandangan membara.
"Kita batalkan perjumpaan kita hari ini, bawa Syakila balik. Awak pun sama, berehat lah. Kita jumpa esok." Arah Tuan Hafiz jelas. Aku mengangguk faham, lalu bergerak kearah Syakila yang terduduk lemah.
"Balik! Jom! " Aku menarik tangannya sedikit kasar, menuju kearah motor.
*****
Aku memikirkan motor ditempat parkir motor yang beratap. Topi keledar aku buka selepas aku mematikan enjin motor.
"Nah!" Syakila menghulurkan topi keledar dan ingin berlalu pergi.
"Sya!" Aku menahan dengan menarik tangannya. Dia berhenti.
"I'm sorry."
"Saya penat, saya nak rehat. " Usai berkata dia meninggalkan aku yang masih duduk diatas motor. Aku tak mampu untuk menahan dia pergi.
Sapa ada smule? Angkat tangan 😂..

ANDA SEDANG MEMBACA
Only you, my love! (GxG) {COMPLETED}
Romantiek"Aku tak main-main Sya! Sungguh aku cintakan kau. Dari awal aku jumpa kau, aku dah mula sayangkan kau, cintakan kau." - Khai- Khairun Rafiqi, kerana cinta dia sanggup lakukan apa sahaja untuk kekasih hatinya. Apa sahaja, biarpun hatinya sendiri yan...