104

587 54 0
                                    

No One

Di cari kelibat anak kecil yang dikenali oleh Daniel tidak kelihatan. Meliar saja matanya mencari mana Kim Aehyun dari dalam kereta sebelum dia keluar dari perut kereta yang kedua termewahnya itu. Nasib baik Eunhae memberitahu nama sekolah rendah Aehyun tadi. Kalau tidak , hampir satu Seoul dicarinya.

" Haih , mana Aehyun ni " dengan beraninya dia melangkah masuk kedalam kawasan sekolah itu.

Di perhatikan saja seorang demi seorang budak perempuan mana lah tahu Aehyun terselit disebalik mereka ini.

" Aehyun , mana appa awak ? "

" Saya takda appa " familiar saja suara itu di gegendang telinga Daniel. Dia mencari arah suara itu.

Akhirnya dia jumpa Aehyun disebalik bangunan. Mungkin baru nak keluar dari bilik darjahnya.

Daniel berhenti seketika apabila melihat adegan yang sukar untuk ditafsirkan.

" Betul la , awak anak sampah ! Mana ada Appa macam kitaorang--" lincah saja budak perempuan itu melontarkan kata-kata pedas itu terhadap si Aehyun.

Daniel mara ke hadapan untuk menyelmatkan keadaan.

" Siapa cakap Aehyun takda appa ? Saya Appa dia , ada masalah ? " tercenggang dua orang budak yang sedap mulut bidas Aehyun.

Aehyun juga terkejut apabila Daniel yang dianggap 'uncle' sebelum ini menggelar dirinya sebagai 'appa' pulak ? Dicover aja mukanya takut ter-kantoi

" Uncl-- Appa...." budak berdua itu hilang kata-kata lalu pergi meninggalkan Aehyun dan si "appa"

" Dah jom Aehyun kita balik "

Aehyun tidak berganjak sedikit pun apabila Daniel mengajaknya.

" Kenapa ni ? "

" Mana Omma ? Kenapa Uncle yang ambil Hyun ? Macam mana uncle tahu sekolah Hyun ? " bertubi-tubi soalan yang ditembak Aehyun .

Tangan kecilnya menyilang di dadanya tanda protes dan tidak puas hati

" Omma sakit sayang sebabtu uncle yang datang ambil Hyun. Omma hyun bagitahu la. Kita nak jumpa Omma lah ni , Jom ? " Aehyun masih curious dengan kata-kata Uncle Daniel itu.

" Jinjjayo ? Kenapa dengan Omma ?! Uncle !!!!!!!!!! " hampir bergema dia menjerit nasib baik sempat Daniel menutup mulutnya dengan tangannys.

" Kalau nak tahu kita pergi sekarang. " Tak ada cara lain, Daniel mendukung budak Aehyun tu. Degil dan banyak songeh ! Harap Eunhae tak macam ni. Kalau tak susah la nak tackle .

Suasana di hospital harini begitu tenang sekali. Setiap bilik memaparkan ciri khas yang tersendiri mengikut kemampuan pesakit. Seusai membeli makanan , Daniel dan Aehyun kembali ke ward dimana Eunhae di situ.

Aehyun terus berlari mendapatkan ibunya yang terbaring diatas katil bujang itu. Dipeluk erat.

" Omma , jangan tinggalkan Aehyun. Hyun sayang Omma...tsk...tsk..." tangisan kecil kedengaran. Eunhae tersedar dari tidurnya akibat sergahan Aehyun itu tadi.

" Aehyun sayang, Omma okay. " masih kuat untuk dia memberikan senyuman kepada anaknya.

" Em...awak dah makan ? Kalau belum , jom la makan dengan kitaorang. Saya ada beli makanan " untuk mengelak rasa janggal , Daniel bersuara. Ditayang plastik makanan kepada Eunhae yang berisi nasi campur.


" Omma cepat sembuh tau ! Hyun rindu nak tidur dengan Omma " habis comot Aehyun makan sambil bercakap. Daniel mendengar luahan Aehyun itu berasa simpati akan mereka.

" Esok omma dah discharge. Nanti kita balik ye sayang " Eunhee mengelap sisa makanan yang masih melekat dibawah bibir anaknya itu.

" Malam ni hyun nak tidur sini boleh ? nak jaga Omma ? "
Aehyun satunya anak Eunhee yang dia sayangi.

" Boleh sayang. "

" Yeay ! Sayang Omma! " Aehyun memeluk erat tubuh Eunhee. Bekas makanan diribanya diambil oleh Daniel dan dimasukkan dalam plastik kosong untuk dibuang.

Daniel keluar seketika untuk membuang sampah tatkala Aehyun dan Eunhee sedang berbual sesuatu.

" Omma tahu tak tadi uncle Daniel selamatkan Aehyun dari budak sekolah hyun yang selalu ejek hyun anak pungut. Hyun lega sangat ! Uncle daniel mengaku yang dia appa Hyun. Kelakar la omma. Hyun suka la kalau dia jadi papa Hyun. Boleh tak Omma ?"

seakan tidak percaya Daniel akan bertindak sedemikian demi anaknya itu. Eunhee bingung juga kadang-kadang melihat anaknya yang tidak bersalah sering diejek dan dihina.

Terkini pula , Aehyun mahu jadikan Kang Daniel sebagai Papa barunya.

" Oh tuhan, aku masih sayangkan Kim Taehyung. Aku taknak cinta dan sayang aku berubah ke orang lain " saat itu Eunhee hanya mampu teringat akan wajah suaminya Taehyung dalam fikirannya.

" Kim Eunhae kau akan jadi sebahagian dari hidup aku tak lama lagi... " terngiang-ngiang juga kata-kata Daniel dalam masa yang sama.

" Macam mana aku nak kendalikan perasaan aku bila aku perlu membuat pilihan soal hati dan perasaan ini ? Jimin kau perlu bantu aku ! "
Hatinya sekarang sedang bergelut antara dua lelaki.

Kim Taehyung arwah suaminya dan
Kang Daniel lelaki yang banyak hutang budi dengannya.

Kim Taehyung arwah suaminya danKang Daniel lelaki yang banyak hutang budi dengannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

========
TBC 🌸
========
♥ Vote + comment ♥

(C) I NEED YOU + kang danielWhere stories live. Discover now