110

508 41 0
                                    

Eunhee

Jauh hati untuk tinggalkan rumah aku ni. Perasaan gemuruh masih ada dalam diri ini. Memang sudah prepare mental dari semalam tapi hari ini adalah hari dimana aku akan ke tempat kerja baruku iaitu company Daniel.

Aku harap hari first tiada kejadian yang memalukan diri sendiri.

Tas tangan dicapai dan disandang pada bahu kananku. Kasut high heels merah diambil dan menjurus kearah pintu keluar.

Aehyun sudah sedia untuk ke sekolah selepas habis sarapan. Aku sudah sarapan cuma tengah bersiap saja.

Aku menghantar Aehyun terlebih dahulu sebelum ke tempat kerjaku.

" Aehyun , jaga diri baik-baik. Belajar rajin-rajin. "

" Baik , Omma ! " Aehyun cium tangan dan pipi aku sebelum keluar dari kereta. Ya , aku sayangkan Kim Aehyun. Aku harap tiada siapa lagi akan mengejek atau hina anak aku.

Masa berlalu sangat pantas , sekarang aku sudah menjejaki ke dalam syarikat tersebut. Sungguh besar dan cantik dekorasinya. Tidak dinafikan lagi ia adalah syarikat yang terkenal di Seoul dan mendapat ranking yang memuaskan dalam senarai syarikat yang terbaik pada masa ini.

Aku menuju ke kaunter pertanyaan dan mengeluarkan resumeku lalu menghulurkan kepada seorang gadis yang menjadi membawa tugasan menjaga kaunter pertanyaan. Senyuman mesra dan manis kata-kata membuatkan aku bersemangat hendak kerja disini.

" Puan Eunhee , awak boleh ikut saya "
dia keluar dari tempat itu dan membawa aku menuju ke suatu tempat.

Lift menjadi jalan pintas untuk ke tingkat atas. Sampainya di tingkat tiga pintu lift dibuka dan aku terus membuntutinya sehingga sampai ke satu tempat yang bertulis pada pintunya

" CEO. KANG DANIEL "

Gulp. Kenapa aku gementar sangat ni. Tengok pintu bilik itu sudah membuatkan aku terkejut. Adakah aku akan terima sebagai kakitangan disini ?

" Boleh masuk Miss Eunhee "

Perempuan itu meninggalkan aku sebaiknya dia telah melaksanakan tugasnya. Aku masih lagi disebalik pintu.

Aku masuk dengan menundukkan mukaku.

" Come here "

Dikerut dahi aku dan cuba mengangkat perlahan-lahan muka aku.

" Kim...Eunhee ? Kau ? " Daniel terkejut melihat aku orang yang tertera pada resume yang sedang dia semak itu.

" A...ahaa...jadi saya di-terima ke tak kerja di sini ? " tanyaku yang cuba untuk menggaru kepalaku.

" Kim Eunhee kau diterima menjadi P.A aku dalam syarikat ini dan akan menjadi isteri kepada anak-anak aku apabila di rumah "

WHAT ?! wei ini adalah satu warkah atau perjanjian ?

" Ayat terakhir awak tu saya berkata tidak. Jadi , saya nak panggil apa dekat awak ? "
sengihan sumbingnya terpamir.

" Panggil je Daniel. "
aku terkejut. Ini pejabat bukan diluar. Biar betul dia ni ? mata aku membulat dan dia pandang aku dengan pandangan kerek.

" Habis kau nak panggil aku apa ? sayang ? sweetheart ? kat rumah boleh lah. Panggil je la bos , Daniel ke dah ? "
aku blushing sebab malu dengannya. Ey , macam mana aku nak hadap dia setiap hari ni wei !

" Ikut aku, aku tunjukkan bilik kau "

Daniel bangun dan aku hanya mengikutinya dari belakang dan aku masih tunduk dan dia tiba-tiba berhenti membuatkan aku terlanggar belakang badannya.

(C) I NEED YOU + kang danielWhere stories live. Discover now