113

506 39 0
                                    

Daniel

Sepanjang kerja di pejabat aku hanya memberi fokus sepenuhnya pada kerjaku supaya tidak terlalu leka dengan masa yang berlalu.

Sekarang tibanya masa untuk pulang ke rumah.

Aku berlari memasuki ke dalam kereta. Awan hitam semakin sarat dengan air berharap cepat aku sampai ke rumah.

Aku start enjin kereta dan mula pemanduanku.

Saat aku terleka dengan lagu yang diputarkan pada keroncong radio sehingga aku tidak perasan akan kucing dihadapan dan tidak sengaja aku memutarkan stereng kereta aku lalu ianya hilang kawalan dan terus ke arah tepi jalan. Aku sempat menekan brek dengan kuat. Aku panik dan kepala aku terhentak kuat pada stereng sehingga kepalaku mengeluarkan cecair merah pada tepi dahiku.

Saat itu duniaku semakin gelap dan berpinar-pinar.

Eunhee

Aku mendapat satu panggil dari pihak hospital mendapati Daniel berada di dalam hospital kerana kemalangan.

aku tak nak kehilangan Daniel kali ni. Aku segera bersiap-siap dan menelefon Jimin supaya dia ambil aku untuk ke hospital. Aku masih ingat kata-kata Daniel

" Jangan buat kerja berat "

Di dalam bilik tersebut hanya ada Daniel yang berpakaian serba putih yang sedang terlantar diatas katil dan aku yang sedang berdiri di tepi pintu.

" Saya harap awak kuat ! " Aku memberi semangat kepada diri aku.

Air mata mula menbanjiri ke mukaku.

" Sabar Eunhee . Kau kuat. Aku pasti Daniel takkan tinggalkan kau "
Jimin cuba menenangkan aku. Fikiran aku bercelaru sekarang ini. Aku memandang perutku dan mengusapnya.

' harap papa aegi takda apa-apa '

Berjam-jam kami berada di ruang menunggu sehingga lah Jimin gerakkan aku untuk bangun semula.
Doktor telah memberitahunya bahawa Daniel mengalami hentakkan yang kuat di bahagian kepala dan dia kemungkinan tidak mengingati siapa kitaorang.

Saat itu hati aku bagai retak seribu. Sudahlah aku sedang mengandungkan anaknya. Dia pula mesti tidak mengenali aku.

" Dia sedang tidur. Kamu boleh masuk melawatnya. "
Aku orang pertama yang laju berjalan untuk masuk ke dalam wadnya.

Aehyun aku biarkan Jimin jaga.

Daun pintu ditolak perlahan. Sebujur tubuh sedang baring diatas katil pesakit. Aku nak duduk dikerusi tepi katilnya dan memegang tangannya.

" Awak...dah hilang ingatan...Mesti awak dah tak kenal saya. Saya harap ingatan awak akan kembali semula."

Dia masih tidur. Pada malam itu aku menangis sepuas-puasnya sehingga aku tertidur di situ.

" Cik...kenapa ada di bilik saya ? Siapa cik ? "
aku terjaga apabila ada orang gerakkan aku.

Daniel sudah sedar ?

" Eo ? awak dah sedar Daniel. "

(C) I NEED YOU + kang danielWhere stories live. Discover now