109

510 44 5
                                    

" Hyung ! bila Chan boleh tengok bakal kakak ipar ni. Tak sabar nak tengok anak dia. "
Oh ye , aku dah cerita semuanya kepada Chan , Mama dan Appa pasal misunderstanding tempoh hari lalu. Aku saja je cakap yang Eunhee bini aku masa Hayeon ada. Aku tahu dia nak kacau aku je.

Nasib baik family aku ni jenis yang memahami. Bersyukur sangat.

" Nanti la... "

" Alah . Hyung ni , Mama papa pun tak sabar nak tengok Aehyun mesti cantik kan ? "
Aku malas nak layan budak ni. Aku menyemak kertas kerja dimeja aku.

Dalam masa yang sama aku terfikirkan sesuatu.

" P.A aku dah lama berhenti kerja. Aku harap syarikat DDUDUDDUDU tu terimalah pelawaan jawatan kat sini "

aku mengeluh dan menyambung kerja semula.

Eunhee

Setelah aku memikirkan pasal jawatan tu. Aku sudah ada jawapannya.

Aku akan terima jawatan P.A di syarikat Darlie Light Entertainment tu. Aku akan memberitahu bos esok.

" Hyun , kalau Omma bagitahu ni. Aehyun mesti happy kan ? "
Aku memintal rambut anak aku sambil duduk membelakanginya.

" Apa Omma ? "
matanya ralit memandang skrin tv.

" Omma akan tukar tempat kerja dan tempat kerja tu ialah tempat papa kerja. Suka tak ? "

" Betul ke Omma ?! YEAYY !!!! mesti la Hyun suka !!!!! Yeay ! Nanti boleh jumpa hari-hari " nampaknya aku cuba untuk menerimanya dalam hidup aku.

Aku nak Aehyun rasa disayangi oleh seorang bapa juga. Aku tak boleh sangat tinggikan ego. Taehyung tidak akan muncul lagi dimuka bumi ini. Walaupun sukar untuknya membuka pintu hati kepada lelaki lain.

Aku cuba untuk mencintai Daniel macam mana aku menyayangi Taehyung sebelum ini.

" Hyun jangan bagitahu papa tau. Omma nak buat surprise !"

Aku meletakkan jari dibibirku.

" Baik ! "

Tibanya hari untuk aku memberi jawapan kepada ceo aku.

Aku mengetuk pintu biliknya terlebih dahulu sebelum masuk. Setelah dibenarkan masuk aku dijemput duduk olehnya.

" Ha , Eunhee macam mana ? Saya terima je apa pun keputusan awak. "

aku menarik nafas dalam-dalam dan memejamkan mata untuk mencari kekuatan.

" Saya terima jawatan tu ! " lancar saja aku menutur kata tanpa rasa ragu-ragu.

Wajah bos aku terpancar sekuntum senyuman.

" Bagus lah . Nanti saya siapkan dokumen yang kamu perlu bawa ke sana. Pasal gaji bulan ni akan dibayar juga sebelum awak dipindahkan. Minggu depan awak dah boleh mula kerja di sana. "

" Thanks bos. Saya akan berusaha lebih baik lepas ini. Saya minta diri dulu "

Aku mula beredar dari situ.

(C) I NEED YOU + kang danielWhere stories live. Discover now