108

520 52 2
                                    

Eunhee

Aku membuka mata aku. Sakit kepala aku tak hilang lagi ni. Diriku rasa terasing apabila aku berada didalam sebuah bilik yang berbeza. Yang pasti bukan bilik aku.

Wait ? Tangan siapa ni ? Satu tangan elok melingkari pinggang aku. Aku baru perasaan ada lelaki tidur disebelah aku dan dia adalah Daniel.

Aku blank. Aku pandang wajahnya semasa sedang tidur. Kelihatan polos dan natural. Tiga butang baju pijamanya dibuka mendedahkan sedikit bahagian dadanya yang masih boleh dilihat jelas.

" ARGHHHH !????!!!! " Aku menjerit sepuas hati dan malangnya dia menolak aku sehingga jatuh dari katil. Bapak sakit belakang aku.

" HAH ? KENAPA ? KENAPA ? " dia terus bangun. Aku bangkit dari jatuhan dan gosok belakang aku yang masih sakit ni.

" Awak buat apa ni ?! Awak ada buat apa-apa dekat saya ? Macam mana saya boleh ada dalam bilik awak ?! Mana Aehyun !!! "

Daniel cuba menenangkan aku dan aku terus memukul dadanya.

" Aku takda buat apa - apa kat kau. Kau mabuk teruk semalam. Aku mengantuk sangat sebab tu bawak kau balik rumah aku. Rumah kau jauh sangat. Kau lah tak ingat nak ambik anak kau. Tinggalkan dekat rumah sepupu kau. Kau yang tarik aku suruh teman kau tidur "

Aku berhenti memukul dadanya dan aku meruap mukaku.

" Kau tahu tak kau peluk , cium aku macam bantal peluk semalam. Mabuk kau ni mengada yang amat. sampai dibawa bawa nama suami kau sekali "

Hah ? Aku peluk , cium dia ?

" Are kidding me ? "
Aku merenung mukanya. omGAD ! ada kesan lipstick pada pipi kanannya dan tepi mulutnya. Memang betul aku sangkakan dia arwah suami aku. Ya Tuhan apa yang aku dah buat ni dekat anak teruna orang.

dia menggeleng kepalanya.

" kau kena ganti rugi balik. kau telah mencemari maruah aku. Kau kena bertanggungjawab ! "

" what ? "

" kau kena kahwin dengan aku. "

Kenapa aku bodoh sangat masa malam tu. Kenapa aku pergi menggedik dengan dia ? Kenapa kenapa kenapa ?!

Aku di depan rumah Jimin. Huf ! Aku tarik nafas dan hembus. Aku harap Aehyun tak marah aku.

Pintu aku ketuk. Dibuka pintu dan Jimin keluar dengan muka tak puas hati.

" Hah ?! ingat pun nak cari anak. "

" He..he...AKU MINTAK MAAF JIMIN ! AKU SALAH ! AMPUNI LAH AKU JIMIN ! AKU TAK SEDAR MASA TU. "

" Haih dah la tu , takpayah nak drama sangat. Semalam siapa yang hantar kau balik  ? "
Adeh ! Kenapa jimin tanya soalan ni pulak.

" Kang Daniel "
Jimin kemudiannya senyum sampai ketelinga. pelik.

" Dah mana anak aku. AEHYUN ! Omma dah sampai. "

Aehyun keluar dari bilik dan melihat aku terus dia berlari ke arah aku dan Jimin berada.

" Omma ! mana omma pergi semalam ? "

aku pandang Jimin dan Jimin pergi tinggalkan aku dan Aehyun.

" pandai - pandai kau la , Eunhee . "

(C) I NEED YOU + kang danielWhere stories live. Discover now