111

532 41 1
                                    

Aku memapah lelaki ini sehingga masuk dalam rumahku.

Aku bawanya ke arah sofa.

" omma ! eh ?! papa ? kenapa dengan papa , Omma ? " Aehyun mula risau melihat keadaan Daniel yang aku papah ini dan dia turut membantu aku untuk membawanya ke arah sofa.

aku membaringkannya dan buka stokingnya dan dahi aku pegang. Masih panas.

" Aehyun tunggu sini. Omma pergi ambilkan tuala dengan air suam untuk papa "

" Nae "
Aku membawa diri ke dapur dan selepas itu kembali ke ruang tamu semula.

Daniel masih tidur. Aku letakkan tuala yang diperah air suam itu ke atas dahinya supaya demamnya kebah.

Tidak lupa juga ubat demam dan air aku bawa.

" Papa daniel demam. Jadi papa stay sini dengan kita ye. Aehyun , Omma naik atas dulu eh " lepas je aku memberitahu Aehyun aku terus naik ke bilik untuk membersihkan diri selepas pulang dari kerja.

Daniel

Aduh ! Benda apa berat sangat ni. Aku celikkan mataku perlahan-lahan. Sudahlah kepala masih berat apa pulak benda naik atas badan aku ni.

" Ae..hyun ? "

Dia peluk aku. I mean dia tidur secara on top.

Aigoo , aku tak sampai hati nak bangunkannya.

Eunhee datang ke arah aku sambil rambut bergulung dalam tuala.

" Awak boleh la guna bilik air saya. Kalau awak nak mandi. Baju dengan seluar saya dah sediakan. Maaf la kalau tak sesuai dengan citarasa awak itu je yang saya ada. "

Dinginnya. Aehyun diangkat dan digendong oleh pangkuan Eunhee.

Aku bangun dari sofa dan mengeliat kecil dan mengikuti Eunhee tunjukkan di mana bilik air.

" Dah masuk. Lepas tu keluar balik jangan duduk lama-lama dalam bilik saya. " Dia menolak aku masuk kedalam biliknya dan menutup pintu. Aku seorang dalam bilik ini dan ini adalah bilik Eunhee dan arwah suaminya dahulu.

" Wow " Aku meneroka dahulu bilik ini dan terlihat frame gambar perkahwinan mereka.

' Ouh. Ini la suami Eunhee '

Aku tidak lepas juga melihat gambar mereka bertiga di mana Aehyun masih kecil lagi dalam gambar tersebut.

" pakaian ni mesti yang Taehyung punya "

aku mencapai tuala ditempat penyakut dan masuk kedalam bilik air.

Selepas membersihkan diri dan bersiap memakai baju dan seluar yang disediakan oleh Eunhee aku keluar semula dari bilik itu dan pergi ke arah di mana mereka berdua berada.

" Eh Papa dah datang. Jom la makan sekali. Duduk tepi Omma " beriya Aehyun bawa aku hingga ke meja makan dan tolong sorongkan kerusi duduk tepi Eunhee.

Aku rasa macam aku dalam satu keluarga je.

" layan sendiri ye "
Eunhee menghulurkan bekas isi nasi kepadaku. Ingatkan nak tolong sendukkan nasi untuk aku. Haih

(C) I NEED YOU + kang danielWhere stories live. Discover now