Chapter 1

1K 23 4
                                    

~~~ i'm so sick of this fake love... fake love.... fake love..... i'm so sorry but its fake love..... fake love..... ~~~

Ringtone phone yang merdu itu aku biarkan berlagu. Lagi bagus dengar suara Jimin BTS ni daripada suara si pemanggil. Semak je. Setelah sekian lama berdering akhirnya senyap.

"Heh, mengacau je aku nak tengok kdrama ni. Dahlah tengah part sedih"- Aku membebel sambil menekan punat silent.

Setelah tamat aku melayan kdrama tersebut, aku terus membuka telefon aku yang aku sudah silent tadi. Fuhh berderet missed call, message, chat whatsapp dan call whatsapp

75 missed call
101 message
231 chat whatsapp
120 missed call whatsapp

Heh. Tak sayang kredit langsung.

Aku terus mengabaikannya dan terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Mana taknya, satu hari mengadap laptop memanjang. Well.. cuti is cuti... kita kena memanfaatkan hujung minggu kita. Hahahaha

Mak aku yang melihat aku menuju ke bilik air terus membuka mulut. Arghh da mula la tu nak bebel.

"Sya! Kamu ni tak ade kerja lain ke! Asyik tengok korea je! Dahla tak tolong mak langsung kat dapur ni! Kamu tu tak lapar ke?! Dah kenyang tengok korea kamu tu?! Korea tu boleh bantu kamu masa periksa nanti ke?!!  Bla bla bla bla........."

Aku yang berdiri di situ hanya diam mendengar bebelan mak. Tak sanggup nak tinggalkan macam tu je. Mak kita kan. Yang dah besarkan kita. Aku hanya dengar dan dengar.

"Ye lah mak. Alaa sorrylaaa. Bukan selalu. Masa cuti jer"- aku cuba untuk memujuk mak aku

"Yelah kamu tu. Satu hari dalam bilik tengok korea aje. Dah pergi mandi sana. Lepastu tolong masak nasi untuk makan malam. Dah pukul 6:30 dah ni. Nasib kamu tu cuti. Kalau tak solat entah kemana lah."- bebelnya lagi.

"Baiklah Puan Zahira"

......................................

"Afiq!!!!!!!!!"- ibuku menjerit dari tingkat bawah.

Aku yang sedang bermain game di bilik terus menyahut

"Ya ibu!"

Tiada sahutan

"Nak apa ibu!"- jeritku lagi sambil tangan tidak lekang daripada keyboard komputer

Tiada sahutan

'Arghh sudah.... suruh orang turun la ni.. haishhh' aku bermonolog

Aku terus menekan butang pause dan menuju ke tangga untuk turun ke tingkat bawah sambil mencari ibu aku.

"Ibu nak apa ibu!!!! Ooo ibu!!!! Ibu kat mana!!!"- jerit aku sambil kaki melangkah ke tingkat bawah.

"Ha! Turun pon kamu ni!"- kata ibuku yang baru keluar dari arah dapur

"Hmm ada apa ibu?"- tanyaku lembut

"Kamu ni selain main game je tak de bende lain ke nak dibuat? Kalau tak ada ha meh sini tolong ibu angkat baju kering kat luar sana lepastu pergi bagi makan kucing kamu tu. Bela kucing tapi tak jaga betul betul. Apa nak jadi ni!"-bebel ibu

'Aduuuhhhh leceh arr!!! Haishhh'- getus hatiku

"Yelah ibu. Afiq pergi angkat baju kering tu lepastu bagi makan kucing ye ibu sayang"- kataku kepada Puan Farhana ibu aku

Aku jenis yang tidak membantah kata orang tua ku. Ye lah kan. Mereka dah banyak dah berjasa untuk kita. Cehceh

Aku terus membuat arahan ibuku. Selesai mengangkat baju kering, aku terus pergi ke 'pet house' iaitu tempat khas yang disediakan untuk kucing ku.

Aku mengambil makanan mereka dan letak di bekas yang dikhaskan untuk mereka. Kucingku Tom, Baby, Panjang, Kecik, Olaf, Zico, Ipie dan Nini. Semua comel. Auchh

Selesai membuat semua tugasan tersebut, aku bergerak semula ke bilik dan membelek iPhone 8+ kepunyaan aku. Haishhh. Berderet chat daripada betina aku haishh

23 messages from Diana
19 messages from Merlia
33 messages from Husna

Dan banyak lagi

"Awak, saya rindu awaklaa"
"Sayang, jom la keluar sama-sama"
"Fiq, yok teman I shopping"
"Biy, tak rindu I ke?"
"Jom la kita getback awak"
"Awak on la"

Muak aku baca segala chat tersebut.

Aku dengan laju membalas setiap chat tersebut.

"I busy la you, sorry k. Lain kali ok"
"I kene off dulu ni, nanti ibu I marah"
"Please la, you dah x de apa2 dengan I ok"

Haishhh. Perempuan semua sama je! Mata duitan! Menyusahkan! Cinta? Tiada dalam sejarah hidup aku!

Playboy VS Playgirl Where stories live. Discover now