Chapter 4

348 16 8
                                    

Sya dan Mira hanya melihat Afiq dan Fikri yang duduk semeja dengan mereka sambil terkebil-kebil. Sya masih tidak faham apa yang Afiq cuba sampaikan kepadanya tadi. Matanya masih setia melihat Afiq yang duduk di sebelahnya. Mira juga begitu dan membuat isyarat mata kepada Fikri menunjukkan yang dia pelik. Fikri hanya mengangkat bahu dan makan. Mira juga terus mengendahkannya dan sambung makan.

Afiq yang menyedari mata Sya tidak lepas dari pandang ke arahnya terus menoleh ke arah Sya. Bagaikan masa terhenti semasa mata mereka bertaut. 1 saat... 2 saat... 3 saat... 4 saat.... 5 saat.... dan Afiq memalingkan wajahnya kembali ke arah pinggannya. Terasa lain. Tapi tidak bagi Sya. Sya masih terkebil-kebil. Urgh. Blur.

"Aku tau la aku handsome. Tak payah tengok aku macam tu"-kata Afiq mendatar tanpa memandang Sya.

Sya berdehem dan meneruskan makannya. Mata-mata yang berada di sekeliling masih lagi tidak lekang daripada mereka. Ada juga yang bisik-bisik. Mereka hanya menghiraukan.

"Asal kau cakap cam tu?"-Sya bertanya memecahkan keadaan yang sunyi itu.

"Cakap apa?"-kata Afiq bongok

Sya menjegilkan mata

"Yang aku kau punya"-walaupun cringe Sya tetap juga bertanya

"Ooo yang tu. Errrr... Well kau tak rasa ke yang aku selamatkan kau tadi?"-kata Afiq. Kali ini dia beranikan diri menatap wajah Sya yang berada di sebelahnya walaupun agak berdebar. Sungguh dia tidak pernah rasa sebegitu selama ini pada perempuan lain. Tapi dia hanya menepis perasaan tersebut.

"Kenapa pulak"-tanya Sya pelik sambil membalas pandangan Afiq tanpa perasaan. Dah biasa.

"Sebab kalau aku tak datang korang gaduh makin terukla kan. Mengacau keadaan sekeliling. Orang nak makan pon tak senang"-ujar Afiq

"The heck? Heh. Tak de kau pon tak de pape la. Tapi tak pe. Kalau itu yang kau rasa, ok. Thanks."-jawab Sya ikhlas.

Sya dan Afiq merupakan jiran kelas. Sya berada di kelas pertama dan Afiq kedua. Sya ambil bidang Sains tulen manakala Afiq memgambil bidang Akaun. Dua-dua pandai. Tapi inilah kali pertama mereka berbual dengan rapat. Awkward? Of course. Tapi dua-dua mesra alam kan. So ok je.

"Ermm..."-Afiq tiba-tiba bersuara

Sya,Mira dan Fikri semua memandang dia.

"Bende?"-tanya Sya

"Pasal aku cakap yang....."-Afiq tidak tahu macam mana mahu teruskan. Kerana tiba-tiba dia berdebar.

"Cakap apa?"-tanya Sya berkerut. Yang lain juga menunggu.

Afiq melepaskan keluhan berat untuk menenangkan diri

"Pasal aku cakap kau aku punya tu. Jangan pikirkan sangat. Aku cuma dah lapar sangat je. Tak ada tempat nak duduk pulak tu. Tu yang aku cakap seloroh je."-terang Afiq.

"Kau nak cakap bende tu pun gagap ke. Hahhaha"-Sya ketawa diikuti Mira dan Fikri.

Afiq hanya diam.

"Dahla yok balik kelas. Dah pukul berapa ni. Dah nak habis masa rehat."-Mira mencelah

Yang lain hanya menurut dan mengikut haluan masing-masing walaupun kelas sebelah-sebelah je.

.................

"Kau pehal tetiba gagap depan queen of school tu?"-Fikri bertanya kepada Afiq semasa on the way balik ke kelas mereka.

Sya digelar Queen of School di sekolah. Manakala Afiq digelar King of School.

"Aku gagap ke? Hehe"-Afiq tersengih menayangkan gigi putihnya sambil tangan kanannya menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal itu

"Kau jangan cakap kat aku ea yang kau tetiba jatuh hati kat dia"-pertanyaan Fikri menyebabkan Afiq membuntangkan matanya

Playboy VS Playgirl Where stories live. Discover now