"Sya, nak makan kat mana hari ni? Kau nak makan kat kantin ke beli makanan kat koperasi pastu makan kat kelas?"- Panjang lebar soalan yang dikeluarkan oleh Mira ni.
Mira, Fara Amira bestfriend Sya sehidup semati. Dia hot juga macam Sya. Well geng diaorang budak-budak hot. Dia cantik, putih, lagi tinggi daripada Sya dan dia alim. Bukan alim apa tapi dia ni baik tak mencarut macam kawan Sya yang lain. Ramai juga la ex-ex Sya tergilakan dia. Tapi dia dah berpunya. Nama boyfriend dia Muazzam Syah. Nama sedap je. Bila tengok orangnye pon sejuk je hati ni. Sebab Syah ni imam muda sekolah. Hot gila. Ramai orang suka Syah ni. Syah ni alim. Dia dengan Mira sangat sweet. Tapi on the phone je sweetnye. Lepas kahwin agaknya baru depan-depan sweet. Alim la katakan. Hahaha.
Sya yang sedang membuat kerja addmath sambil tangan kirinya menongkatkan kepalanya dan tangan kanannya ligat menulis beserta muka yang berkerut dek kerana soalan yang susah itu terus melentokkam kepalanya dia atas meja sambil menghadap sahabatnya Mira.
"Hmm. Harini macam lapar sangat pula. Makan kat kantin la jom"- ujar Sya sambil kepala elok terlentok di atas meja.
Amira yang faham terus mengangguk
"Tapi nasibla nanti. Meja makan kita penuh kan Sya."- ujar Mira
Sya yang faham maksud Mira itu terus menjawab
"Hmm nak buat macam mana kan. Terlalu hot"- jawabnya.
Dan mereka berdua gelak bersama dengan senyap kerana tidak mahu cikgu perasan.
Kringgggggggggggg!!!!!!!
Bunyi yang sangat heaven apabila berada di sekolah.
Afiq melepaskan nafas lega.
'Alhamdulillah, habis juga masa dengan cikgu ni. Bosan sehh'- kata Afiq di dalam hati. Jelas mukanya menunjukkan yang dia teramat bosan dalam kelas Sivik tadi.
"Afiq!"- Jerit Fikri
Fikri ni bestfriend Afiq. Sangat setia. Macam Sya dengan Mira. Tapi dia single ke taken pon tak tahu. Ramai yang ship dia dengan Suria. Haha. Sebab dulu Suria suka Fikri tapi Fikri suka Mira. Lepas tahu yang mira dah jadi milik orang lain Fikri terus move on. Makin lama makin rapat dengan Suria. Tu yang ramai ship diaorang. Termasuk Sya. Harap mereka bersama ye Fikri dan Suria.
"Yow"
"Yok makan. Lapar duh. Mana pot?"- tanya Fikri jelas menunjukkan yang dia sedang lapar.
"Ha aku pon lapar lain macam harini. Kantin yok"-ujar Afiq sambil memegang perutnya yang berkeroncong itu.
"Cantiikkk!! Tapi nasibla nanti"- Fikri berkata penuh makna
Afiq faham apa yang dimaksudkan oleh Fikri
"Ahh lantak arr. Janji aku kenyang"-jawabnya
Mereka berdua gelak sambil menuju ke kantin. Perempuan yang berada di sekeliling memerhati mereka yang segak berpakaian rasmi sekolah tersebut dengan butang yang paling atas dibuka dan tali leher yang dilonggarkan sedikit itu disertakan lagi dengan lengan baju tersebut yang dilipat sehingga paras siku itu menunjukkan lagi kekacakan dua jejaka tersebut. Afiq dan Fikri hanya mengabaikan pandangan tersebut.
Sesampai je di kantin, semua mata melihat dua jejaka tersebut. And mulalah ada perempuan yang acah ayu masa makan, gelak- gelak halus. Heh ACAH LEBIH !!
Fikri dan Afiq mencari tempat duduk kosong tetapi semua sudah penuh. Mereka berdua masih berdiri sambil memegang sepinggan nasi dan lauk ayam goreng beserta sayur kubis masak bening. Terdapat beberapa meja yang hanya dua hingga tiga orang perempuan sahaja tetapi mereka takkan nak duduk situ pulak kan. Mereka hanya berdiri dan menunggu. Haihh. Nasib-nasib.
"Weyy Sya tengok pesaing kau tu. Berdiri jer cari tempat duduk. Haha. Kesian dok"- kata Mira sambil mata memandang sekilas ke arah Afiq dan Fikri serta ketawa halus.
YOU ARE READING
Playboy VS Playgirl
Romance[SLOW UPDATE] Cerita yang mengisahkan pelajar sekolah menengah yang digelar playboy dan playgirl. Walaupon hampir satu sekolah mengenali sikap mereka, tetapi mereka tetap digilai ramai pelajar. ............................. "Heh. Muka dahla tak hand...
