Chapter 10

154 15 4
                                        

Keluhan berat dilepaskan selepas Sya menceritakan masalahnya tu daripada A sampai Z kepada Mira. Mira hanya diam setia mendengar sahabatnya itu bercerita.

"So sekarang dia expect kau ni pisau cukur?"-Mira yang daripada tadi senyap akhirnya memulakan bicara.

"Hmm.."-Sya menjawab sedih. Bukan sedih apa, dia tak suka dibenci macam tu. Kalau dibenci sebab jealous dia ni top student tak apa jugak. Ni disebabkan dituduh pisau cukur. Siapa je tak sedih. Kalau si dia tu hebohkan kat sekolah? Tak semena-menanya nama dia tercemar.

"Patutla masa rehat tadi dia tengok kau dengan pandangan yang lain. Bukan macam sebelum ni. Baru aku tau tu pandangan hina. Hurmm."-kata Mira bila dia teringatkan Afiq yang melihat Sya daripada jauh di kantin waktu rehat dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Dia tengok aku?"-tanya Sya ingin kepastian.

"Yup"

"Alahaii. Lantak dia lah. Malas dah nak fikir. Patutnya aku tak payah kaitkan dia dalam hal family aku. Aku ingatkan libatkan dia masalah paling besar. Rupanya hasil kejadian ni lagi besar. Ni semua salah aku. Huhuhu"- Sya mula menyalahkan dirinya. Tapi memang betul pon kan. Huhu

"Dahlah. Benda nak jadi. Toksah salahkan takdir pulak kau ni. Dah end of story ok"- Mira cuba menenangkan sahabatnya. Ye lah dah nama sahabat mestilah kena comfortkan. Takkan nak terbiar pulak kan. Tu bukan sahabat namanya.

Mereka berdua hanya melepaskan keluhan berat sebagai pengakhiran bualan mereka.

.

Sya termenung di laman rumahnya dengan duduk bersandar dan bersila di buaian sarang burung yang beralaskan bantal purple sambil menghadap ke swimming pool di hadapannya. Fikirannya menerawang mengenangkan kejadian yang berlaku di sekolah pagi tadi.

......

Semasa Sya hendak bergerak ke makmal sains yang berada di blok sebelah, Sya berselisih dengan Afiq. Pandangan Afiq yang sinis dan hina membuatkan Sya sedikit marah, speechless dan berbagai perasaan. Sempat lagi Afiq bercakap dengannya sewaktu berselisih dengan nada berbisik.

'Heh pisau cukur'

......

"Arghhhh!! Bencinyaaaa!!!!!!"-Sya masih tidak berpuas hati. Dia mesti bincang dengan Afiq nicely. It bother her.

Sya berniat untuk memulakan chatnya bersama Afiq namun terhenti apabila dia tidak dapat melihat profile picture, last seen dengan status Afiq. Sah kena block! Lol. Sya bertekad untuk cakap face to face.

"Aku mesti jumpa dia esok! Ye!"- Sya berkata yakin dengan genggaman keazaman ditunjukkan untuk membangkitkan keyakinan dalam dirinya.

"Jumpa buah hati biy biy ke??"

Suara yang tiba-tiba muncul dari sebelah buaian mengejutkan Sya yang baru membangkitkan semangatnya. Ibu Sya tersengih tergelak kecil melihat reaksi anak daranya yang cantik itu.

"Astaghfirullah ibu! Terkejut la Sya!! Beri la salam ke bunyikkan tapak kaki bila jalan ke apa ke. Ni tak. Macam teleport dari dapur ke luar pulak. Nasib baik tak ada heart attack. Kalau takkkk... haaaaaaa.."- Sya yang terkejut ditambahkan malu memarahi ibunya dengan lembut. Ye la takleh kasar kasar. Dosa oii.

"Yang kamu dok termenung pastu cakap sorang-sorang tu dah kenapa. Kamu tu yang tak perasan ibu dah lama kat sebelah kamu tu. Ibu tengah nak cari daun kari. Yang kamu ni termenungkan apa? Buah hati ke? Tak silap ibu ibu tak pekak lagi. Betul ke yang ibu dengar tadi. Semangat betul nak jumpa dia esok. Ibu macam suka pulak tengok buah hati kamu haritu video call dengan ayah kamu tu. Kalau boleh ibu nak..."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 09, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Playboy VS Playgirl Where stories live. Discover now