Chapter 5

295 18 2
                                    

Kringgggggggg!!!!!

Loceng yang menandakan waktu sekolah sudah tamat pada hari itu membuatkan semua pelajar segera mengemaskan beg dan bersiap sedia untuk balik.

"Petang ni ada plan ke bro?"-tanya Fikri kepada Afiq yang sedang memasukkan kotak pensil ke dalam begnya.

"Tak de. Tapi bosan la. Lepak yok"-kata Afiq sambil menutup begnya dan disandangkan di belakang badannya.

"Aku on je. Mana pot?"-kata Fikri teruja

"Garlic arr ape lagi. Haha"

"Ok cun"

Mereka kemudiannya keluar dari kelasnya, 5 Bakar apabila semua rakan kelasnya sudah balik lalu berjalan melintasi kelas 5 Akar untuk menuju ke tangga.

Bok!

Bunyi yang agak kuat kedengaran sebaik sahaja pintu dari kelas 5 Akar terbuka dengan mengejut dan pada masa yang sama Afiq berada di sebalik pintu terkena hentakan di kepalanya. Serta merta Afiq menunduk dan duduk melutut selepas pintu itu hinggap di kepalanya.

"Aduhhh"-Afiq mengaduh sambil tangan memegang dahinya yang mula membenjol itu beserta mata yang dipejamnya dek kerana sakit yang terlampau.

"Oh my god! Weyy!! Sorry!! Tak sengaja dok"-jerit Sya secara automatik menyebabkan dia juga duduk melutut di hadapan Afiq dengan tangannya cuba untuk membantu. Tapi apakan daya, bukan mahram. Jujur dia terkejut akan apa yang berlaku semasa dia membuka pintu kelas itu dengan kuat sebentar tadi

"Sakit gila. Bapak ar"-adu Afiq sekali lagi dengan mata yang masih ditutup

Fikri yang masih berdiri dek kerana terkejut tadi terus mendapatkan kawannya.

"Wey, kau ok tak ni?"-kata Fikri risau.

"Kau ada nampak aku ok ke sengal"-kata Afiq yang masih memejamkan matanya itu

"Boleh bangun tak ni?"-tanya Fikri sekali lagi

"Jap jap. Tunggu jap. Aku nak tenangkan otak aku yang bergegar ni jap"-kata Afiq mengerut

5 minit semua hanya membisu. Sejujurnya kelas Sya keluar awal kerana jadual masa yang berbeza tetapi Sya dan Mira menyiapkan kerjanya yang tergendala menyebabkan dia balik tersaing kelas Afiq. Afiq dan Fikri pula orang paling last keluar dari kelas mereka kerana itu tanggungjawab ketua kelas untuk memastikan tiada yang ketinggalan. Afiq merupakan ketua kelas 5 Bakar atas undian classmate dia. Kebanyakannya perempuan. Huhu. Sya, Fikri dan Mira hanya membatu.

"Dah ok belum?"-kata Sya perlahan dan dari tadi tidak berganjak dari duduknya. Matanya sayu melihat Afiq yang kesakitan disebabkan dia.

"Ok sikit"-kata Afiq lalu mendongakkan kepalanya daripada tunduk dan secara tidak langsung mata mereka bertembung seketika menyebabkan mereka tergamam

1 saat.... 2 saat.... 3 saat.... 4 sa....

"Woi!"-jerit Fikri menyebabkan mereka berdua tersentak.

Dengan serentak mereka terus bangun daripada duduk dengan pantas.

"Kau tau tak sakitnya macam mana ha?!"-Afiq separa menengking ke arah Sya. Semua disitu terkejut.

"Tak tahu"-kata Sya perlahan sambil menunduk. Jarinya bermain-main dengan jari sendiri.

"Lain kali buka pintu tu tak payah la kuat sangat! Kalau aku pengsan siapa nak tolong?!"-jerit Afiq di bangunan yang sudah kosong itu.

"Aku ada"-Fikri tetiba mencelah sambil sengih macam kerang busuk.

Afiq yang dari tadi memandang ke arah Sya yang menunduk kerana tengkingannya itu terus terus menjeling ke arah Fikri yang tersengih itu sebelum dia menghela nafas berat dan berjalan meninggalkan mereka. Sya hanya berdiam diri bersama Mira yang tidak berkata daripada tadi manakala Fikri pula berlari lari anak mengejar Afiq.

Afiq menguatkan diri untuk berjalan sendiri walaupun kepalanya tersangatlah pening kerana hentakan yang sangat kuat sebentar tadi. Dia hanya membisukan diri semasa turun dari tangga bersama Fikri yang juga berada di belakangnya. Sya dan Mira pula berjalan selang 7 anak tangga daripada Afiq dan Fikri.

Sesampainya mereka di tempat parkir motor, Afiq terus berhenti dan memegang kepalanya kerana sakit yang sudah tidak lagi boleh ditahan olehnya. Fikri, Sya dan Mira terkejut dan pergi ke arah Afiq yang sedikit menunduk beserta tangan yang memegang kepalanya itu.

"Wey Fiq, aku rasa kau tak boleh bawa moto sendiri ni. Kau naik aku lah. Aku hantar kau balik ea. Macam teruk je sakit kau ni"-kata Fikri lembut

"Bukan macam memang sakit la gila!"-kata Afiq agak bengis apabila melihat Sya juga menghampirinya.
'Aku baru nak suka dia tapi dia buat aku benci dia! Urghh! Girl is troublemaker!'-getus hati Afiq

"Kau ok x?"-tanya Sya prihatin

"Aku ok ke tak ke apa kena mengena dengan kau ha?! Kau yang buat aku macam ni!!"-jerit Afiq

"Heol~ wey aku dah kata kan aku tak sengaja. TAK SENGAJA!"-Sya membalas dengan berani

"Bla la kau. Habis muka aku yang handsome ni. Kalau dahi aku benjol jangan harap aku nak maafkan kau. Huh!"-kata Afiq lalu mengheret Fikri untuk pergi meninggalkan Sya dan Mira.

"Cepat jom"-kata Afiq sambil menaiki motor Fikri bahagian penumpang. Fikri hanya menurut dan mereka meninggalkan Sya dan Mira.

"Arggghhhh!!!! Heol!!! Apa siak jantan ni!!! Aku cakap tak sengaja kan!!! Adoooo!!!! Bodoh laa!!!!"-jerit Sya sepuas-puasnya. Maklumlah hanya segelintir sahaja pelajar yang berada di situ. Itu pun budak-budak noob. So diaorang just pelik dan bla.

"Hish kau ni. Diam sikit la. Dah jom kita balik. Tak yah layan mamat playboy tu"-kata Mira lembut

"Playboy? Heh. Muka dahla tak handsome nak jadi playboy. Tak ada class langsung. Poyo lebih!!!"-kata Sya geram

Garlic Cafe

Sya dan Mira yang baru sahaja sampai di kafe itu terus masuk dan kelihatan Syaza melambai ke arah mereka. Mereka membalas dengan senyuman sahaja dan pergi ke kaunter untuk memesan makanan. Setelah selesai memesan, mereka terus meluru ke arah meja Syaza.

"Lambat gila korang ni. Berejam aku tunggu tau"-kata Syaza gaya rajuk

"Alahai. Mana ada lambat. Janji pukul 4 p.m sekarang baru pukul 4:30 p.m. hahhahahahhaha"-kata Sya tidak rasa bersalah.

"Lambat pon sebab mamat playboy tu"-kata Mira mendatar

"Syafiq ke?"-tanya Syaza

"Haah dok. Kurang ajar siak mamat playboy tu. Aku geram je dengan dia tu tau. Rasa nak bunuh pun ada. Tau tadi aku bunuh je dia tu. Huh."-kata Sya dengan nada geram.

"Asal asal? Cerita la dokkk"-kata Syaza menayangkan muka comel. Sya hanya menjegilkan mata.

"Jap"-belum sempat Sya membuka mulut Mira sudah memotong kerana makanan yang dipesan mereka sudah sampai. Mereka bertiga memilih makanan yang sama iaitu chicken chop. Minuman sahaja yang berbeza iaitu Sya memilih teh ais, Mira memilih milo ais dan Syaza memilih jus oren. Selesai sahaja pelayan itu meniggalkan meja mereka, Sya memulakan cerita.

"Ok sebenarnya macam ni tau....."-Sya menceritakan segalanya dari A hingga Z dengan penuh emosi. Real gitu.

"Ooooooooo"-Syaza mengangguk

"Disebabkan tu je pun padahal. Tengking aku macam aku sengaja je"-kata Sya sambil mencebikkan mulutnya. Mira hanya ketawa

"Seronok membawang pasal aku?"-tiba-tiba suara yang garau muncul di belakang Sya dan menyebabkan mereka bertiga tergamam.

Playboy VS Playgirl Where stories live. Discover now