BAB 14

22.9K 915 11
                                    

Haruman nasi goreng yang dibelinya di gerai berdekatan sempat menusuk batang hidungnya. Irdina sudah tersenyum membayangkan Hidayah yang akan gembira menikmati makanan kegemarannya itu.

Tombol pintu bilik Hidayah dipulasnya. Senyumannya masih terukir. Konon nak buat surprise lah itu. Fikir nya Hidayah akan teruja dengan breakfast pagi yang dibelinya itu.

"Dayah, aku ada belikan.."

Belum sempat Irdina menghabiskan ayatnya, jeritannya bergema. Bungkusan yang berada dalam tangan nya jatuh ke lantai sambil mata Irdina terbelalak memandang jasad yang sudah terbaring di atas lantai.

"Da-Dayah!!!!" laung Irdina sambil berlari mendapatkan jasad yang sudah berbuih mulutnya.

Disekitar jasad Hidayah, beberapa pil putih berselerakan. Dalam tapak tangannya juga terisi pil-pil itu dalam jumlah yang banyak.

Air mata Irdina masih terus menerus mengalir. Beberapa kali, dia menggoncang tubuh gadis itu namun tiada sebarang reaksi yang diberikan oleh teman karibnya. Nadi gadis itu, Irdina periksa.

Tolonglah Dayah!! Aku harap sangat kau dapat hidup!! Please.. jangan tinggalkan aku!!

Makin deras air mata Irdina jatuh membasahi pipi. Tiada sebarang denyutan yang dia rasakan. Tak semena-mena Irdina menarik tubuh Hidayah yang sudah tidak bernyawa ke dalam pelukannya.

"Kenapa Dayah?! Kenapa kau tinggalkan aku!! Kenapa?!!!" berulang- ulang kali Irdina lontarkan soalan itu.

"Dayah!!!"

Irdina terus saja terjaga dari lenanya. Peluh renek yang membasahi ubun kepalanya dibiarkan begitu saja. Matanya meliar memandang sekeliling bilik yang kini didudukinya.

Dahinya berkerut seribu. Untuk kedua kalinya, matanya memandang sekeliling bilik yang baginya sangat asing. Ini bukan biliknya!

Dengan katil bujang bercadarkan Avengers, dinding bilik itu dipenuhi dengan gambar superhero yang mengarut. Huh!! Sah, ini memang bilik seorang lelaki!

Irdina periksa pula tubuhnya. Dia masih memakai bajunya yang semalam, tak ada sebarang koyakan pada bajunya dan tiada kesan lovebite pada lehernya! Dia sudah kebingungan. Pelik! Dia ada dalam bilik lelaki sekarang ni tapi dia langsung tak diapa-apakan?

Ke, ini bilik perempuan yang sukakan watak Avengers sebenarnya? Erk?

Sedang leka Irdina mencari jawapan, tombol pintu bilik itu dipulas dari luar lalu pintu bilik itu terbuka. Tergamam dia tatkala melihat kelibat seorang lelaki lengkap berpakaian sut kerja memasuki bilik tersebut.

"A-awak siapa?" soal Irdina apabila melihat lelaki itu nampak kaget melihatnya.

Lelaki itu ketap bibir. Agak kekok sebenarnya bila ada perempuan yang tinggal dalam bilik tidurnya. Ikut kan hati, memang dia nak tinggal kan gadis itu di balai polis tapi entahlah.. fikiran dari entah mana yang suruh dia bawa gadis itu masuk ke dalam rumahnya!

"A-aku Amirul. Sorrylah, kalau aku bawa kau masuk dalam rumah aku. Hmm.. aku tak tahu kau tinggal kat mana. IC kau semuanya aku tak jumpa." jelas Amirul tidak mahu berlakunya salah faham antara dia dan gadis itu.

Irdina diam sejenak. Tidak mahu berlengah, terus dia bangun dari katil tersebut lalu melangkah keluar meninggalkan bilik lelaki itu. Entah kenapa, dia boleh seresah itu.

"Kau nak pergi mana?" soal Amirul apabila melihat Irdina yang tergesa-gesa meninggalkan rumahnya.

Irdina langsung tak menyahut. Dia terus ke pintu rumah lalu membuka pintu tersebut. Sekejap saja, jasad nya menghilang dari pandangan mata Amirul.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now