BAB 39

23.8K 877 52
                                    

'Ad, kenapa you buat I macam ni? I tak salah dalam hal ini.'-kirim.

'Please, trust me. Kenapa you sanggup percaya dia daripada I? You kenalkan siapa I?'-kirim

Satu keluhan berat aku lepaskan. Jari runcingku perlahan-lahan menyapu skrin lemah. Mataku pejam rapat. Yurp, disebabkan aku sudah seharian terbawa emosi jadi aku rasa penat untuk terus menerus menangis.

'Ad, I sayangkan..'

Segera aku padam pesanan itu. Sudah tak ada gunanya lagi aku luahkan perasaan sayang aku pada lelaki itu. Huraifah Farihah.. sekarang ini kau patut terima kenyataan. Adrian bukan lagi sesiapa dalam hidup kau.

Sedarlah, sekarang ini kau adalah seoranh isteri. Suami kau Syah, Iffah. Bukannya Adrian!.. Aku cuba sedar kan diriku ke pangkal jalan. Yurp, walaupun aku tak mahu tetapi hakikat itu perlu aku terima. Syah dan bukannya Adrian.

Tidak mahu terus dihantui dengan dilemma, aku kembali letakkan telefon pintarku ke laci meja. Tudung sarung yang terletak kemas atas kepalaku aku betulkan. Pelik?

Even, aku ini isteri Syah dan erm.. sudah halal untuknya tapi aku masih kekok. Nak pakai baju lengan pendek depan dia pun aku rasa macam janggal. Urgh!! Makanya, nak tak nak terpaksalah aku pakai tudung. Cari keselesaan diri sendiri.

Bunyi pancuran air yang tadinya bising akhirnya senyap. Aku yang sedang merapikan katil tiba-tiba pul gatal mata mahu menoleh ke kamar mandi yang terletak betul-betul menghadap katil saiz king itu.

Nak tercabut jantung aku dibuat nya apabila melihat benda tak sepatut nya itu. Wargh!!! Cepat-cepat aku pejamkan mataku rapat. Astaghfirullahalazim.. Benda 'haram' apa aku nampak tadi?

Tanpa sengaja, mata aku terpandang kan tubuh Syah yang hanya dibaluti tuala paras pinggang. Bahagian tubuh atasnya terdedah, begitu juga betisnya jelas kelihatan. Yurp.. Ini adalah kali pertama aku lihat pemandangan tak senonoh itu!

Syah yang mendengar jeritanku turut sama terkejut. Matanya memandang ke arahku yang sudah menekup wajah setelah itu tubuhnya dibelek. Spontan senyumannya terukir. Pfft.. Aumm!!

"Chill lah. Kita suami isteri kan? Apa salahnya pandang sikit-sikit?" usik Syah dengan suara gatalnya.

"Diamlah!!! Cepatlah pakai baju. Seksa tahu tak saya tengok awak macam itu! Kalau dah tahu ada perempuan dalam bilik ni, please pakai baju dalam bilik air!" leterku berang.

Tersengih Syah dibuatnya. "Seksa ke seksi? Alah, bukan salah pun tengok badan aku, kita halal kan? Kau pun.. boleh tunjuk sikit-sikit kat aku. Aku janji, benda ni akan jadi rahsia kita laki bini.."makin galak Syah mengusik.

Meremang bulu roma aku dibuatnya bila dengar Syah kata begitu. Ih, dia ni dah melampau sangat ni!! Aku sudah bengang.

Aku celikkan mataku sedikit dan yurp.. Syah masih dalam keadaan yang sama. Nampaknya, dia jenis yang tak makan saman!

Tidak tahan terus menerus diganggu begitu, aku terus capai tuala yang tergantung di dinding lalu cepat langkahku aturkan ke bilik air. Berdesing telinga aku bila dengar tawa Syah itu.

"Nak pergi mana itu?" soalnya.

"Mandi."balasku senada.

Syah bersiul. "Lah.. mandi sorang? Biar abang teman. Boleh kita buat pahala sama-sama." ayat minta kaki Syah meniti.

Belum sempat Syah mahu masuk ke dalam bilik air, segera aku kunci pintu. Turun naik nafas aku dibuat nya. Cuba aku redakan debaran yang kian menghentam dada. Ketawa nakal Syah makin jelas kedengaran.

Gila? Serious, dia ni memang gila! Huh.. ya Allah, macam mana aku nak hidup dengan dia?
...
Walaupun tangannya memegang telefon namun mata Syah tak pernah lepas dari sosok gadis yang sedang tekun mengangkat takbir. Setiap satu persatu tindak tanduk gadis itu diperhatinya. Dari takbir yang pertama sampailah ke salam yang terakhir. Syah pandang ralit.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now