BAB 49

27.8K 990 26
                                    

Bunyi deringan telefon pada pagi itu mengejutkan Syah yang sedang nyenyak tidur. Dalam samar-samar, dia mencapai telefon pintar lalu dibeleknya. Pesanan daripada Malik dibacanya.

'Syah, kau okay? Aku rasa petang ni aku nak datang jumpa kau, boleh?'-Malik.

Satu keluhan Syah lepaskan. Haih, entah sejak bilalah Si Malik itu pandai minta izin datang rumah pun tak tahulah. Selalunya main bedal aje datang. Tak kira masa dan juga situasi. Tidak mahu melayan, Syah meletakkan kembali telefon pintar nya ke atas laci.

Kepalanya yang terasa berat dipegangnya. Tergamam Syah dibuatnya apabila dia rasakan ada tuala yang sudah kering di atas dahinya. Dicapainya lalu dibelek. Apakah? Sejak bila pula dia letak tuala didahi ini.

Baru sahaja Syah mahu memusing kan tubuhnya, dirasakan ada beban yang memeluk pinggangnya. Terus disentuhnya. Yurp.. ada tangan seseorang melingkari tubuhnya. Perlahan-lahan, Syah menoleh ke belakang. Kelu lidahnya tatkala melihat Huraifah kini tidur rapat dengannya.

Gadis itu masih lena dibuai mimpi. Dengkuran kasarnya yang menyapa halwa telinga Syah menandakan dia kelihatan sedikit lelah. Syah hanya mampu diam. Dalam keadaan berhati-hati, dia pusingkan tubuhnya menghadap gadis itu. Kini mereka berdua salimg berhadapan.

Jarak yang sangat dekat menyebab kan bibir Syah hampir sahaja mahu mengucup dahi Huraifah yang terdedah. Lelaki itu menjarakkan sedikit ruang antara mereka.

Wajah gadis itu dibeleknya dengan penuh teliti. Senyumannya meniti tatkala melihat bibir merah jambu Huraifah sedikit memuncung. Haih, dalam tidur pun masih boleh buat muka macam itu. Entah apa benda lagilah yang dia tak puas hati sangat agaknya?, desis Syah sendirian.

Kepala Huraifah yang dilitupi tudung, dibelainya lembut. Huraifah nampak manis bila bertudung namun gadis itu nampak sangat mempersona bila tudungnya ditanggalkan. Masih terbayang dalam kepala Syah tatkala pertama kali matanya melihat rambut gadis itu. Dia rasakan ketika itu Huraifah benar-benar menawan. Sangat cantik daripada gadis-gadis yang pernah ditemuinya sebelum ini.

Daripada kepala, Syah turun menyentuh pipi Huraifah. Wajah bersih gadis itu dipandangnya. Muka yang selalu buat Syah rasa macam menyampah manja-manja bila melihatnya. Comel tapi kekadang boleh berubah garang secara tiba-tiba.

Perlahan, jemari Syah menyentuh bibir Huraifah yang sedikit lembab. Ibu jarinya mengurut bibir Huraifah. Dalam banyak-banyak bahagian wajah milik isterinya itu, dia lebih tertarik pada bibir Huraifah yang kelihatan nipis namun sangat memberangsangkan. Kali pertama dia merasakan kucupan bibir itu, Syah sudah mulai angau pada bahagian itu. Dia mahukan lagi dan lagi namun Syah tak boleh.

Dia tak mahu 'miliki' gadis itu sepertimana dia miliki gadis yang lain. Dia rasakan Huraifah terlalu istimewa. Gadis itu memang tak layak untuknya. Nak sentuh Huraifah, Syah fikir dua tiga kali dulu. Layakkah dia bersama Huraifah? Dirinya kotor dan hina manakala gadis itu masih terlihat kesuciannya. Takkan mungkin dia mahu miliki Huraifah semudah itu? Huh.. dia perlu cermin dirinya terlebih dahulu.

Syah takut kalau dia 'bersama' dengan Huraifah, dia takut dia tak dapat kotakan janjinya untuk menjaga gadis itu. Seperti Hidayah, selepas 'menikmati' gadis itu.. Syah tinggalkan gadis itu seperti sampah. Dia tak bertanggungjawab dan akhir nya gadis itu pilih jalan untuk pergi. Syah takut benda itu akan jadi bila dia sudah berjaya miliki Huraifah sepenuhnya. Mungkin kah dia akan ulangi kesilapannya yang dulu?

Sedang leka Syah mengurut bibirku, perlahan-lahan mataku buka. Sedari tadi,memang aku sudah terjaga dari tidurku. Siapa aje yang tak bangun bila dengar deringan telefon yang membingitkan telinga itu? Pfft..

Aku membiarkan Syah menyentuh anggota wajahku. Setiap kali sentuhannya berjaya buatkan keselesaan menerpa tubuhku. Yurp.. aku suka bila dia belai aku begitu. Hmm.. mungkin lebih baik, aku maju ke hadapan sedikit.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now