BAB 22

23K 854 9
                                    

Nescafe ais yang aku pesan aku kacau perlahan. Renungan kosong aku berikan air itu. Walaupun nampak menyelerakan namun mood aku hari ini buatkan minuman itu rasa tawar pada pemerhatian aku.

Husna yang ketika itu sedang menikmati mi goreng mamaknya sempat mengerling dua tiga kali ke arahku. Peliklah juga dia tengok perangai aku ni. Yalah. Selalunya, makan itu adalah nombor satu buat manusia bernama Huraifah ni. Tak pernah tertinggal makan tengah hari even sedang stress sekalipun. Tapi.. hari ini, aku makan pun tak selera.

Kerana tidak mahu terus menerus menghadap situasi janggal itu, Husna habiskan kunyahannya itu. Pinggan yang masih bersisa mi goreng mamak itu ditolaknya tepi lalu dia pandang aku serius.

Aku pula masih tadi. Lagak seperti bini kematian laki. Mungkin lebih teruk kot.

"Haih, parah sangat dah kau ni, Iffah. Makan pun tidak, minuman pun kau tenung.. sampai bila kau nak jadi macam ni?" soal Husna sudah berkerut dahi.

Aku terus mendagu di atas meja. Muncungku masih seperti tadi. Muram. "Sampai Adrian dapat mood dia semula."

Husna mengeluh kecil. Pelipis mata nya diurut perlahan. "Dia itu masih sedih lagi ke? Lamanya? Dah tiga hari dah dia macam itu.. tak dapat terima keputusan lagi ke, apa?"

"Kau faham sendirilah kan. Syarikat MZ itu paling bermakna untuk dia. Engku Maulud pun percaya yang dia akan dapat syarikat tu tapi.. tiba-tiba orang lain pula yang dapat. Siapa yang tak stress kalau macam itu?" aku sudah berikan kemungkinan tentang apa yang Adrian rasakan ketika ini. Sangat tertekan.

"Tapi, takkanlah sampai tak jawab call kau kot? I means.. kalau sedih pun takkan tunang sendiri pujuk pun dia nak marah? Pelik." ujar Husna cuba mengaitkan cerita aku dengan kejadian dua hari lepas.

Aku ketap bibir. Dalam diam, aku juga sedikit setuju dengan pendapat Husna yang satu itu. Sejak kebelakangan ni, aku dengan Adrian jarang bercakap. Even kitorang dah bertunang pun, dia macam cuba 'mengelak' dari jumpa aku.

Hmm.. aku harap itu hanya firasat aku aje.

"Jadi, kau nak cakap apa? Ad tak suka aku? Macam itu ke?" soalku cuba menyangkal firasat sendiri.

Terus Husna angkat bahu. Jus mangga yang dipesannya diteguk bagi membasahi tekaknya yang sudah kontang.

"Aku pun tak tahulah apa yang jadi sebenar nya antara kau dengan Ad tu.  Maybe, orang bertunang memang macam itu kot. Emotional semacam but aku juga sarankan supaya kau jangan layankan sangat perangai Ad itu. Kalau dia sayangkan kau, maybe dia akan cuba buat yang terbaik untuk pertahankan hubungan korang ni. Papehal.. aku harapkan yang terbaik berlaku antara korang berdua." tutur Husna dalam nada memujuk aku.

Aku ketap bibir lalu mengangguk perlahan. Setiap kata-kata Husna itu aku cuba tanamkan dalam benak kepala aku. Aku tahu yang Husna pun ada pengalaman dalam benda ni. Dia sudah dua kali putus dalam pertunangan sebab tak ada chemistry dan sekarang dia sedang bercinta dengan lelaki yang terlibat dalam perniagaan. So, kira dia dah pro lah daripada aku.

"Erm.. aku dengar yang sepupu Ad yang menang kan?" Husna cuba alih topik. Mi goreng mamak yang tadi ditolaknya tepi diambil kembali. Nak makan.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Nescafe ais yang sudah cair itu aku hirup perlahan. Erm.. tawar.

"Boyfriend aku cakap yang sepupu Ad itu senior dia masa kat sekolah dulu. Nama dia Engku Syah Taufiq, tak silap aku.." tambah Husna lagi. Nampak seperti dia tertarik untuk bicarakan fasal Syah itu.

"Hmm, betullah itu. Tak ada apa pun yang menarik fasal dia."cemuhku malas.

"Ad tak pernah ceritakan fasal Engku Syah itu pada kau ke?" soal Husna ingin tahu.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now