BAB 43

26.1K 1K 18
                                    

'Puan Iffah, encik Ikmal suruh saya beritahu puan untuk siapkan proposal untuk dibentangkan dalam mesyuarat Rabu ni'- Amma (staff).

Satu keluhan berat aku lepaskan. Sempat mataku membelek komputer riba yang terbuka depan mataku. Ketap bibir aku dibuatnya.

"Banyak lagi benda nak kena baiki ni."bisikku sendirian.

Terus aku belek telefon pintarku semula.

'Erm.. InsyaAllah, malam esok saya akan hantar pada awak.'-kirim.

'Baik, puan. Maaf mengganggu.'- Amma (staff).

Selesai sahaja membalas whatsapp tersebut, aku kembali fokus pada kerjaku. Mataku meneliti setiap satu persatu halaman lalu aku betulkan apa yang bagiku tidak sesuai. Huh! Satu keluhan aku lepaskan.

Entah kenapa, aku rasa sakit kepala pula. Akhirnya, aku sandarkan kepalaku ke badan sofa. Siling putih rumahku, aku pandang kosong. Kenapalah hati aku ni rasa pelik? Rasa macam kosong, rasa malas nak buat semua benda. Huh.. belum pernah lagi aku rasakan semua benda ni.

"Termenung lagi, Iffah?" sapa ibu yang aku tak sedar dari mana kelibat nya datang.

Terus aku mengalihkan pandangan aku ke arah ibu. Satu senyuman simpul aku berikan pada dia. Hmm.. tahu-tahu aje ibu, aku memang sedang perlukan kawan untuk berbicara.

"Tak adalah ibu. Iffah rehat kejap." dalihku memberi alasan. Kalau aku jawab termenung, habis ibu berleter nanti.

"Yalah itu. Ibu nampak mata kamu itu ke mana. Hmm.. ada benda yang kamu fikirkan ke, Iffah?" soal ibu masih dapat membaca apa yang aku rasakan sekarang ini. Firasat ibu lah katakan.

Aku tarik senyum. Berbelah bahagi aku dibuatnya apabila ibu bertanya. Patut ke aku cerita tentang apa yang aku rasakan. Mungkin asam garam kehidupan ibu boleh jelaskan kekosongan yang aku rasakan ketika ini.

Wajah ibu aku pandang. "Erm, Iffah rasa macam tak semangat nak buat semua benda. Iffah rasa kosong. Iffah rasa macam.. hmm, entahlah. Nothing."jelasku tulus.

Tersenyum ibu mendengar luahan yang terbuku dalam hati aku. Dia menarik nafas dalam.

"Kamu balik rumah ibu ni, kamu minta izin daripada Syah tak? Ada kamu beritahu dia, kamu nak balik rumah ibu?" dua soalan ibu itu buat kan aku rasa terpaku.

Hmm.. tak. Aku tak minta izin langsung daripada Syah. Apa yang aku ingat.. aku kemas barang, lepas itu Syah marah aku, erm.. aku marah dia balik dan aku keluar. Rasanya, aku keluar secara 'haram' dari rumah dia.

Dengan penuh bersalahnya, aku gelengkan kepala. Bibirku gigit.

Satu keluhan nipis ibu lepaskan. "Ibu tahu yang kamu masih tak boleh terima Syah itu suami kamu tapi dia dah jadi suami kamu. Walaupun ibu tak tahu apa yang jadi antara kamu, dia dan Adrian.. tapi nak tak nak, kamu dah berkahwin dengan Syah. Syurga kamu ada pada dia bukan pada ibu. Dia yang berhak pada kamu, Iffah. Apa yang kamu buat, kamu mesti dapat keizinan daripada dia tak kisahlah cuma nak balik rumah ibu aje. Kamu tanggungjawab dia sekarang." jelas ibu panjang lebar. Dia berharap agar aku dapat faham apa yang dia maksudkan ketika ini.

"Tapi.. Iffah, hmm.. Iffah tak boleh hidup dengan dia. Kami berdua lain ibu. Iffah rasa macam orang asing duduk dengan dia. Iffah rasa yang kitorang ni tak ada chemistry." balas ku masih menegakkan benang yang basah.

"Masalah itu datang daripada kamu berdua. Macam mana nak wujudkan chemistry kalau kamu berdua layan kan sangat perasaan kamu itu? Kamu sendiri yang fikir kamu orang asing dalam rumah dia.. jadi, sebab itulah kamu rasakan benda yang sama." jawab ibu pada setiap pernyataan bela diri yang aku lontar kan.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now