BAB 33

21.8K 740 29
                                    

"Kau memang pelakon yang bagus, Syah. Aku tak sangka disamping perangai playboy kau itu, kau ada bakat jadi pelakon. Proud of you!!" puji Adrian sambil bertepuk tangan nya deras.

Tiada secalit senyuman gembira pun yang Syah hiaskan di birai bibir. Pandangan tak puas hatinya diberikan kepada sepupunya itu. Penumbuknya sudah dikepal ketat. Hanya tunggu masa sahaja untuk dilayangkan ke muka Adrian.

Adrian memang betul-betul sudah tidak waras. Dia boleh lagi bertepuk tangan atas kesedihan hati orang lain. Yang paling teruk itu.. dia bangga tengok rancangan bodoh nya itu menyakitkan hati tunangnya sendiri. Pfft... nampaknya perangai Adrian dua kali lima saja dengan Syah. Tak ada beza.

"Huh.. kau memang tak suka betul dengan Iffah itu kan?" tebak Syah dalam nada sinis.

Adrian tersenyum senget. Rambutnya yang sedikit menutupi dahi disikatnya ke tepi. Jelas terpampang dahi luasnya. Dahi budak-budak degil.

"Aku kan dah beritahu kau. Kalau aku suka, aku takkan proceed dengan benda ni." ujar Adrian bersahaja.

"Tapi, bro.. budak itu sayangkan kau. Kau dah lukakan hati dia tapi dia still terhegeh-hegeh cari kau. Pfft.. aku tak tahulah perempuan itu memang buta ke atau dia kurang cerdik sebenarnya?!" sindir Syah apabila kepalanya tiba-tiba sahaja teringat tentang kejadian tiga hari lepas.

Selepas sahaja Adrian tinggalkan Huraifah, dia nampak gadis itu jatuh terduduk. Tangisannya jelas kedengaran. Ucapan maaf berkali- kali meniti keluar dari mulutnya walaupun salah itu bukan berpunca darinya. Huh.. dia tak sangka orang segarang Huraifah itu boleh menangis gara-gara Adrian yang tak pernah langsung menghargai cinta nya. Sadis.

"Dia kata aku ni lelaki pertama yang dia pernah cinta so, sebab itulah dia macam itu. Memanglah dulu, aku sayangkan dia tapi sekarang.. aku tak boleh nak paksakan diri aku untuk sayang dia lagi. Dalam hati aku dah ada orang lain.." luah Adrian lalu menghirup pepsi tin yang baru dibelinya tadi.

Syah terdiam sejenak sebelum tiba-tiba ketawanya meletus. Hal itu, buat kan Adrian berkerut dahi. Hairan lah juga bila tengok gelagat Syah itu. Stress ke sampai tiba-tiba aje tergelak sensorang?

"Apa yang kau gelakkan, Syah?"

Tawanya cuba diredhakan. "Aku tak tahulah sekarang ni Iffah itu yang nampak bodoh atau sebenarnya kau yang sejak azali bodoh." spontan ayat perli kaw-kaw itu dihamburkan nya.

Terkesima Adrian bila dipanggil bodoh oleh Syah. Huh, mamat ni memang sengaja nak cari nahas ke apa. Tajam matanya mencerlung Syah. Membara aje.

"Apsal tiba-tiba kau panggil aku bodoh?" soalnya tak puas hati.

"Huh.. kau tak perasan ke? Perempuan itu cuba nak setia dengan kau tapi kau lepaskan? Apa yang tak cukup lagi dengan dia sampai kau nampak Amirah tu?" soalan berbalas soalan.

Kali ini, tawa Adrian pula berhamburan. Pfft... sekarang Syah nak tunjuk bagus pula ke??

"So, kau nak cakap apa sekarang? Kau nak ajar aku fasal cinta pula ke? Huh?! Syah.. kau kena sedar kau tak layak nak bahas soal hati ni dengan aku. Kau.. lagi teruk daripada aku. Kau faham tak?" Adrian mematikan kata-kata Syah.

Seorang playboy seperti Syah memang tak layak untuk bahas semua itu dengannya. Rasanya perangai dia lebih elok kot jika nak dibandingkan dengan Syah. Dia tak jadikan tubuh perempuan sebagai pemuas nafsu. Apa yang dia buat sekarang ni demi cintanya pada Amirah.

Salah ke dia memperjuangkan perasaannya sendiri?

Syah sekadar menggelengkan kepala. Tipulah kalau dia tak terkesan dengan kata-kata Adrian itu. Api kemarahannya sudah lama panas cuma dia tak mampu untuk buat apa-apa. Yurp.. dia seorang 'budak' kepada Adrian. Apa yang dia boleh buat sekarang.. cuma tadah telinga mendengar celaan yang dilontarkan oleh Adrian.

Cinta Kerana Dia..[✅Completed]Where stories live. Discover now