Chapter 1: Permulaan

133 5 0
                                    

Chapter 1: Permulaan cerita
-----------------

*krrriiinggggggggggg* *krrrrriiiiiiiinnnnggggggg*

(Resshin) "haaaaaaa, huaaaaaaaaaaa......dah jam 6 pagi, saya kena cepat bersiap ni untuk final exam,....tapi malas pulak sebab final exam start jam 9 pagi"

Saya dibangunkan dengan alarm yang sangat kuat, ahh nama saya ialah Resshin Scrayzer, warna rambut saya tak sama seperti orang disekeliling saya, warna rambut sya berwarna merah pekat dan sudah tentu nama saya juga kerana sewaktu saya masih bayi saya ditinggalkan seorang diri dalam hutan yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal saya, orang yang menemui saya ialah seorang pak cik tua yang memberikan nama kepada saya,.

Dia beri nama Resshin Scrayzer bukan sebab yang sembarangan tetapi saya ada rantai berloket emas yang depan dia terukir nama saya iaitu Resshin sementara belakang loket pulak Scrayzer dan kalau dibuka dalam loket tu ada gambar dua orang perempuan di belah kanan dan lelaki dibelah kiri loket itu, anak mata saya bewarna emas terang dan disebabkan itu orang di sekeliling saya selalu memandang saya pelik sebab orang disekeliling saya semua rambut bewarna hitam dan anak mata bewarna hitam atau coklat,  ada masanya orang fikir saya ialah orang asing yang datang dari negara luar seperti Amerika atau mana mana negara yang berdekatan dengan eropah, namun ketinggian saya seperti orang asia yang biasa normal ketinggiam dalam 165 hinggan 180 cm, saya punya ketinggian dalam 175 cm,  saya berumur 20 tahun, seorng pelajar universiti dalam bidang Software Engineering,, saya ialah seorang anak yatim yang tinggal bersendirian di apartmen yang kecil, dan hari ini ialah hari untuk saya menduduki final exam, hmm harap boleh pass.

Jam 8 pagi, saya sudah bersiap dan ingin bergegas secepat yang mungkin untuk mengejar kereta api, sewaktu saya berlari pecut  saya terlihat sesuatu benda yang sangat pelik iaitu sebuah pagar yang agak besar sebesar sebuah bas persiaran, pagar tersebut betul betul berada di depan saya.

Pelik dan agak mistik serta mengejutkan, bagaimana pagar ni secara tiba tiba muncul di depan saya, biasa saya lalu kawasan hutan kecil ni ke perhentian kereta api sebab kawasan hutan ni ialah jalan potong yang paling singkat, dari dulu lagi saya akan lalu kawasan ni dan selama saya lalu saya tak pernah lagi melihat sesuatu seperti.....pagar, ye pagar hahaha.

Disebabkan sifat ingin tahu yang sangat kuat, saya menolak pintu pagar tersebut, ketika itu...yaa pada ketika itu saya diserap masuk ke dalam pagar tersebut, penglihatan saya menjadi kabur dan tanpa saya sedari, saya terpengsan.

*Grrrrraaaawwrrrrrr!!!!*

(Resshin)"Haaaaaa!!"

Saya terkejut dengan bunyi suara yang umpama ngauman binatang buas yang sangat kuat, saya melihat sekeliling...apa yang saya nampak ialah.....hanya pokok pokok yang besar, pelik sangat pelik, bagaimanakah hutan yang saya lalui tadi secara tiba tiba ada pokok besar sebegini dan bunyi ngauman binatang buas..apa semua ni ?

Setahu saya, selama saya tinggal dan membesar kat sini, hutan ni mana ada binatang buas apakan lagi ngauman yang kuat seperti itu..dan yang laaaaaaaagi saya pelik, bagaimana ? Macam mana ? Dan kenapa tiba tiba pokok semua membesar.

Kepala otak saya dipenuhi dengan tanda soal yang bagaikan tiada jawapan yang boleh diketemukan, hmm....

(Resshin) "apa yang penting sekarang ni saya kena tenang, jangan panik sebab panik hanya akan mmbuatkan saya melakukan tindakan yang terburu buru, saya perlukan maklumat"

Ye saya perlukan ,maklumat, saya bangun dari tempat saya baring dan melihat sekeliling, awan sangat cantik kebiruan dan cuaca boleh dikatakan baik dengan tiupan angin yang kurang kuat.

*Kyaaaaaaaaaaaaaaa!!!*
*Grraaawwwrrrrrrrr!!!*

(Resshin)"Haaaaa! Bunyi suara perempuan...heyy heyyyy heyyyy! Tak kan lah ade perempuan dalm hutan ni yang sekarang kena serang bintang buas,"

Putera Raja Kembali Ke Dunia AsalWhere stories live. Discover now