Chapter 5: Putera Yang Dihantar Ke Dunia Lain

38 1 0
                                    

Chapter 5: Putera Yang Dihantar Ke Dunia Lain
-----------------

20 tahun yang lalu, pada waktu itu sama seperti sekarang,..tapi berbeza sikit kerana hujan ribut yang turun dari langit melandai negara Chronicle sangat kuat dan sangat membahayakan kepada sesiapa yang keluar dari rumah ....bunyi hujan ribut yang sangat kuat umpama bunyi peperangan yang sangat dashyat di ketika malam dan dengan cahaya bulan yang menerangi sebuah istana besar yang  bertapak di tengah tengah negara Chronicle, istana tersebut berdiri dengan sangat kukuh dan megah...istana itu juga menjadi lambang kekuatan kuasa negara Chronicle.

Di dalam istana tersebut sedang berlaku kejadian yang sangat menggembirakan seluruh orang dalam istana itu kerana seorang  Permaisuri yang bernama Selestia Vampira telah melahirkan dua orang anak kembar, suami kepada Permaisuri itu yang bernama Rex Scrayzer sangat gembira kerana anak yang lahir ialah kembar dan jika mengikut urutan bayi kembar itu ialah anak yang keempat dan yang kelima.

Anak yang keempat ialah seorang lelaki yang berambut keemasan dan beranak mata yang bewarna merah, sementara itu anak yang kelima ialah anak perempuan yang berambut dan beranak mata yang sama seperti abang dia, mereka berdua ialah kembar....tapi apa yang membezakan mereka berdua ialah jantina mereka yang tidak sama.

Beberapa saat selepas kelahiran, ayah kepada dua orang kembar itu mula memakaikan mereka berdua rantai yang berloket emas, setiap Putera dan Puteri keluarga Scrayzer mempunyai rantai yang sama tetapi loket mereka mempunyai ukiran nama yang berbeza, untuk mereka berdua yang baru lahir, bayi lelaki dipakaikan rantai yang berloket emas yang juga mempunyai ukiran nama dia iaitu Resshin di hadapan loket tersebut dan dibelakangnya ialah Scrayzer, sementara rantai bayi perempuan pulak mempunyai loket emas yang sama seperti abang dia, ukiran nama di loket tersebut ialah Reina di hadapan dan dibelakang loket itu ialah Scrayzer.

Keluarga Scrayzer ialah bangsa manusia atasan, manusia atasan ialah sama seperti manusia biasa tetapi apa yang membezakan manusia atasan ialah kekuatan fizikal mereka yang luar biasa dan kuasa magik mereka yang sangat kuat, namun kini manusia atasan boleh dikatakan satu puak yang sudah pupus kerana mereka hanya wujud di zaman kuno...dan puak Scrayzer ialah manusia atasan yang masih tidak lagi pupus kerana mereka ialah keluarga diraja yang dari dulu sampai sekarang masih tetap kekal wujud.

Sementara seluruh orang di dalam istana meraikan kebahagian kelahiran seorang putera dan puteri yang kembar, secara tiba tiba..bayi lelaki yang bernama Resshin Scrayzer mula menangis dengan sangat kuat, mereka memikirkan bahawa ianya biasa bagi seorang bayi menangis tetapi mereka silap, bayi lelaki tersebut..disekeliling badan dia berlaku satu kejadian yang sangat dashyat dimana semua kuasa elemental terjadi dari api, air, eletrik, tanah, angin cahaya dan kegelapan...yer dia ialah seorang bayi yang berbakat dalam kuasa magik yang digelar pengguna semua kuasa magik elemental yang dikenal sebagai Rezio, tetapi bukan setakat kuasa elemental sahaja yang mengililingi tubuh badan bayi lelaki tersebut.

Satu cecair merah yang keluar dari pusat tubah bayi tersebut mula mengililingi tubuh badan bayi itu....cecair merah itu ialah 'darah' darah yang mengililingi tubuh badan bayi itu bergerak dengan kelajuan yang sangat laju...dan satu lagi fenomena yang lagi mengejutkan semua orang disitu ialah secara tiba tiba dua orang perempuan yang berumur dalm sekitar 19-20 tahun mula muncul di sebelah kanan dan kiri bayi lelaki itu, dua orang perempuan itu mempunyai sayap seperti helang dan ada ekor seperti buaya dan mempunyai tanduk besar, kedua duanya mula rebah seumapama mereka muncul dalam keadaan yang tidak sempurna....semua orang mula panik dengan kejadian itu.

Raja Rex Scrayzer mula melepaskan kuasa yang sangat dikenali dengan kuasa rahsia keluarga Scrayzer, eltrik bewarna emas mula muncul disekeliling tubuh badan Rex Scrayzer, dia mula memeluk bayi lelaki itu, tetapi Rex Scrayzer mula cedera sana di seluruh tubuh badan dia, Permaisuri Selestia Vampira memberikan magik penyembuh kepada Rex Scrayzer tapi kuasa dia agak lemah kerana baru sahaja melahirkan dua orang bayi.

Putera Raja Kembali Ke Dunia AsalWhere stories live. Discover now