Chapter 2: Pengetahuan Pasal Magik

50 2 0
                                    

Chapter 2: Pengetahuan Pasal Magik
-----------------

Petang, setelah semua kejadian yang terjadi hari ini, saya sekarang berada dalam rumah Sylvia, di ruang tamu hanya saya dengan Sylvia.
(Sylvia)"umm...biasanya tuan Putera minum apa sahaja ?"
Eeehhhhhhhh!!! Soalan apakah ini ? Biasa minum apa sahaja....? Oiii oii saya bukanya dia punya majikan untuk menanyakan apa yang saya ingin minum, hahahaha rasa macam ada tukang gajierempuan yang comel pulak. Opsss, apa ni yang saya fikirkan.

Saya menggaru belakang kepala saya dan menjawab soalan unik yang ditanyakan oleh tuan rumah yang saya tengah berada sekarang.
(Resshin)"umm, eherrmm...kalau ada air mineral atau air masak pun boleh jugak hehehe"
(Sylvia)"eeehh- mana boleh, air sebegitu tidak sesuai diminum oleh golongan Diraja minum, saya tak nak di kenakan hukuman mati hanya kerana memberi air biasa kepada tuan Putera, err tuan...umm..air masak biasa lah kan semua orang tahu tapi"
Hahahaha kena hukuman mati dia kata hanya kerana memberikan air biasa.

Muka Sylvia mula pelik.
(Resshin)"tapi...tapi apakah dia ?"
(Sylvia)"tapi....air main ni ral...air main ni ral tu apa? Kalau tuan ingin air yang mahal..maaf la keluarga saya tak mampu"
Haaaa- hahahaa air main ni ral dia kata hahahaha, mahal ??? Awww dekat seven eleven 1 ringgit 50 sen sahaja air tu...
Tanpa menyedari apa apa saya terus terasa ingin mengenakan Sylvia.

(Resshin)"Yer, air main ni ral memang sangat mahal...betul betul mahal...nak tahu kenapa ?"
Tanpa menghiraukan apa apa, Sylvia mula menggerakkan kepala dia ke belah kiri.
(Sylvia)"Ke...kenapa ?"
Fuwaaah- cara dia gerakkan kepala dia sangat comel, hahahaha
(Resshin)"Sebab....sebaaaabb...."
(Sylvia)"sebaaab?"
...hahahaha saya rasa macam tak baik pulak kenakan dia, aaah tapi sekali sekala tak apa jugak kan.

(Resshin)"sebab air main ni ral ini digali dari bawah tanah!!!"
(Sylvia)"aaaaahhh- seperti mata air yang digali oleh elementalis pengguna elemen tanah.
Sylvia mula mengatakan sesuatu yang pelik, dan melalui reaksi dia sambil mengatakan ayat yang dikeluarkan umpama apa yang dia katakan ialah normal.
Sifat ingin tahu mula membuak buak dalam hati dan fikiran saya, tapi sementara berbual bual dengan dia, saya mula lupa apa yang patut saya tahu tentang apa yang menimpa ayah dia, jadi saya mula menukarkan topik perbualan.

Nanti ada masa saya akan tanya dia.
(Resshin)"hmm, saya tak kisah air apa, jadi buat sahaja air apa yang awak ingin buat janji ada yang boleh diminum"
Sylvia mula menundukkan kepala lalu berkata.
(Sylvia)"ahh baik tuan Putera"
Sylvia mula pergi ke dapur, sementara dia tengah membuat air minuman, saya memamdang sekeliling, mungkin agak kurang beradab tapi disebabkan saya yang sekarang ini kini berada di dunia lain, saya perlukan maklumat, tidak kisahlah walaupun maklumat itu kecil kuantitinya, janji ada yang boleh saya perolehi untuk menyesuaikan diri dalam dunia ni.

Tapi...sepanjang apa yang saya lihat dalam rumah Sylvia, saya perasaan sesuatu yang aneh...TV tak ada, kipas pun tak ada,, di dalam rumah ini tak...di dalam dunia ini seumpama teknologi langsung tidak wujud, elementalis...apa yang dikatakan oleh Sylvia sebentar tadi menarik perhatian saya, adakah dunia ni dipenuhi dengan sesuatu benda yang dipanggil magik ?

Fikir dan berfikir, Sylvia datang membawa tray yang ada 2 cawan gelas dan jug air minuman.
(Sylvia)"maaf kerana buat tuan Putera menunggu"
Sylvia mula menuangkan air, saya mengambil cawan gelas yang telah dituangkan air minum lalu merasa... rasanya seperti teh panas...sedap, aromanya juga wangi....satu perkataan sahaja yang sesuai untuk menerangkan pasal teh ni, sedap...

Sylvia mula menceritakan kisah pasal apa yang terjadi kepada ayah dia.

Pada waktu itu, berdekatan dengan kampung Eur ada sebuah gua yang sangat besar yang dipenuhi dengan bahan mineral seperti batu elemental yang terdiri dengan batu elemental api dan angin, gua tersebut menjadi salah satu sumber pendapatan bagi orang orang kampung kerana mereka menjadikan ia sebagai satu lombong, di suatu hari pada malam hari, bunyi jeritan sayu perempuan kedengaran sangat kuat, seperti seorang perempuan yang tengah berada dalam keperitan.

Putera Raja Kembali Ke Dunia AsalWhere stories live. Discover now