Chapter 7: Pelajaran Pasal Magik

45 1 0
                                    

Chapter 7: Pelajaran Pasal Magik
-----------------

"Tuan Resshin bangun...."
Aaaah....bunyi suara siapakah itu..
"Tuuaaan banguun"
Hmm....,
(Sheila)"Tuuuaaaaannn sekarang sudah pagiii bangun boleeh ?"
acckk...!!!

Di suatu pagi yang cerah, saya dikejutkan oleh Sheila, biasanya di waktu pagi saya akan dikejutkan oleh bunyi alarm yang ada di telefon saya, tapi kali ni bunyi alarm sudah kini digantikan dengan bunyi suara perempuan....haaa, ini lah kali pertamanya saya dikejutkan dari tidur oleh suara perempuan.

Saya membukakan mata saya, saya memamdang disekeliling...bilik besar yang diterangi oleh cahaya matahari, dan...Sheila yang tengah bediri di sebelah kantil saya. Okay bangun dalam keadaan yang tidak tahu apa yang ingin dibuat saya terus teringat pasal semalam.

Pasal bagaimana untuk menggunkan batu elemental, sekarang ni Sheila ada di sebelah saya, jadi baik saya ambil kesempatan ini untuk menanyakan dia.
(Resshin)"Hi Sheila, dan selamat pagi"
Sheila memandang saya dan membalas teguran saya.
(Sheila)"selamat pagi tuan Resshin"
(Resshin)"hmmm...Sheila, saya nak tanya sesuatu boleh ?"
(Sheila)"kalau tuan nak tanya kenapa saya ni cantik..jawapan dia ialah saya memang cantik secara semula jadi"

Eerrr....,
(Resshin)"umm, tak...saya nak tanya, bagaimana nak gunakan batu elemental ?"
(Sheila)"oooh..hahahaha XD senang je lah tuan, tuan hanya perlu isi batu batu tu guna kuasa magik tuan, dan terpulang daripada jumlah kuantiti kuasa magik yang tuan isikan ke dalam batu tu, dia akan mengeluarkan kuasa elemen yang ada dalam batu tu"
Hmmmm.....senangnya.
(Sheila)"kenapa tuan tanya ?"
(Resshin)"kenapa.,?...sebab saya tidak tahu la saya tanya"
(Sheila)"tapi.....bukan pasal ni semua orang sudah tahu ke ?"

Oooooh yeer laa, Sheila masih tidak tahu yang saya ni datang dari dunia lain...hahahahahaa
Saya mula ceritakan kepada Sheila yang saya ni datang dari dunia lain, pada awalnya dia macam tidak mempercayakan cerita saya, tapi lama kelamaan dia mula percaya.

Hmmm...okay kita ketepikan semua tu, apa kata saya pergi ke bilik air dulu untuk mandi, Sheila mula keluar dari bilik untuk menyediakan sarapan pagi.
Saya masuk ke dalam bilik air dan mula memegang batu elemental untuk mengisikan kuasa magik saya ke dalamnya daaaan.....
Hmmm......?
Setitik air langsung tidak keluar dari batu elemen air..
Eeh ? Yerr laa, macam mana nak gunakan kuasa magik ?
Saya cuba dan cuba sampai lah saya bosan sendiri dengan percubaan yang banyak kali telah saya lakukakn....saya ni..
Lembap.

Saya keluar dari bilik dan pergi ke dapur, di meja makam yang besar itu ada seorang wanita tengah duduk dan menyandar kepalanya ke kerusi....uwaah, pemalas nya orang ni.
Orang tu tidak lain tidak bukan ialah makcik saya, saya pergi menujuh ke arah dia.

(Resshin)"selamat pagi makcik"
Makcik Hestia memandang saya dan berkata.
(Hestia)"paagi..."
Makcik Hestia menguap, mulut dia terbuka luas sampaikan taring dia terkeluar sekali...hahahahaaa, makcik Hestia ni betul betul buat apa sahaja yang dia nak.
(Hestia)"Resshin...awak sudah mandi ke ?"
(Resshin)"saya nak mandi...tapi kan makcik, saya tidak tahu bagaimana nak menggunakan batu tu....saya tidak tahu bagaimana nak keluarkan kuasa magik saya"

Makcik Hestia mula pandang ke atas.
(Hestia)"Yeer la, kuasa magik awak masih dalam keadaan dikunci"
Yee tak yee jugak...lupa pulak.
(Resshin)"jadi..macam mana saya nak mandi ni makcik ?"
Malcik Hestia mula bangun dari tempat duduknya.
(Hestia)"jom ikut makcik, makcik aktifkan batu elemen air untuk awak"
Saya ikut makcik Hestia dari belakang, kami berjalan sampai lah ke dalam bilik saya sehingga ke bilik air. Makcik Hestia mula memegang batu elemen air....cahaya biru muncul seketika, saya kagum melihatnya, tiba tiba dari batu bewarna biru itu muncul air keluar dengan banyak seperti hujan memancut ke depan.

(Hestia)"Dalam dunia ni, semua orang boleh menggunakan kuasa magik....kecuali...hahaha Resshin seorang sahaja kot"
(Resshin)"yeelah sebab saya punya sudah kena kunci"
Makcik Hestia beralih keluar dari bilik mandi.
(Hestia)"awak mandilah dulu...tuala nanti saya letak saje dekat atas kerusi di sebelah meja awak"
(Resshin)"baik makcik"
Makcik Hestia mula keluar daei bilik saya.
Saya membuka pakaian saya dan mandi....

Putera Raja Kembali Ke Dunia AsalWhere stories live. Discover now