Chapter 4: Pertemuan

37 1 0
                                    

Chapter 4: Pertemuan
-----------------

Di suatu malam di dalam hutan yang dipenuhi dengan kegelapan,  saya Resshin Scrayzer terserempak dengan seorang perempuan yang berada berseorangn di hutan yang gelap ini, okay sekarang saya di sini ingin menggunakan akal fikiran saya untuk berfikir adakah logik bagi seorang perempuan berada di hutan ini berseorangan..?

Tak, tidak, sama sekali sangat sangat tersangat tidak logik, dan apa yang lagi tak tersangat punya logik ialah dia mengatakan yang bau saya sedap.....ueeekkk saya sendiri ingin termuntah terhadap apa yang dia katakan, kenapa ...? Sebab dah nak dekat satu hari saya tak mandi dan sekarang ni pun saya tengah berpeluh kerana berlari sana sini.

Jadi...sekarang ni apa yang perlu saya lakukan dalam keadaan ini hanya satu sahaja, rantai...saya perlu mengambil rantai yang berada di tangan dia. Tapi sebelum itu saya kena berkomunikasi dengan dia supaya dia tak datang dekat sangat dengan saya, kerana saya tidak tahu apa yang akan dia lakukan kepada saya jikalau dia datang mendekat kepada saya.

(Resshin)"umm, kenapa cik ingin mendekati saya ? Adakah kerana bau badan saya ?"
Perempuan itu tergelak apabila dia mendengar apa yang saya katakan.
(Perempuan Berambut Silver)"hahahah, bau badan awak memang busuk kerana bau peluh yang melekat di tubuh badan awak memang sangat menyakitkan hidung saya"
Woooaaaahhhh....kurang ajarnya perempuan ni....oiiii agaklah sikit cakap terus macam itu.
(Resshin)"errr....abistu apa yang sedapnya pasal bau saya?"
(Perempuan Berambut Silver)"Darah....bau darah yang bergerak melalui setiap lubang lubang urat di tubuh badan awak membawa satu bau yang sangat sed-"

Baik lari sekarang!!! Tanpa pedulikan apa apa, kaki saya mula berlari...saya berlari secepat yang mungkin daripada dia, bahaya...setiap sel sel dalam otak saya mngatakan yang perempuan itu sangat bahaya, saya berlari menujui jalan keluar tapi bukan ke arah kampung Eur, saya tak nak apa apa bencana yang menimpa kampung itu, kado saya hanya berlari dan terus berlari untuk mencari jalan keluar.

Eeehhh....kejap, larikan diro dari perempuan itu penting taaaapiii....rantai saya lagi sangat penting.
Apabila say berhenti berlari saya terus menoleh kebelakang untuk melihat sama ada perempuan itu mengejar saya ataupun tak.

Tiba tiba!!! Saya merasakan ada sesuatu kehadiran berada di belakang saya, apabila saya menoleh ke belakang...kelawar yang besar ldua kali ganda daripada saya punya saiz berdiri dibelakng saya, saya terkejut...kelawar yang bertubuh badan sama seperti Minotaurus, separuh badan manusia dan separuh bdan kelawar..dia berkepak kelawar kepala juga sama seperti kelawar dan mempunyai gigi yang tajam, kuku dia panjang...sementara tubuh badan doa seperti manusia, kaki dia pendek.

Saya memandang dia dengat muka yang sangat pucat, sementara dia memandang saya seperti ingin mengatakan yang saya tidak boleh larikan diri daripada dia. Disebabkan panik saya ingin meparikan diri...tapi saya menarik nafas sedalam yang mungkin kemudia menghembuskan nafas untuk menenangkan diri, saya dah tenang.

Kelawar itu mencekik leher saya, tapi saya tidak berdiam diri...saya memegang tangan kiri dia yang sedang mencekik leher saya menggunakan kedua dua belah tangan saya lalu saya melompat dan menarik tangan dia lalu menendang perut dia menggunakan kedua dua kaki saya, saya terlepas dari genggaman dia...tapi kelawar itu kelihatan okay, seperti tendangan saya kurang memberi kesan kepada dia.

Apabila dia menjerit untuk menakutkan saya, dia terus mengangkat tangan kanan dia untuk mencakar saya. Pada waktu itu...saya sudah percaya yang disini ialah penamat bagi hidup saya...saya merasa sangat tidak puas hati kerana saya tidak tahu lagi ini dunia apa dan siapakah diri saya yang sebenarnya...saya memejamkan mata bukan kerana takut atas kematian tetapi takut akan banyak lagi teka teki yang tidak saya dapat jawab dalam dunia ini.

Pada waktu itu, muncul dari tepi seorang perempuan berambut silver dan beranak mata merah melompat dengan sangat laju kemudian menendang kepala si kelawar dengan sangat kuat, kelawar yang sebentar tadi hampir membunuh saya kini terhumban jauh dan terhentak di pokok yang besar.

Putera Raja Kembali Ke Dunia AsalWhere stories live. Discover now