Chapter 3: Pengetahuan Pasal Magik II

44 1 0
                                    

Chapter 3: Pengetahuan Pasal Magik
-----------------

Tengah hari, hmm ye tengah hari.....tengah hari kot......tapi kenapa warna langit menjadi warna oren ???
Apabila saya dan Sylvia mula menjejak kaki ke luar rumah untuk membeli lauk yang ingin dimasak
Saya menyedari diri saya sekali lagi terkejut dengan fenomena pagi yang secara tiba tiba menjadi petang, saya menanyakan kejadian aneh ni kepada Sylvia.

(Resshin)"umm, Sylvia....sekarang ni pagi kan ?"
Sylvia tergelak mendengar apa yang saya katakan.
(Sylvia)"Ahahaha...pagi ? Tak lah tuan Putera, sekarang ni waktu petanglah, lihat langit di atas pun kita sudah boleh tahu yang sekarang ni petang"

Aiiihhhh!!!!!...hmm.....haaaa- yerlah waktu saya terbawa ke dunia ni saya pengsan, kemungkinan saya pengsan terlalu lama kot.
(Resshin)"jadi..sekarang ni kita ingin membeli lauk dekat mana ?"
(Sylvia)"hmm.,,,pasar"
(Resshin)"oooh..okay"
Ehh takkanlah perbualan tamat sampai disini sahaja, wew saya tak tahu nak buka topik apa, rasa macam...kekok lah pulak.

Ooh yer, apa kata saya ambil maklumat sedikit.
(Resshin)"err, Sylvia"
(Sylvia)"ye saya ?"
(Resshin)"boleh tak jikalau saya menanyakan beberapa soalan kepada awak"
(Sylvia)"boleh, tanyalah"
Okay pertama sekali saya kena tahu pasal elemental ni.
(Resshin)"elemental..apa sahaja yang Sylvia tahu tentang elemental"
(Sylvia)"eeh..umm, elemental..elemental ialah salah satu kelas bagi ahli magik"
Dalam perjalanan kami untuk pergi ke kedai membeli lauk, Sylvia mula memberitahu semua pasal elemental dan yang ada kaitan dengan elemental.

Elemental ialah salah satu kelas bagi ahli magik, ahli magik terbahagi kepada empat kelas. Yang pertama ialah elementalis, setiap kehidupan mempunyai elemental masing masing, elemental ialah kelas yang menggunkan kuasa elemen seperti air, api, tanah, eletrik, angin, cahaya dan kegelapan.

Tapi bukan setiap kehidupan mempunyai semua kuasa elemental, Sylvia kata bahawa biasanya satu kehidupan hanya  mempunyai satu elemen, namun..ada juga yang mempunyai lebih daripada satu, jika seseorang itu mempunyai dua kuasa elemen, maka dia dikenali sebagai Dio Elemental, jikalau tiga pulak ialah Trio Elemental, jikalau empat ialah Quadrio Elemental, lima ialah Flio Elemental, enam ialah Zexio Elemental dan jikalau dia mempunyai kesemuanya maka di panggil Rezio Elemental.

Biasanya seseorang itu hanya ada satu kuasa elemen, jikalau Dio mereka ialah satu dalam seratus orang, Trio pulak ialah seorang dalam sepuluh ribu orang, Quadrio ialah seorang dalam sejuta orang, manakala Flio, Zexio dan Rezio boleh dikatakan masih belum wujud lagi..kalau ada pun hanya seorang sahaja yang boleh menggunakanya, dia ialah seorang perempuan yang dikenali sebagai Permaisuri Elemental...seperti gelaranya Permaisuri, dia ialah Permaisuri kepada Negara ini, nama sebenar dia ialah Selestia Vampira, dia ialah daripada bangsa Atasan Vampire keluarga diraja yang sudah pupus, sekarang nama dia ialah Selestia Scrayzer kerana dia mengahwini Raja kepada negara ini yang bernama Rex Scrayzer.

Woaaaah- nama raja kepada negara Chronicle ialah Rex Scrayzer...T REXXX!!!, hahaa gurau, nama dia sangat garang, mesti dia garang orangnya...tapi nama di Rex Scrayzer, Scrayzer...nama keluaega dia sama seperti nama keluarga saya iaitu Scrayzer..adakah ini kebetulan atau takdir yang membawa saya kepada dunia ini dan mempunyai nama keluarga yang sama kepada negara ini, saya...siapakah sebenarnya saya...kalau difikir secara logik, saya ialah anak yatim yang dijumpai oleh seorang pak cik tua ketika saya bayi...kejap!!! Apa yang saya fikirkan ni, mustahil lah saya betul betul seorang Putera di dalam dunia ini.

Untuk mengelak memikirkan sesuatu yang tidak pasti, saya ingin mengetahui tentang ahli magik.
(Resshin)"aah yer, jadi...mesti setiap elemen mempunyai sifat masing masingkan ?"
(Sylvia)"yeaa, Air dan tanah lebih kepada pertahanan..tetapi ada juga orang yang menjadikan dia sebagai elemen serangan. Api, Eletrik dan kegelapan pula mempunyai kuasa serangan yang sangat kuat..angin, hmm biasanya hanya akan digunakan untuk sokongan, tetapi ada juga yang menggunakan elemen angin sebagai serangan...akhir sekali ialah cahaya..kuasa elemen cahaya lebih kepada pertahanan dan sokongan"
Woaah- setiap elemen ada peranan masing masing.

Putera Raja Kembali Ke Dunia AsalWhere stories live. Discover now