Gangguan

60 2 0
                                    

Pagi itu, aku menunggu ayah untuk menghantar aku ke tempat kerja. Aku berteduh di bawah pokok yang berada di tepi simpang masuk perumahan.
Aku pergi kerja seperti biasa.

Pada keesokkan pagi itu aku rasa tak sedap badan. Rasa macam letih sangat-sangat, sampai susah nak bangun.
"Rasa macam tak larat keje aje ni?" Bisik aku dalam hati.
Aku menghantar massage kepada bos, bahawa aku cuti hari ini. Rasa terlalu berat aje nak bangun. Malas!
Aku gagahkan diri mandi siap semua. Aku rebah atas katil semula. Tak boleh jadi ni. Aku keluar perlahan-lahan mencari ayah aku di ruang tamu.

"Abah. Boleh tak bawak Orang pergi rumah Makcik Biah. Orang nak urut badan lah. Bisa betul badan ni kat sendi- sendi." Kata aku.

"Ok. Petang sikit kita gerak." Abah membalas dan kembali menonton tv.
Makcik Biah seorang tukang urut, dia mengamalkan ayat-ayat surah al-Quran. Sebab itu aku selesa pergi kepada Makcik Biah.

Tak lama selepas tu, kami berdua pergi ke rumah Makcik Biah yang terletak di perkampungan Perigi Hang Tuah. Jauh jugalah dari rumah. Setibanya aku dan ayah, kami berdua memberi salam.

"Assalamualaikum!"
"Walaikumusalam! Haa... dah sampai? Naiklah masuk rumah." Pelawa Makcik Biah. Kami pun naik bersembang sebentar.
"Haaa... siapa yang sakit? Nak mengurut kat mana?" Tanya Makcik Biah.
"Urut satu badan boleh Acik Biah?" Soalku. Dia pun menganggukkan kepala.
"Bismillah..." baru sahaja Makcik Biah meletakkan tapak tangannya dekat belakang badan untuk membaca potongan surah. Aku terdengar suara dia berkata... "kau demam eh? Panas betul badan kau ni!" Dalam nada terkejut. Kini giliran aku pulak terkejut. " Eh ? Tak ada lah Makcik. Saya tak demam pun, cuma bisa-bisa aje badan ni tiba-tiba..."balas aku pada Makcik Biah.
" Kau demam ni. Memang panas sangat badan kau ni. Dia mula mengurut. Sambil berborak dengan Mak aku. Tak lama kemudian dia berkata kepada Mak aku. " Eh ? Dalam badan anak kau... ada iblis!" Kata Makcik Biah dengan nada terkejut.

"Eh? Dalam badan anak kau ada Iblis!" Kata Makcik Biah nada terkejut.
Aku yang diam dari tadi, tersentak saluran pernafasan. Sudah! Bala mai dah... terasa merinding bulu roma aku. Seram!
"Makcik ni biar betul? Janganlah takutkan aku yang memang adakalanya penakut. Normal lah setiap manusia mempunyai sifat yang salah satu *takut*," bisikku dalam hati.
"Hah? Apa makcik cakap? Macam mana pulak tiba-tiba ada iblis?"
Makcik Biah diam. Tidak lama dia sambung percakapan yang tak abis tadi. "Ni! Dia duduk kat sini. Sebab itulah kau rasa sakit sangat kat tulang belakang bawah ni." Makcik Biah menunjuk sambil menekan tulang tunjal belakang yang kiri dan kanan adalah buah pinggang. Aku terangguk-angguk. "Ohh... macam tu. Aku berdoa supaya Makcik Biah, melakukan sesuatu agar iblis itu kuar dari tubuh badan aku. Sakit! Hanya Allah yang tahu," Monolog aku dalam hati. Selepas mengurut kesakitan itu lega hanya sebentar. Sesampai di rumah dia mula terasa menyengat kembali.
Aku terpaksa bekerja dalam keadaan menahan sakit. Menunggu minggu hadapan untuk mohon cuti.

Selepas satu minggu...

"Mak. Masih sakit lagi ni. Bawak pergi urut mana-manalah," ujarku pada mak.
"Kalau macam tu, kita pergi dekat Makcik Nor Kuala Linggi. Pergi siap!" Balas Mak. Aku pun segera bangun perlahan-lahan bersiap. Tengah hari itu kami bertiga gerak. Aku hanya membawa sebotol air mineral sebagai air penawar.

Tetamu... sampai-sampai takkan nak terus mengurutkan? Makcik Nor ni bagus orangnya... haha. Dia hidangkan minuman petang. Selepas setengah jam baru dia mengajak naik ke atas beranda dalam rumahnya. Seperti biasa Makcik-makcik urut akan tanya mana sakit. Tp aku tak bagitahu tujuan asalku. Aku hanya kata nak urut badanlah Makcik sakit-sakit badan.
Makcik Nor mulakan urut. Selepas tu baru aku bagi tahu.
"Makcik belakang saya ni sakit sangat, Makcik boleh tolong. Mari sini aku tawarkan. Pusing." Balas Makcik Nor.
"Engkau pergi mana ni?!" Keluar malam-malam ke? Soal Makcik Nor.
"Keluar malam? Balik kerja ajelah. Mana ada pergi tempat lain... keluar lepak-lepak tak ada. Manalah saya gemar," jelasku pada Makcik Nor.
"Kat depan rumah kau ni... ada pokok ke?" Ujar Makcik Nor.
"Tak ada. Tapi kat simpang rumah adalah kiri kanan." Balasku pada Makcik Nor sambil mengingat kembali.
"Owuh ya! Saya baru teringat pagi tu sebelum pergi kerja tunggu abah kat bawah pokok simpang tu," kataku lagi.
"Kiri ke kanan?" Soal Makcik Nor.
"Kiri," balasku
"Hmm... kau tahu tak..."
"Tak. Saya tak tahu," balasku laju. Belum sempat Makcik Nor nak menghabiskan ayatnya.
"Budak bertuah! Aku belum abis cakap kau dah potong," tempik Makcik Nor.
Aku saja aje bergurau dengan Makcik Nor ni sebab dia pun 'sporting gila' hehe. Bukan marah sangat pun. Geram sebab aku mengusik.
"Kat pokok tu ada penunggu, Nenek Kebayan. Dah berapa ratus tahun umur dia. Kau ni sebenarnya dah kena tegur!" Ujar Makcik Nor.
"Aik? Asal aku tak ada rasa apa-apa eh? " gumamku.
"Sini! Bagi aku air botol mineral tu. Aku tawarkan," ujar Makcik Nor. Aku bangkit menghulurkan air kepadanya.
Alhamdulillah... selepas Makcik Nor tawar kurang rasa sakit dan beransur pulih.

Tamat

 👻 Kisah Seram Pendek 👹Where stories live. Discover now