Anak Kucing

22 0 0
                                    


Safa yang telah habis kerja pada shift pagi berangkat ingin pulang kerumah. Shift pagi akan balik dari kerja pukul 8.OO pm. Tetapi biasa lah tidak semestinya pukul 8.00 tu tepat keluar... kebiasanya 8 lebih ke atas lebih-lebih lagi kalau kena 'standby' lebih masa.

Pada malam itu, Safa keseorangan tidak berteman kerana rakan-rakan yang lain tidak ada yang sama shift dengannya. Safa lalu dilaluan yang biasa dia lalu. Kawasan yang sunyi tiada pekerja-pekerja mall yang lain. Malam itu rasa lain sekali bagi Safa.

Safa berjalan dan terus berjalan yang di temani cahaya lampu jalan. Sedang Safa berjalan dia terdengar  sesuatu seperti kucing menangis tetapi pelik bunyinya. Safa mencari dan semakin mendekat ke arah bunyi itu. Semakin dia dekat, semakin terasa gementar tubuh badannya. Perasaan itu makin hilang apabila dia ternampak seekor ank kucing yang sedang menangis. Tangisannya seperti mendayu-dayu dan halus. Dia tidak berfikir apa-apa. Di dalam mindanya dia kesian pada anak kucing tersebut yang masih bayi. Safa angkat anak kucing itu dan membawa pulang kerumah.
Dalam perjalanan itu, anak kucing itu tidak berhenti-henti menangis, matanya tidak pula terbuka, akan tetapi tertutup rapat. Seperti sedang tidur.

Keesokkan hari...

Budak-budak mall terpandang Safa yang baru melintas dihadapan mereka. Waktu itu mereka tengah rehat dan Safa pula baru masuk kerja. Budak-budak diam tidak berkutik. Malah memandang sesama sendiri. Bulu roma tegak berdiri! Ada yang takut, ada yang tidak tahu mahu beri reaksi bagaimana akibat terkejut.

☘️☘️☘️

Safa berjalan menunju ke loker kerjanya. Belum sempat sampai di lokernya kepalanya seakan memberat dan sakit teramat sangat. Akhirnya semua gelap.

🕷🕷🕷
*situasi lain*

Aku lihat saja perlakuan Safa sehingga dia jatuh melorot dan pengsan. Aku berlari meminta pertolongan pada kawan- kawan yang lain. Kami perempuan berempat membawa kebilik yang biasa kami gunakan jika ada apa-apa kecemasan. Ada juga beberapa orang kawan lelaki dan pakcik guard iaitu Pakcik Akob yang boleh merawat orang kerasukkan. Ya. Safa telah di rasuk oleh jin. Safa tidak sedar apa yang telah berlaku.

"Bismillahirahmannirahim.." dan setelah habis bacaan. Pak Akob mula bertanya kepada jin yang berada didalam tubuh badan Safa.

"Kenapa kau menganggu manusia, wahai syaitan yang dilakhanat Allah" bicara Pak Akob dengan nada datar.

"Pulangkan!!!" Pekik Safa

"Pulangkan apa?" Soal Pak Akob.

"Hak aku! Milik aku!" bidas Safa.

"Hak apa? Milik siapa? Tanya Pak Akob kembali. Kami semua hairan dan tertanya-tanya. Apa yang cuba di sampaikan? Pulang? Hak?

"Hak yang dia ambil!" Rata-rata di situ termangu apa benda itu maksudkan.
"Hak apa?" Kata kak Dijah.

"Anak kucing... pulangkan!" Marah Safa. Mereka di situ dengan segera bertindak, mencari anak kucing tersebut di rumah Safa dan membawa ke sini semula.

 👻 Kisah Seram Pendek 👹Where stories live. Discover now