Part2

16 0 0
                                    

"Assalamualaikum" ujar Pak Akob terhadap Safa. Safa diam tidak menjawab. Hanya dengusan kedengaran.
"Engkau jin islam ke jin kafir?" Soal Pak Akob.
"Kafir"
"Keluarlah dari tubuh badan budak ini,"
"Aku tak mahu! Dia telah mengambil hak aku!" Balas Safa dengan tangisan mendayu.

Setibanya kawan- kawan Safa dirumahnya. Mereka memberi salam.
"Assalamualaikum!"
"Walaikumusalam.." sahut ayah Safa, En. Mahad.
"Pakcik, saya datang sini untuk mengambil anak kucing yang Safa bawa balik kemarin. Semasa dalam perjalanan kesini kawan saya, sudah bagitahu tujuan kami kemari?" Ujar Haiqal.
"Oh... iya. Jemput masuk dulu. Anak kucing tu ada kat tepi dinding hujung belah kanan," balas En. Mahad.
Haikal dan Imran lalu menghampiri sangkar yang terletak di hujung belah kanan rumah itu, lalu Imran membuka sangkar tersebut. Ketika Imran ingin mengambil anak kucing tersebut. Kedengaran tangisan mendayu-dayu dari arah anak kucing tersebut. Peliknya. Itu bukan suara tangisan anak kucing yang biasa dengar, tetapi tangisan seperti seseorang menangis. Meremang bulu roma Imran dan Haikal saat itu. Mereka saling berpandangan. Dalam fikiran mereka, bagaimanakah mahu membawa anak kucing seseram ini waktu malam begini. Mereka menguatkan semangat diri demi Safa. Safa perlu segera dirawat. Kalau di biar risau keadaan lagi teruk. Lalu Imran segera mengambil anak kucing tersebut. Selepas itu, mereka segera meminta izin untuk kembali ke tempat kerja. En. Mahad juga tidak ketinggalan mengikut mereka berdua dari arah belakang kenderaan yang dinaiki oleh Imran dan Haikal.
Sepanjang perjalanan tersebut, anak kucing itu tidak berhenti-henti menangis.

Semasa perjalanan Haikal dan Imran kerumah Safa. Pergelutan serta bertingkah menghangkat keadaan apabila Safa, menendang kaki Pak Akob yang sedia memang sakit itu. Pak Akob meminta Safuan menelefon Ustaz Adli untuk datang membantu. Kerana jin kafir yang merasuk kedalam tubuh badan Safa enggan keluar.
"Pulangkan!!!" Teriak Safa. Memandang Pak Akob dengan penuh marah. Anak mata Safa merah bagai biji saga. Alhamdulillah Ustaz Adli tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk datang kemari, kerana beliau berada di kawasan yang terdekat di Mall tersebut. Hanya mengambil masa 30 minit sahaja.
"Assalamualaikum" Ujar Ustaz Adli.
Rata-rata didalam bilik tersebut menjawab dengan nada perlahan.

"Mengapa kau tidak mahu keluar apabila dilakukan dengan cara baik?" Soal Ustaz Adli.
Safa memandang dengan pandangan sungguh tajam. Kami yang lain melihat terasa seram yang teramat. Kami kuatkan iman, walaupun ketika itu bulu roma mencanak naik. Kami perempuan bertiga duduk rapat serapatnya. Jarak jauh sikit dari belakang Firdaus, Pak Akob dan Ustaz Adli.

Setibanya mereka di Mall tersebut, segera kaki melangkah laju menunju kebilik khas yang disediakan Mall.

Skreekk.... Skreekk...

Tap! Tap! Tap!

DUM!

Kedengaran bunyi tapak kaki berjalan serta hempasan pintu di segenap ruang bilik tersebut.

Kesemua orang didalam bilik itu terkejut melainkan Ustaz Adli.

"Assalamualaikum" ujar Haikal, Imran dan En. Mahad serentak.
"Walaikumusalam..." jawab mereka yang lain. Lalu Imran memandang anak kucing dalam pegangannya.
"Eh?"
"Kenapa?" Soal Ustaz Adli.
"Ta... tak ad... da apa" kedengaran suara Haikal yang kelihatan terkejut.
"Kembalikan Hak aku!" Jerit Safa. Haikal yang sedang berperang perasan takut campur terkejut. Bertambah terkejut akibat dari sergahan tersebut.

"Aku kembalikan... dengan bersyarat!" Ujar Ustaz Adli.
"Apa"
" Keluar dari badan ini, jangan memasuki lagi. Walaupun tubuh badan manusia yang lain. Kalau kau ingkar, aku tidak teragak-agak menghapuskan kau!" Jelas dan lantang suara Ustaz Adli memenuhi ruang bilik yang sunyi sepi itu. Safa merenung tajam Ustaz Adli. Hanya bunyi dengusan kasar  sahaja kedengaran diserta anggukkan kepala. "Aku keluar, jangan korang semua menganggu tempat aku" balas Safa.
Setelah merawat dan memulihkan semangat Safa. Akhirnya Safa kembali sihat seperti biasa, selepas diberikan cuti selama seminggu.

#pesanan#
- jangan sesekali kita mengambil sesuatu yang bukan milik kita. Akibatnya membahayakan dri.

Surah Al-anas
Surah Al-Jin

 👻 Kisah Seram Pendek 👹Where stories live. Discover now