AssalamualaikumDira nak kongsi sikit salah satu cerita seram yang menghantui kehidupan dira.
Aku mendapat khabar berita gembira, yang hampir 2 tahun menunggu termakbul juga. Aku di sahkan mengandung 2 bulan oleh doktor. Perkara paling seronok ialah suami aku habis semua dia telefon bagitau yang aku mengandung. Macam biasa perempuan mengandung ni bermacam alahan dan teramat sensitif tidak terkecuali diri aku. Tiada berdaya, Lembik longlai dan sebagainya. Sebab tak boleh nak makan, apa sahaja makanan yang masuk pasti keluar balik.
Suami aku bekerja sebagai security guard ada shif 12jam pagi dan malam. Waktu pagi aku tak kisah sangat sebabnya malam itu, Suami aku boleh temankan aku, tetapi malam itu yang susahnya aku terpaksa tidur dengan anak ku yang berusia 3 dan 2 tahun.
Kejadian ini terjadi sewaktu suamiku bekerja shif malam. Pada hari itu aku pergi ke rumah mak aku yang tinggal 1 block dengan aku tetapi dia tingkat 1 dan aku tingkat 2. Aku terangkan sikit pasal rumah aku ya. Rumah ini rumah flat 5 tingkat yang jenis memanjang kira macam rumah panjang sarawak, tetapi 5 tingkat berdepan rumah aku ada rumah jiran kira setiap unit berhadapan jiran depan dan ada juga jiran tepi kiri dan kanan. Maksudnya di sini rumah aku koridor(kaki lima) baru rumah jiran depan. Harap korang faham la dengan penerangan aku ya..(tak faham buat2 faham lah 😂) ni aii yg tmbh, kak dira baca mati den 😂
Setelah hampir waktu petang aku berada dirumah mak, aku pun pulang balik sekitar jam 6 petang. Waktu tu memang sunyi dan kebetulan anak aku yang sulung tidur di rumah mak aku. Tinggal la aku dengan anak ku yang kecil umur 2 tahun. Apa yang pelik, pada petang itu suasana memang sunyi sepi macam lain saja. Aku pun cepat-cepat buka pintu rumah masuk kedalam dan ketika aku hendak mengunci pintu aku macam terperasan di celah-celah besi koridor rumah macam ada kain berjalan (koridor kami kiri kanan dinding koridor besi bukan batu)kain tu putih tapi ada oren-oren sikit. Mula nya ingatkan ada perempuan pakai baju kurung lalu. Tapi bila aku jenguk sedikit tiada siapa pun berjalan di koridor di hadapan rumah aku. Aku pun taknak fikir apa-apa sebab aku tidak pernah mengalami kejadian macam ini.
Selepas kejadian itu tiada lagi perkara-perkara yang mistik terjadi. Tetapi pada 1 malam yang sungguh menyeramkan.......
YOU ARE READING
👻 Kisah Seram Pendek 👹
Terror☠️ Kisah seram ini adalah 100% benar bukan palsu. 👻 Kisah ini juga dari pengalaman dan juga kawan-kawan yang turut mengalaminya. ☠️ Kejadian berdepan atau mengalami gangguan pada setiap orang walaupun hanya " gurauan" atau tidak seteruk org lain...