Rumah sewa

32 0 0
                                    



Kisah ini dahulu ketika saya masih masih lagi bujang..duduk menyewa dirumah sewa.Saya ni suka bila tido pasang radio buka kuat-kuat.Haha.itulah kesukaan saya.
Tetapi pada satu malam yang indah lagi aman sentosa,saya masih lagi memasang radio kuat-kuat..tapi bila saya sedar dari tido.Saya tak dengar bunyi radio yang saya pasang awal-awal tadi kuat,kini menjadi perlahan bila saya terjaga.
Ada ketikanya diperlahankan dan ada juga satu hari itu dimatikannya radio yang saya pasang kuat-kuat itu,Hairan saya.Perkara itu berulanglah banyak kali.Adakalanya bila radio saya pasang itu perlahan,saya kuatkan lah semula.
Tetapi selepas itu saya tidak kedengaran lagi suara dari radio yang saya pasang itu.Saya ingat rosak ke apa,rupanya dimatikan radio tu,siapa pula yang matikan?saya pun biarkan.

Ada satu ketika juga rasa rumah yang saya sewa ini ada juga penghuni lain,yang tidak di nampak dek oleh mata kasar kita.Sebab apa,dulu kalau rumah ni kotor-kotor ada sesuatu mesti 'dia' marah.Dia tak suka.Pernah satu hari kawan saya kena kacau oleh 'dia' sebab tidak cuci tuala wanita betul-betul basuh macam ala kadar pastu buang macam tu je.Tapi dalam sepanjang duduk di rumah sewa tu alhamdulillah sy tak pernah tengok 'dia' muncul betul-betul depan mata,cuma saya sering nampak kelibat-kelibat 'dia' sahaja.Kadang-kadang lalu belakang saya,ada juga dengar bunyi cakar-cakar dinding rumah..tak patah ke kuku dia?tak ngilu ke?😂 nak sedapkan hati saya cakap lah mmmm mungkin tikus la tu yang cakar,sebab nak beranikan diri 😂.Tapi syukur alhamdulillah,si dia tak pernah lah kacau saya.

Ada satu lagi kisah yang saya mahu kongsikan juga buat kawan MJ 12.
Teringat akan peristiwa masa zaman sekolah dahulu.Masa itu jam menunjukkan jam 3 pagi.Time itu la pulak saya rasa nak terkencing,jadi tak tunggu lama saya pun mengajak lah dua orang kawan saya teman saya pergi ke tandas.Biasalah sekolah pondok,tandas pulak terletaknya diluar.Bila sampai dekat tandas tu,depan tandas kat sekolah pondok itu ada kolah..

Tiba-tiba...

Saya ternampak sosok tubuh orang pakai jubah putih,ambil wuduk.Serbannya pula diletakkan diatas tebing kolah tersebut.Masing-masing masa tu tak fikir panjang lari terus balik ke bilik,tak jadi nak kencing sebab takut sangat 😂😂
Masa sekolah pondok dulu ada terdapat seberang jalan itu ada sebuah rumah besar,sangat besar.
Tetapi setiap malam dengar macam ada orang menukang tiap-tiap malam.Kata orang-orang situ mungkin belaan tuan rumah dia yang buat rumah tu.Banyak jugalah pengalaman masa dekat sekolah pondok dulu.Ada yang katalah jangan masak malam-malam,tumbuk sambal malam2 nanti ada yang mengikut.wallahualam.

Pernah satu malam saya tak dapat nak tido lena,rasa macam ada something pelik jek.Tapi tak thu apa.Rasa macam seolah-olah ada seseorang datang menghampiri saya,nafas dia berbunyi makin lama,makin dekat je dengan saya.
Bila dah dekat hampir sangat dengan saya.Dengarlah bunyi semacam hembusan orang mengeluh dengar macam perlahan tapi kuat.Mungkin lah pada masa tu saya ada letak al-Quran dekat dengan saya.Alhamdulillah..buat setakat ini saya belum pernah dan tidak mahu kena macam histeria atau kena rasuk.Cuma dengar setakat bunyi-bunyian,gangguan serta kacau-kacau gitu-gitu je.
Masa tu berada rumah anak dekat skudai.Rumah tu memang ada yang singgah,sebab rumah lama tak duduk.Kalau tido dekat bawah alang (kayu lama yg berada di tengah-tengah rumah ) tu mestilah siapa-siapa sahaja kena alihkan.Kadang-kadang waktu siang pun dia main hempas-hempas pintu.(Nasib baik tak roboh pintu tu ye kak eza 😂) saya pun buat tak tahu aja.Yang penting dia tak kacau saya sudah lah.

Pernah lah juga satu hari,pada malam itu saya kena tindih,Masa tu memang tak boleh nak baca apa-apa tak terkeluar oleh dek peti suara ni macam mulut kena kunci.Orang kata kalau dapat gerakkan badan sikit pun jadilah nie tak boleh gerak langsung.Pastu rasa macam nak lemas aje.Tapi kuatkan semangat baca surah yasin..tak jalan jugak,saya baca pulak ayat ayatul kursi 3x .saya baca,dan baca.Alhamdulillah baru boleh gerakkan badan.Alhamdulillah sekarang saya tido mengiring,tak lagi tido terlentang fobia saya kena tindih.Tp satu aje buat setakat ni saya belum nampak betul2 makhluk masa saya kena tindih tu.Kosong aje.Terasa lemas dengan berat sesak dada.

Teringat pula arwah suami saya selepas dia buat kerja dekat pontian.Saya rasa macam ada benda ikut dia aje.Sejak itu lah saya tak berani tido dalam gelap.Mesti wajib ada cahaya.(Cahaya diwajah mu) 😁

Kalau tak ada cahaya.Dalam gelap tu rasa macam ada sesuatu menenung saya sahaja.Sampailah arwah sakit pastu meninggal memang ada aje benda tu.Benda tu pun tak nak keluar dari rumah tu..
Last-last kiteorang yang keluar dari rumah tu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 24, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

 👻 Kisah Seram Pendek 👹Where stories live. Discover now