Bab 7🥀

43.7K 1.8K 76
                                    

Arfan berdiri dibawah pancuran air suam didalam bilik mandinya. Kedua tangannya pula memegang dinding dihadapan.

Dia seperti sedang berfikir. Memikirkan tentang perbuatan luar alamnya terhadap Humaira sebentar tadi.

Sudah dekat 30 minit dia membasahkan dirinya, namun badannya tetap berasa tidak selesa.

Dia menutup pancuran tersebut lalu mencapai tualanya. Badannya yang basah dilap dan tuala itu dipakainya separas pinggang.

Arfan berlalu ke walk in closetnya. Singlet hitam tanpa lengan serta seluar pendek paras peha disarungkan ke tubuhnya.

Seusai itu, dia berlalu ke birai katilnya. Fikirannya menerawang lagi.

'Kau dah buat apa dekat anak dara orang ni Arfan?' Suara hatinya bertanya.

"Tak, aku tak rogol dia pun. Aku cuma bagi pengajaran je. Supaya dia kenal dengan siapa dia berdepan sekarang." Arfan seperti menjawab bisikan hatinya sendiri.

"Ah, serabut! Tido bagus!" Arfan terus merebahkan dirinya. Matanya dipejam rapat. Cuba mengusir bayangan Humaira yang merayu tadi. Kemudian, Arfan pun terlena...

*****

Tok

Tok

Tok

"Humaira.., aku masuk ya?"

Tanpa menunggu jawapan Humaira, Arfan terus masuk.

Mata Arfan menangkap sekujur tubuh Humaira yang masih nyenyak tidur di tengah-tengah katil. Badan Humaira membelakanginya.

Badannya merengkot sejuk kerana tidak ditutupi selimut. Macam mana nak selimut, tangan pon terikat lagi.

"Sorry, aku tak sengaja.... aku.. aku tak dapat nak kawal perasaan aku semalam." Arfan berkata perlahan. Susah untuknya mengungkapkan kata maaf kepada orang disekelilingnya. Apatah lagi orang yang baru dijumpainya.

Melihat tubuh Humaira yang langsung tak memberikan respon, Arfan bergerak menghadap Humaira pula.

Arfan memandang pula muka kusut Humaira. Sangat kusut sebenarnya. Dengan rambut panjang yang menutupi sebahagian mukanya.

Arfan menaikkan sedikit suhu penghawa dingin. Dia baru lepas mandi, jadi, sejuk sangat pagi ni.

Setelah itu, Arfan berlalu ke birai katil Humaira. Punggungnya dilabuhkan disitu. Matanya masih setia memandang wajah Humaira.

Melihat situasi sekarang, Arfan rasa yang Humaira takkan terjaga. Jadi, Arfan mula nak membuka ikatan pada tangan Humaira.

Baru sahaja tangannya nak menyentuh kulit Humaira, hujung jarinya terasa membahang. Eh?

"Humaira? Bangun. Wake up!" Arfan menggoncang bahu Humaira. Bahu Humaira juga panas.

"Kau demam ke?!" Arfan bertanya risau.

Kemudian dia sedar, yang Humaira ni pengsan. Dari tadi tak bergerak walau seinci. Mestilah pengsan. Kan?

Tangan Arfan naik menyelak rambut Humaira ke belakang telinga. Jelas terpampang wajah pucat tak berdarah Humaira. Wajah itu masih terdapat kesan air mata kering.

Arfan jadi gelabah. Dia cepat-cepat membuka ikatan pada tangan Humaira. Terdapat kesan memerah disitu. Mungkin ikatan itu agak ketat, dan tali itu bergesel banyak sangat dengan kulit putih Humaira semasa mereka bergelut semalam.

Dia mengangkat tubuh Humaira lalu diletakkan kepala Humaira diatas bantal empuk. Kaki Humaira dibetulkan dan badan Humaira diselimut sehingga ke paras dada.

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now