Bab 6🥀

40.7K 1.8K 54
                                    

Humaira membuka matanya sedikit demi sedikit. Matanya terasa membengkak. Pandangannya kabur seketika.

Dia cuba mengelip-ngelipkan matanya beberapa kali sebelum pandangannya mulai jelas.

Dia mengalihkan tubuhnya kekiri dan cuba untuk bangun dari perbaringan. Terasa sengal seluruh sendi serta badannya. Kepala berpusing seketika.

Dia bangun menuju kebilik air.

Dihadapan cermin, dia menilik mukanya yang kusut tersebut. Humaira memandang wajahnya lama, kemudian pandangannya kabur kembali.

Kabur dengan air mata. Sedih melihat mukanya yang calar-balar. Dihujung bibirnya terdapat darah beku dan dahinya luka sedikit. Mungkin terkena hujung besi tali pinggang Arfan.

Humaira membuka pula bajunya untuk mandi. Terdapat beberapa kesan birat disitu. Nasib baik dia pakai t-shirt lengan panjang tadi.

'Aku kena keluar dari neraka ni. Silap haribulan, kubur aku sendiri tak bertanda.' Tekad suara hati Humaira.

But, how?

*****

"Malam ni on ke tak, bos?"

"On je."

"Okay."

Selepas bertanya, Kimi menuju kebiliknya untuk bersiap sedia. Malam ni diorang nak pergi 'kerja'.

*****

1.30 AM

Humaira memandang keluar jendela. Sedari tadi, dia tidak dapat melelapkan matanya. Dia masih memikirkan rancangan untuk menyelinap keluar dari rumah agam ini.

Tiba-tiba telinganya menangkap suara Arfan dengan Kimi diluar pintu biliknya. Mereka sedang berbincang sesuatu.

Dengan pantas Maira melekapkan telinganya di pintu kayu biliknya.

"Kau yakin ke yang dia dah tidur? Kalau dia lari macam mane?" Terdengar suara Arfan bercakap dengan Hakimi. Kemudian bunyi derap kaki menghampiri biliknya.

OMG!

Humaira terus berlari anak ke katilnya dan membungkus dirinya.

Terdengar pintu biliknya dibuka perlahan. Derap kaki itu semakin menghampiri katilnya.

Sesaat

Dua saat

Maira yang sedang menutup matanya rapat didalam gebar tebal itu semakin tak keruan.

'Diorang nak buat apa ni? Nak rogol aku ke?' Eh? Merepek apaa pagi buta ni Humaira!

"Dah tidur rasanya." Terdengar suara Kimi berbisik kepada seseorang. Arfan kot.

*Pintu bilik ditutup*

"Fuh, ingatkan apa depa nak buat tadi."

Seketika kemudian terdengar ngauman beberapa buah enjin kereta meninggalkan perkarangan banglo tersebut.

"Depa pi mana tu pagi-pagi buta ni?" Humaira bercakap sendiri.

Tiba-tiba otaknya ligat menghantar isyarat ke badannya untuk segera menjalankan 'plan' nya.

Humaira berlalu ke meja solek untuk menyanggul rambut panjangnya. Kemudian dengan pantas dia menyarung tudung shawl biru gelap ala kadar.

Setelah itu, dia berlalu menuju ke tingkat bawah. Keadaan sekeliling rumah besar itu diimbas.

Gelap

Sunyi

'Macam takdak orang ja? Semua orang keluar ka?'

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now