Bab 31🥀

34.8K 1.1K 40
                                    

Arfan tersedar dari pengsan kerana disimbah air sejuk.

Matanya dibuka. Apa ni? Tangan dan kakinya diikat ketat. Bilik itu gelap gelita. Dia nak bersuara tapi mulutnya juga diikat dengan kain.

"Emmm...em!" Sedikit ruang di mulutnya membolehkan dia mengeluarkan bunyi.

"Emm! Emmmm!" Ada sahutan dari arah bertentangannya. Eh?

Klik!

Dengan sekali tekan, bilik gelap itu menjadi bercahaya. Lampu spotlight di halakan ke arah mereka.

Siapa?

Ada seorang lelaki berusia yang memakai pakaian serba hitam bersarung tangan hitam.

Pap!

Pap!

Pap!

Dia menepuk tangan dengan muka sinisnya.

"Akhirnya aku dapat juga family kau Darwish. Setelah 20 tahun aku cari kau. Cari cara untuk hancurkan kau!" Lelaki itu bersuara. William?!

"Aku William De'Fabron. William." Lelaki itu fasih berbahasa melayu. Terlalu lama menetap di Malaysia agaknya.

"Aku tau yang kau selalu cari aku kan? Darren Arfan?"

"Kau ni bodoh juga. Macam bapak kau. Selama ni aku ada depan mata kau je. Selama bertahun aku cari cara untuk musnahkan kau secara halus, tapi kau makin meningkat naik pula."

"Bent, buka ikatan pada mulut dia. Aku nak dengar dia bersuara. Maki hamun aku." William bersuara lagi.

Bent?

"Baik." Dengan pantas, Bent datang dari belakang dan membukanya.

Apabila terbuka saja ikatan pada mulutnya, Arfan bersuara.

"Bodoh!" Terus perkataan itu teekeluar dari mulutnya yang memerah kerana diikat terlalu ketat.

"Aku yang bodoh, atau kau hah Darren? Ataupun patut aku panggil Tuan King? Sedap nama kumpulan gelap kau. King ya? Mana 'hamba-hamba' kau?" Hamba yang dimaksudkan William ialah anak-anak buah Arfan.

"Kau tu buta Darren. Selama ni aku hanya sejengkal dari kau. Aku cuba musnahkan reputasi dan syarikat kau, tapi Bent tak guna ni selalu gagalkan tugas dia. Anak tak guna. Lembap!" William memandang Bent dengan pandangan singa. Ya, dari dulu lagi William hantar Bent a.k.a anaknya untuk musnahkan Arfan.

"Kemudian, aku cari cara lagi untuk hapuskan kau. Dan dunia bagi aku jalan. Dia hadirkan perempuan yang bapanya berhutang dengan aku. Apabila bapa dia gagal bayar hutang, aku culik anak dia, tembak bini dia. Dan hantar anak dia ke F Club. Tapi Bent buat perempuan tu terlepas pula. Dia memang cemerkap. Bodoh!" William memaki Bent lagi.

Arfan berfikir sejenak. Semua ini memang berkait. Dari mula lagi, memang semua ni berkait.

"F Club tu kau punya?" Arfan bertanya.

"Memanglah aku punya. F stand for Fabron. Nama keluarga aku. Kau ingat milik si Felix bingai ni? Aku suruh dia uruskan club tu pun dia tak reti. Dia bankrapkan club aku. Sama je lembap." Felix yang berada di sebelah Bent juga dihentamnya. Semua lembap!

"Satu satu rancangan aku tak menjadi. Jadi aku cari lagi cara baru. Tapi perempuan tu lari dari club dan bertembung dengan kau. Takdir memang manis. Sama macam masa aku dengan bapa kau, Darwish. Jadi, aku suruh Bent tunggu dulu. Bertenang..."

"Aku nak kau dengan perempuan tu bahagia dan lepastu... aku ambil nyawa anak kau. Aku nak ambil nyawa bini kau sekali, tapi nyawa dia memang liat. HAHAHAHAH." Dihujung ayat, William ketawa jahat. Takdir yang menemukan mereka sedikit demi sedikit.

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now