Bab 23🥀

33.3K 1.2K 23
                                    

"Humaira?!" Beberapa anak buah Arfan yang sedang berlatih berlawan terkejut melihat kehadiran Humaira.

Humaira memerhati sekeliling. Bilik apa ni? Gim?

"Kenapa korang berlatih pagi-pagi buta ni? Tak letih ke? Arfan mana?" Soal Humaira bertubi-tubi. Kesemua anak buah Arfan terus berlari ke loker masing-masing dan menyarung semula t-shirt mereka. Tiberr ja isteri bos masuk. Segan aa tunjuk body. Hahahaha.

"Er... dia... dia takde. Dia dah masuk rumah kot." Jawab Fahim.

Humaira jadi lagi curious bila Fahim jawab tergagap-gagap. Pintu besi dibelakang Fahim diperhatikan. Ada lagi satu bilik?

"Tu pintu apa?" Humaira masih berdegil nak tau. Bukan selalu boleh explore bilik rahsia bawah tanah ni. Macam dalam filem. Heheheheh.

"Ah , tu bilik kitorang berlatih jugak. Kitorang berlatih menembak. Kita kan pengawal peribadi, hehe." Jawab Aniq pula yang dari tadi tersengih di belakang Humaira. Rasa bersalah sebab terbocorkan rahsia pasal bilik ni.

Humaira cuba mencari logik di sebalik kata-kata Aniq. Ye ke?

Namun, fikirannya diganggu oleh satu bunyi asing. Bunyi itu seperti datang dari dinding besi di sebelah kiri bilik gim itu. Semua mata dihalakan ke situ. Mereka semua telan liur. Gulp!

Humaira terkejut lagi sekali apabila dinding besi itu menyembunyikan lagi sebuah pintu rahsia. Apabila pintu itu dibuka, seperti kabus putih sejuk yang keluar melalui celahan pintu itu.

Kimi keluar dari bilik itu sambil menunduk membuka mask hitam dimukanya. Dia tak perasan langsung kesemua mata yang memandangnya. Macam mana kimi buka pintu tu sesuka hati? Ergh. Geram diorang semua dengan perangai Kimi yang leka itu.

"Ehemm..." Suara deheman bergema dalam bilik gim tersebut. Kini, baru Kimi mengangkat mukanya dan memerhati sekeliling. What...?

"Eh, Humaira, apa yang..." Kimi tak sempat nak menghabiskan ayatnya tapi Humaira dah berjalan lemah menuju ke bilik sejuk tersebut. Atau lebih tepat lagi, bilik diorang ni semua simpan tahanan, seksa tahanan!

"Ar...Arfan?" Humaira memanggil lelaki ber mask hitam yang asyik membelasah seorang lelaki yang sedang digantung rantai besi. Keadaan lelaki yang di pukul itu terlalu ngeri.

Berkerut muka Humaira setiap kali melihat Arfan menghentam tubuh lelaki itu. Jatuh air mata perempuannya. Apa lagi yang Arfan rahsiakan daripadanya?

Dia nak panggil Arfan, tapi mulutnya ibarat terkunci.

Arfan juga bagaikan langsung tak menyedari kehadiran Humaira. Dia bergerak ke meja besi yang menempatkan pelbagai alatan untuk menyeksa. Pedang panjang menjadi pilihan.

"Aku tanya kau lagi sekali. Siapa bos kau?" Arfan bersuara perlahan tapi masih mampu didengari oleh Humaira.

Kesemua penghuni bilik gim juga bagaikan hilang waras. Tiada siapa yang nak menghalang Arfan saat itu.

"A...ak...ku... tak...kan, bagi...tt..tahu." Kata lelaki itu tersekat-sekat akibat terlalu sakit. Setia hingga ke akhir hayat lelaki ni.

"Setia kau kan? Walaupun kau dah nak mati. Heh." Arfan tersengih sambil jemarinya bermain dengan mata pedang.

"As you wish!" Arfan mengetap giginya sambil kedua belah tangannya menusuk pedang itu terus ke perut lelaki itu.

"Arfan!" Suara seseorang memanggil nama Arfan dari arah belakang Humaira. Itu suara Kimi. Mungkin Kimi dah tak sanggup bagi Humaira tengok semua tu.

Arfan geram. Siapa pulak yang ganggu dia ni? Ish! Kepalanya dipusingkan. Dia sendiri terpana dengan kehadiran Humaira disitu.

Mata Humaira tak henti-henti mengeluarkan air mata. Apa yang berlaku ni? Adakah dia baru menyaksikan pembunuhan?

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now