Bab 26🥀

34.7K 1.2K 36
                                    

"Abang! Abang muntah lagi?"

Arfan mengangguk lemah, masuk yan ini, dah tiga kali dia muntah untuk hari ini. Humaira pula yang terkejar-kejar tiap kali melihat Arfan muntah. Kasihan suaminya.

"Kesian abang meh sini saya urutkan."

*****

"Abang nak pelam muda tak? Hari tu kan abang mengidam sangat?"

"Abang, hari ni check up."

"Abang, baby tendang!"

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Masuk hari ni, kandungan dah berusia 9 bulan. Lebih kurang dua minggu lagi sebelum due date.  Alhamdulillah segalanya dimudahkan. Alahan Arfan dah lama berhenti.

Nasib baik jugak sebab Arfan yang terima alahan tu. Hahahah taklah Humaira terseksa sorang-sorang.

"Jom pergi rumah Papa hari ni. Sebelum tu kita boleh pergi shopping barang baby dulu." Ujar Arfan. Ceria saja bunyinya. Siapa yang tak seronok kalau timang dapat anak?

"Jommm." Balas Humaira. Walaupun perut dah besar perut tu namun dia tetap bersemangat. Nak shopping kan?

*****

Di pusat beli belah tersebut, Humaira dan Arfan tak pernah nak berjauhan. Asyik berkepit saja. Arfan pimpin tangan Humaira macam tak nak lepas walau sesaat pun.

"Abang ni, susahlah saya nak pilih baju baby kalau abang asyik pegang tangan saya." Keluh Humaira. Macam tangan dia dah kudung sebab Arfan asyik pegang tangan dia saja.

"Alah sayang ni. Nanti kalau jadi apa-apa macam mana? Lagipun, kan manis macam ni selalu? Tengok orang semua usha kita pastu senyum-senyum. Mesti diorang pikir yang kita ni pasangan bahagia. Hahaha." Ketawa Arfan penuh bangga. Humaira turut tersenyum. Seketika, matanya di julingkan ke atas. Menyampah gilaaaa. Bajet lah Arfan ni. Hahahah

"Ye lah tu. Tah tah diorang tu menyampah. Berbulu mata tengok kita asyik berpegangan tangan ni. Abang lepaslah sekejap. Saya nak pilih baju baby ni. Kejap ja." Ujar Humaira penuh sopan. Sopanlah sangat, macam mengejek jaa. Hahaha.

"Ye lah. Kalau macam tu, abang nak pergi tengok stroller baby ya? Sebelah rak ni ja. Sayang jangan pergi mana-mana eh. Tunggu sini."

"Iyeeee, nak pergi mana lagi tah."

Selepas Arfan pergi melihat stroller baby, barulah Humaira memilih baju baby. Tersengih dia dengan gelagat Arfan yang terlalu possessive itu.

"Abang, saya ambil 5 pasang eh? Semua comel lah." Humaira berjalan sambil membelek baju baby ditangan. Wajahnya diangkat seketika untuk mencari kelibat Arfan.

"Eh? Tadi kan dia cakap nak cari stroller ja? Dia cakap dekat orang jangan ke mana, last-last dia yang lesap. Jerhhh." Terkumat kamit mulut kecil Humaira membebel. Apalah Arfan ni. Sembang!

'Ke tandas kot?' Fikir Humaira. Dia meletakkan dahulu baju-baju tadi dan melangkah keluar dari kedai itu. Matanya melilau mencari kelibat suaminya. Mana? Dia pergi pula ke bahagian tandas yang terletak bersebelahan kedai barangan baby tersebut. Lorong itu agak sunyi.

Tiba-tiba dia terasa ada tangan menarik lengan bajunya dari arah belakang. Dia tersenyum senget. Nak buat sweet pun agak-agaklah Arfan ni. Humaira memusingkan tubuhnya ke belakang.

"Abang! Jangan nak buat yang bukan-bukan di..." Kata-kata Humaira terhenti.

"Kau?!" Humaira terjerit sedikit akibat terlalu terkejut. Namun jeritan itu menyentakkan Arfan yang masih mencari barang baby di dalam kedai.
Pantas saja Arfan berlari ke arah bunyi jeritan tadi.

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now