Epilog🥀

50.4K 1.7K 119
                                    

Setelah dua hari tak sedarkan diri kerana kehilangan darah terlalu banyak, Arfan akhirnya terjaga.

"Abang?" Suara lembut itu memanggil. Arfan tersenyum disebalik topeng oksigen itu.

"Sayang..." Suara serak Arfan hampir tidak kedengaran kerana terlalu perlahan. Cepat-cepat Humaira membuka topeng oksigen itu bagi memudahkan Arfan bertutur.

"Terima kasih ya Allah. Humaira rindu abang." Wanita kecil itu lantas memeluk suaminya.

"Auchh." Arfan mengaduh sakit.

"Sayang... Lengan dengan bahu abang."

"Owh, sorry. Lupa. Excited sangat." Humaira segera melepaskan pelukan. Itulah, terlalu happy sampai lupa suami tu sakit.

"Dah dua hari abang koma lepas pembedahan untuk buang peluru tu selesai." Ujar Humaira dengan nada sayu. Sedih melihat suaminya yang kuat semangat ini terlantar lemah.

"Humaira minta maaf sangat sebab buat abang cedera." Humaira sebersalah kerana menyusahkan Arfan semasa Arfan nak selamatkan mereka semua tempoh hari.

"Sokay sayang. Kan tanggungjawab abang untuk jaga sayang." Balas Arfan sambil mengelus lembut pipi Humaira. Ada kesan luka sedikit di dahi dan bibir Humaira. Arfan turut merasa sebersalah.

"Sayang pun ada luka ni. Jadi kita seri lah ya?" Arfan memujuk. Alahai. Cair hati Humaira. Auchhh.

Humaira tersengih. Aik?

"Kenapa tersengih macam kerang busuk ni?" Arfan pelik.

"Sebab Humaira jatuh cinta dengan abang lagi sekali." Kata Humaira sambil menghamburkan tawanya. Tiap-tiap hari jatuh cinta dengan orang yang sama.

Arfan turut tertawa dengan ucapan Humaira. Aduh isterinya yang seorang ini.

Tawa mereka terhenti apabila wad VVIP itu diterjah sekumpulan manusia bersut hitam.

"Wahhh, kenapa korang semua pakai macam ni. Aqif pon sama?" Humaira rasa terkejut dan lucu pada masa yang sama.

"Hensem tak? Daniel yang belikan. Kata nak buat grand entrance dekat hospital ni. Tadi kitorang lalu, semua orang usha. Termasuklah nurse yang segak tu. Yang rawat luka Aqif haritu." Aqif berkata penuh riak. Hahahah. Semua orang disitu terlepas gelak. Sakan sangat si Aqif ni.

"Kau gatal eh? Baru umur 17 kot. SPM pun tak habis lagi. Aku yang umur 25 ni pun belum sampai jodoh lagi tapi kau dah gatal." Daniel pula datang menyampuk.

"Suka hatilah. Kau tu playboy. Sapa yang nak?" Aqif membuat muka menyampah. Semua orang hanya menggeleng apabila dua orang adik ipar bertekak. Padahal dua dua sama je perangai.

"Akak lagakan kepala korang baru tau. Bergaduh apa dekat dalam ni hah? Keluar!"

"Biar Papa yang lagakan kepala diorang." Sekali Tuan Darwish datang...

Buk!

"Aduh!"

"Pa!"

Kedua mereka mengaduh sakit sambil menggosok kepala masing-masing.

"Apa ni Pa? Sakitlah." Daniel sudah memuncungkan mulutnya. Eiii muka macam apa lagi. Nasib baik hensem. Hahahah.

Sekali lagi wad besar itu di meriahkan dengan gelak tawa mereka semua. Tuan Darwish juga sudah mampu tersenyum. Dia dah sihat selepas menerima rawatan.

"Arfan, kau amacam?" Kimi menyoal sahabatnya.

"Aku hidup lagi ni."

"Jangan cakap macam tu. Aish."

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now