Pernah bertaut

85 6 0
                                    

Jika semalam adalah naskhah kenangan
Yang sentiasa menagih tuan
Selebar harapan
Setiap baris ayat
Pilu tajamnya kata kata
Disetiap perkenalan yang baru
Dalam berbisik pada telinga
Mengutum buah buah ranum.

Pada hari bermula
Aku selak dan cuba untuk meneliti
Kemungkinan yang bakal mengukir
Listrik listrik memori
Entah sama ada senyuman atau derai airmata
Sekalipun perjalanannya tidaklah mudah
Paut inilah kita bersandar.

Andai lopak yang bocor
Usah tenggelamkannya lagi
Kita bersamalah perlu baiki.
Biar sebaris kata
Hatta dusta mengapik senja
Menceritakan pasang surutnya kita.

Jika lembaran hadapan
Makin mencengkam jiwa
Pautlah pada ikatan ini
Dan ketahuilah
Bahawa aku takkan berhenti untuk menelaah.

Puisi tak ternamaWhere stories live. Discover now