nota buat dia

101 9 7
                                    

Saat segugus bintang
Berkedipan riang
Entah bagaimana
Langit memaparkan tayangan indah
Susunan takdir mencipta kita bersama
pada suatu garisan masa
melingkari jaringan perasaan yg terbatas.
Mata aku bertakung cinta
bagi menunggu tumpah di tanih subur.

Ukiran di raut gelap tampan mu
gilau aku sesudah
laungan mu berkobar di hujung lelah ku
masih lagi segar di ruang lingkup ini
figura sasa mu
Iman sendu ku terlucut.

Banyangan lonjakan suaramu
Mimik raut mu
Senyuman mu
Gaya mu
Buat aku menguntum di hujung kenangan.

Aku cuma ingin menyampai luahan
Kasih kepada kekasih
tapi reaksi serta pulangan
kuintai dengan sorot hati
singgahan kecewa menegurku
bahawa kita bukan sesiapa.

Wahai dia
bahagialah melakar pelangi
meski bukan aku penyebabnya
aku akan turut serta tertawa
dalam tersiat derita.


Puisi tak ternamaWhere stories live. Discover now